Blog Archives

IUI Promotion di Pusrawi dari 1 Ogos sehingga ke 31 Oktober 2016

Dr Tasha berharap agar semua pembaca blog senantiasa berada dalam keadaan sihat dan sentiasa tabah mengharungi perjalanan fertiliti masing-masing. Buat perhatian para pembaca blog, pihak Hospital Pusrawi Jln Tun Razak kini sedang mengadakan IUI Promotion.

Bagi kempen IUI yang dipromosikan hanya untuk 3 bulan, bagi pasangan yang menjalani rawatan IUI tersebut, baucer sebanyak RM250 akan diberikan. Ini hanya boleh digunakan untuk mengurangi kos IUI tersebut di bawah. Jangan lepaskan peluang tersebut kerana ianya hanyalah untuk 3 bulan sahaja.

Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai rawatan IUI yang dijalankan di Hospital Pusrawi:

http://www.pusrawi.com.my/index/pakej-perubatan/pakej-pemeriksaan-kesuburan/

https://i0.wp.com/www.pusrawi.com.my/wp-content/uploads/2016/07/Pakej-Kesuburan-IUI.png

Jika ada pasangan TTC yang masih tidak pasti sama ada patut melakukan rawatan IUI atau pun tidak sila lakukan kuiz tersebut di bawah:

Kuiz rawatan kesuburan: Adakah saya calon untuk IUI ataupun IVF?

Dr Tasha merasa amat gembira kerana mendapat berita dari pasangan TTC yang mendapat rawatan di bawah jagaan Dr Tasha yang baru sahaja melahirkan dan kini sudahpun bergelar seorang ibu dan ayah. Masing-masing mereka mempunyai cerita TTC tersendiri. Apa-apa pun ikhtiar kena ada. Oleh itu, jika bersesuaian hendaklah mulakan rawatan kesuburan agar tidak menunggu terlalu lama lagi, kerana penungguan itu sememangnya satu penyeksaan.

baby11

Kuiz rawatan kesuburan: Adakah saya calon untuk IUI ataupun IVF?

Ramai antara pasangan TTC mungkin akan mempunyai dilemma sama ada patut membuat rawatan IUI ataupun IVF. Bagi yang mungkin menghadapi masalah tersebut, ambillah kuiz di bawah untuk menentukan sama ada anda lebih sesuai untuk rawatan IUI ataupun IVF.

Kuiz rawatan IUI ataupun IVF

1. Berapakah umur anda?

a.  < 30 tahun

b.  30 – 32 tahun

c.  33 – 34 tahun

d.  35-39 tahun

d.  40 tahun ke atas

2. Berapa lamakah anda telah cuba untuk hamil?

a.  < 1 tahun

b.  2 – 3 tahun

c. 4 – 5 tahun

d. Lebih dari 5 tahun

3. Adakah anda telah melakukan ujian kesuburan untuk mengenalpasti punca ketidaksuburan?

a. Ya

b. Tidak

Sekiranya Ya. Apakah ujian kesuburan yang telah dilakukan ______________________________

4. Adakah anda/ pasangan anda telah melakukan ujian sperma.

a. Ya dan keputusannya adalah normal

b. Ya dan keputusannya adalah abnormal. Sila email keputusan sperma jika ada_________________________________

c. Tidak

5. Adakah anda pernah memeriksa ‘ovarian reserve’ anda?

a. i. Ya. Keputusannya adalah memuaskan

a.ii. Ya. Keputusannya adalah rendah

b. Tidak

6. Adakah anda mempunyai masalah seperti di bawah?

a. PCOS

b. Endometriosis.

c. Saluran peranakan / tiub tersumbat

d. Sejarah kehamilan ektopik

e. Keguguran berulang-kali

g. Pembedahan di bahagian pelvis. _____________________________

h. Tiada apa-apa masalah.

7. Berapakah budget anda untuk rawatan kesuburan?

a. <RM1000

b. RM1000 – 5000

c. RM5000 – 10000

d.RM10000 – 15000

e. Tidak kisah kos asalkan mendapatkan rawatan terbaik

8. Berapakah BMI anda?

a. <18.5

b. 18.5 – 24.9

c. 25 – 29

d. >30 e. Tidak pasti.

Sila kira BMI anda di sini.

9. Adakah kitaran haid anda teratur?

a. Ya

b. tidak

c. Tidak pasti. Sila KLIK di sini.

10. Faktor di bawah yang manakah anda lebih pentingkan?

a. Tidak kisah mencuba rawatan ringkas yang mungkin lebih murah tetapi mempunyai kadar kejayaan yang lebih rendah

b. Ingin hamil secepat mungkin jadi tidak kisah sekiranya perlu rawatan yang lebih mahal tetapi kejayaan yang lebih tinggi c. Tiada faktor di atas

d. Faktor lain. _____________________________________________

11. Adakah anda/ pasangan anda bekerja sebagai tentera/ staff hospital kerajaan/ bekerja dengan kerajaan?

a. Ya i. kerajaan ii. Tentera

b. Tidak

Hantarlah jawapan anda kepada drnatashanor@gmail.com. Sila berikan beberapa hari untuk mendapatkan jawapan dari Dr Tasha ya.   Selamat mencuba kuiz!

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Apa yang perlu anda tahu mengenai kandungan luar rahim

 

1. Apakah kandungan luar rahim?

Kandungan luar rahim juga dikenali sebagai kandungan ektopik. Ini ialah apabila seorang wanita disahkan hamil tetapi kandungannya berapa di luar rahim. 90% kandungan luar rahim berada di dalam saluran peranakan (‘Fallopian tube’). Jarang-jarang kandungan ektopic boleh berlaku di kilang telur, dalam ‘abdomen’ dan juga pada pangkal rahim.

2. Bagaimanakah kandungan luar rahim boleh berlaku?

Pada kebiasaannya, apabila seseorang wanita akan mengalami ovulasi pada waktu suburnya. Telur ini akan memasuki saluran peranakannya, bertemu dengan sperma pasangannya dan persenyawaan akan terjadi. Embrio yang terbentuk seterusnya akan turun ke dalam rahim dan implantasi akan berlaku. Akan tetapi, kandungan luar rahim berlaku sekiranya embrio yang terbentuk tidak turun ke dalam rahim, tetapi implantasi terjadi di dinding saluran peranakan pula. Saluran peranakan adalah nipis berbanding dengan dinding rahim, jadi implantasi embrio akan menyebabkan dinding saluran peranakan pecah dan pendarahan dalaman boleh berlaku.

3. Bolehkah kandungan luar rahim dimasukkan semula ke dalam rahim?

Buat masa ini, kita tidak mempunyai teknologi untuk berbuat demikian. Oleh itu, apabila kandungan ektopik berlaku kita terpaksa memberikan rawatan yang bersesuaian sama ada dengan pembedahan atau pengambilan ubat.

4. Siapakah mempunyai risiko untuk mendapat kandungan luar rahim ini?

  • Pernah mempunyai sejarah mengalami kandungan luar rahim
  • Berumur >35 tahun ke atas
  • Mengandung dengan alat IUD di dalam rahim sebagai pencegah kehamilan
  • Mengandung selepas menjalani rawatan kesuburan seperti IUI
  • Mempunyai masalah kesuburan
  • Mempunyai latarbelakang infeksi saluran peranakan seperti penyakit kelamin berjangkit (‘STD’)
  • Mengandung setelah mempunyai sejarah pembedahan mengikat saluran peranakan (‘Bilateral tubal ligation’)

5.  Apakah risiko untuk saya mendapat kandungan luar rahim buat kali kedua?

Peluang untuk mendapat kandungan luar rahim seterusnya ialah 10-15%. Oleh itu, sekiranya anda pernah mengalami kandungan luar rahim, anda perlu rujuk kepada doktor untuk kandungan seterusnya untuk membuat imbasan scan seawal 5-6 minggu untuk memastikan yang kandungan berada di dalam rahim.

6. Apakah simptom-simptom yang mungkin berlaku jika mengandung kandungan luar rahim?

  • Setengah-tengah tidak mengalami apa-apa simptom pun. Kandungan luar rahim dikesan dengan imbasan scan pada awal kandungan.
  • Sakit perut
  • Pengsan kerana berlaku pendarahan yang banyak di dalam perut disebabkan saluran peranakan pecah

7. Bagaimanakah kandungan luar rahim dapat dikesan?

  • Melalui imbasan pelvis pada peringkat awal kehamilan. Sekiranya anda mengandung dan kantung atau bayi tidak dapat di dalam rahim, doktor akan mengesyaki kandungan luar rahim
  • Pesakit mempunyai simptom-simptom kandungan luar rahim dan imbasan pelvis mengesahkan kondisi ini.

8. Apakah rawatan yang boleh diberikan untuk kandungan luar rahim?

  • Pemantauan Rapi. Setengah-tengah kandungan luar rahim akan gugur dengan sendirinya.
  • Pembedahan untuk membuang kandungan luar rahim tersebut. Ini selalunya akan membabitkan pembuangan saluran peranakan yang terlibat sama. (‘Salpingectomy’)
  • Pemberian ubat Methotrexate melalui suntikan (Ubat kanser akan ‘mematikan’ kandungan luar rahim tersebut)

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor