Search Results for ovarian reserve

Adakah anda tahu ‘ovarian reserve’ anda?

 

 

“Dr Tasha, sebelum ini saya telah diberitahu yang bacaan AMH saya sangat rendah. Saya berasa amat sedih. Adakah ada peluang untuk saya menjadi seorang ibu?”

Apakah ‘ovarian reserve’?

Ovarian reserve atau rizab ovari adalah bilangan folikel yang masih terdapat di dalam kilang telur yang boleh dipersenyawakan untuk menghasilkan seorang bayi. Lazimnya, wanita yang masih muda akan mempunyai ‘ovarian reserve’ yang baik berbanding wanita yang lebih tua. Wanita yang mempunyai ovarian reserve yang rendah dikatakan mempunyai ‘diminished ovarian reserve’ (DOR)

Apakah ujian yang boleh dilakukan untuk mengetahui ‘ovarian reserve’ anda? 

Terdapat 2 ujian yang boleh dilakukan untuk menentukan ‘ovarian reserve’ anda:

  • Ujian darah yang dinamakan AMH (Anti Mullerian Hormone)

Ujian darah tersebut boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan tidak perlu berpuasa. AMH adalah sejenis hormon glyprotein yang dirembeskan oleh sel granulosa di dalam folikel-folikel yang sedang membesar di dalam kilang ovari. Kesimpulannya, AMH memberikan gambar bilangan dan bukan kualiti telur anda di dalam kilang ovari.

Oleh itu, sekiranya wanita tersebut mempunyai ‘ovarian reserve’ yang baik, paras hormon AMH di dalam darahnya adalah tinggi dan sebaliknya. Pesakit PCOS tidak menghairankan akan mempunyai paras AMH yang agak tinggi. Perlu pastikan bagi interpretasi bacaan tersebut hendaklah mengikut umur anda dan adakah bacaan AMH tersebut di dalam unit ng/ ml ataupun pmol/L.

Paras AMH Interpretasi AMH                                    Bacaan paras AMH (ng/ml)

(Untuk wanita berumur <35 tahun) 

Tinggi (Lazimnya pesakit PCOS)                                          >4

Normal                                                                               1.5 – 4

Suboptimal                                                                        1.0 – 1.5

Rendah                                                                              0.5 – 1.0

Sangat Rendah                                                                  <0.5

Akan tetapi kos untuk ujian darah AMH mungkin agak mahal. Ianya bergantung kepada makmal / hospital di mana ujian tersebut dibuat. Anggaran kos adalah RM250-500.

  • Imbasan scan melalui faraj yang dinamakan AFC (Antral Follicle Count)

Imbasan scan tersebut lazimnya dilakukan pada hari 2-5 haid tetapi boleh dilakukan boleh bila-bila masa sahaja. Bilangan folikel yang terkandung di dalam ovari akan dibilang untuk menentukan ovarian reserve wanita tersebut. AFC juga dikenali dengan nama ‘resting folicle’ adalah folikel-folikel kecil berukuran 2-8mm yang boleh diukur di dalam ovari anda. Ini boleh dilihat dengan imbasan scan pelvis. Antral follicle count (AFC) merupakan ujian yang boleh mengukur kadar kesuburan seseorang wanita, berfungsi memberikan ramalan tentang respon wanita tersebut semasa ubat ransangan diberikan semasa rawatan IVF dan sekaligus meramalkan kadar kejayaan IVF.

Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai topik ini:

Apakah yang boleh menyebabkan ‘ovarian reserve’ anda rendah?

Antara faktor yang boleh menyebabkan ‘ovarian reserve’ rendah ialah peningkatan umur wanita, masalah kesihatan, endometriosis, sejarah operasi ke atas kilang telur, sejarah keluarga (masalah genetik) di mana ibu wanita tersebut mungkin mengalami menopaus pada umur kurang dari 45 tahun dan gaya hidup yang tidak sihat.

Bolehkah anda meningkatkan ‘ovarian reserve’ anda?

Lazimnya Dr Tasha akan menasihati pesakit untuk memastikan pengamalan gaya hidup yang sihat. Suplemen seperti DHEA dan Vitamin D mungkin akan diberikan sekiranya bersesuaian.

Ikuti post blog seterusnya: Apakah peluang untuk menjadi seorang ibu sekiranya ‘ovarian reserve’ adalah rendah.

**Selain dari ovarian reserve, kualiti telur yang dihasilkan adalah seseorang wanita juga adalah faktor penting untuk menentukan peluangnya untuk hamil. Umur wanita tersebut juga memainkan peranan kritikal sebagai penentu kadar kejayaan rawatan kesuburan dan peluangnya untuk menjadi seorang ibu.  Bagi wanita yang telah didiagnos dengan ‘ovarian reserve’ yang rendah, pergilah rujuk kepada pakar kesuburan bagi membuat rawatan kesuburan yang bersesuaian. 

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Kuiz Peserta Webinar: Adakah Saya Calon untuk IUI ataupun IVF?

Ramai antara pasangan TTC mungkin akan mempunyai dilemma sama ada patut membuat rawatan IUI ataupun IVF. Bagi yang mungkin menghadapi masalah tersebut, ambillah kuiz di bawah untuk menentukan sama ada anda lebih sesuai untuk rawatan IUI ataupun IVF.

Kuiz rawatan IUI ataupun IVF

*Adakah anda tahu ‘ovarian reserve’ anda?

7. Berapakah budget anda untuk rawatan kesuburan?(required)

8. Berapakah BMI anda?(required)

Sila kira BMI anda di sini.

9. Adakah kitaran haid anda teratur?(required)

Tidak pasti. Sila KLIK di sini.

10. Faktor di bawah yang manakah anda lebih pentingkan?(required)

11. Adakah anda/ pasangan anda bekerja sebagai tentera/ staff hospital kerajaan/ bekerja dengan kerajaan?(required)

Sila tekan button “send” untuk mendapatkan jawapan dari Dr Tasha ya.   Selamat mencuba!

Apakah yang perlu diketahui oleh pesakit endometriosis: Laparoscopy atau IVF?

“Doktor Tasha, perlukah saya membuat pembedahan laparoscopy untuk masalah endometriosis saya?”

Ini adalah persoalan yang kerapkali ditanyakan dan dibincangkan dengan pesakit yang mempunyai masalah endometriosis dan ketidaksuburan. Ianya juga boleh menyebabkan kekeliruan di antara pasangan tersebut mengenai langkah yang perlu diambil seterusnya.

  • Adakah mereka perlu berjumpa dengan pakar fertiliti ataupun pakar sakit puan/ ginekologi?
  • Adakah mereka perlu membuat Laparoscopy atau IVF?

Apabila mereka rujuk pakar sakit puan disuruh buat operation. Ambik second opinion dari pakar sakit puan yang lain pun disuruh buat pembedahan. Apabila pergi pakar kesuburan dinasihati membuat IVF terus agar hamil pula. Tidak hairanlah sekiranya ini menimbulkan kekeliruan pada pasangan tersebut.

Laparoscopy atau IVF?

Pemilihan antara kedua-dua ini sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor yang perlu dititikberatkan untuk mengambil keputusan yang terbaik:

  • Umur wanita tersebut. 

Ini adalah faktor yang penting kerana ia akan memberikan prognosis untuk kadar kehamilan. Semakin matang umur wanita tersebut ie 35 tahun ke atas adalah penting untuk tidak mengambil masa yang lama agar peluang kehamilan tidak semakin menipis. Berkemungkinan besar adalah lebih elok rawatan IVF dilakukan agar cepat hamil.

  • Simptom yang dialami

Ini bergantung kepada individu masing-masing. Ada wanita mempunyai simptom endometriosis yang agak teruk seperti sengugut, sakit semasa bersama ataupun pendarahan haid yang panjang dan tidak teratur. Manakala ada pula yang mempunyai simptom yang sedikit atau tiada langsung. Jika wanita tersebut mempunyai sakit yang kuat dan juga cyst di dalam ovarinya berkemungkinan besar, pembedahan laparoscopy dan kemudian diikuti oleh rawatan kesuburan IVF adalah lebih baik.

  • ‘Cyst’ di ovari 

Setengah-tengah wanita yang menghidapi endometriosis akan mempunyai ‘cyst’ di dalam ovarinya yang dapat dikesan melalui imbasan scan pelvis. Sekiranya saiz ‘cyst’ tersebut adalah lebih besar dari 5cm, adalah lebih baik untuk melalukan pembedahan terlebih dahulu.

  • ‘Ovarian reserve’ wanita tersebut

Ovarian reserve adalah apakah bekalan telur yang masih tinggal di dalam ovari seseorang wanita. Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai ovarian reserve. Ramai wanita yang mengalami endometriosis menghadapi masalah ‘ovarian reserve’ yang rendah tanpa ketahuinya. Adalah penting untuk wanita tersebut rujuk kepada pakar sakit puan / kesuburan untuk membuat ujian scan atau mengambil darah AMH bagi mengetahui ovarian reserve masing-masing.

  •  Sejarah pembedahan untuk endometriosis

Terdapat wanita yang telahpun membuat pembedahan untuk endometriosis sebelum ini dan diberikan diagnosis mengenai tahap endometriosis dan sama ada saluran peranakan adalah elok ataupun tersumbat ataupun bengkak ie ‘hydrosalphinx’ . Penting bagi wanita yang membuat pembedahan agar mendapatkan report bertulis ie ‘intraop findings’ dari doktor yang telah membedahnya untuk rujukan pada masa hadapan. Kerap kali pesakit tidak mempunyai informasi ini dan juga tidak diterangkan dengan betul oleh pakar bedah mereka serta mungkin terlupa informasi yang telah diberikan. Sekiranya pembedahan pernah dilakukan dan saiz cyst adalah kecil <5cm, berkemungkinan besar pembedahan tidak perlu diulang.

Oleh itu, setiap pasangan bergantung kepada latar belakang mereka akan diberikan konsultasi dan nasihat yang berlainan. Matlamat kita adalah untuk mendapatkan kehamilan secepat mungkin agar kadar kehamilan untuk masa hadapan disebabkan faktor umur wanita tidak terjejas.

Lazimnya Dr Tasha akan memberikan rawatan kesuburan secara agresif untuk pesakit yang telah didiagnoskan dengan endometriosis. Ini ialah kerana pembedahan tidak akan ‘melenyapkan’ endometriosis or ‘cure’ seperti yang mungkin dianggap oleh kebanyakan pesakit-pesakit endometriosis.

It is life long, sehingga menopaus. Tidak menjadi masalah sekiranya pembedahan dilakukan terlebih dahulu kerana ianya ada benefitnya, akan tetapi pembedahan tersebut perlu dilakukan berhati-hati dan lengkap ie meleraikan pelekatan-pelekatan ‘scar tissue’, meletakkan kedudukan ovari di tempat yang betul, membuang ‘hydrosalphinx’. Ini semua adalah sebagai persiapan sekiranya wanita tersebut tidak hamil dan terpaksa melalui rawatan IVF pada masa hadapan.

Mungkin adalah lebih baik sekiranya pasangan yang mempunyai masalah fertiliti berjumpa dahulu pakar fertiliti sebelum melakukan operasi tersebut agar berbincang apakah yang perlu dibuat khusus semasa pembedahan dan selepas pembedahan tersebut untuk merancang langkah-langkah agar cepat hamil. Tidak semestinya selepas operasi wanita tersebut akan hamil spontan. Kadang-kala rawatan kesuburan masih perlu dilakukan untuk hamil. Di samping itu, sekiranya didiagnos stage 3-4 endometriosis, sebaiknya pakar sakit puan terus rujuk kepada pakar kesuburan untuk rawatan kehamilan bersesuaian dan bukannya menyuruh pasangan tersebut terus menerus mencuba sendiri untuk hamil. Sekiranya rawatan IUI bersesuaian untuk dilakukan tetapi masih tidak berjaya, rawatan IVF mungkin perlu dilakukan. 

Ini berdasarkan pengalaman Dr Tasha yang kini terpaksa berhadapan dengan ramai pesakit endometriosis yang berhempas pulas untuk hamil. Bagi yang bernasib baik kerana mungkin telah diberikan pencerahan dan mencari rawatan kesuburan awal, mereka Alhamdulillah telahpun hamil ‘against all odds’.

Usahlah berlengah waktu kerana ‘ovarian reserve’ atau bacaan ujian AMH bagi pesakit endometriosis walaupun berusia agak muda boleh menjadi sangat rendah disebabkan masalah endometriosis dan berulangkali melakukan pembedahan untuk endometriosis. And sometimes the cyst boleh berulang kembali within 6 months dari previous operation.  The woman’s age and ovarian reserve is very important to have a baby. Don’t wait too long just because of ignorance and procrastination as it may be then too late to have your baby.  

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Bagaimanakah rawatan kesuburan IVF dapat mengatasi masalah endometriosis anda?

“Dr Tasha, saya sudahpun berkahwin 7 tahun. Tahun lepas saya sudahpun mengalami pembedahan dan telah disahkan menghidapi masalah endometriosis stage 3-4. Patutkah saya melakukan IVF agar dapat hamil secepat mungkin” 

Masalah Endometriosis 

Endometriosis adalah salah satu penyakit lazim yang boleh menyebabkan ketidaksuburan di kalangan wanita. Ia disebabkan oleh ketumbuhan selaput dinding rahim (endometrium) di luar rahim seperti di kilang telur, dinding pelvis, saluran peranakan, usus, faraj dan pundi kencing. Selaput endometrium yang ektopic ini juga akan menebal dan berdarah semasa kitaran haid akan tetapi ia tidak dapat mengalir keluar dari tubuh. Ini boleh mengakibatkan inflamasi tisu di sekelilingnya dan seterusnya penghasilan tisu parut (‘adhesion’ atau ‘scar tissue’). Apabila ini terjadi kilang telur boleh terlibat dan membengkak dan darah kotor berkumpul di dalamnya (‘endometrioma’), manakala saluran peranakan juga boleh rosak dan tersumbat.

Kenapakah pesakit endometriosis sukar hamil?

Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah saluran peranakan rosak / tersumbat, kekurangan bilangan telur di dalam ovari, telur yang berkualiti rendah, masalah implantasi disebabkan adenomyosis dan kurang melakukan hubungan intim disebabkan kesakitan yang mungkin dialami semasa melakukan hubungan seksual bersama pasangan.

Apakah kadar kejayaan IVF buat pesakit IVF?

Ini bergantung juga kepada beberapa faktor seperti umur pasangan wanita, ‘ovarian reserve’ wanita tersebut,  saluran peranakan bengkak ie ‘hydrosalphinx‘ dan samada terdapat masalah adenomyosis yang boleh menurunkan kadar implantasi embrio yang telah dipindahkan. Di samping itu, masalah sperma juga boleh menurunkan kadar kejayaan IVF buat pasangan tersebut. Oleh kerana semasa rawatan IVF, penyedutan telur dan persenyawaan telur tersebut serta pemindahan embrio yang berkualiti paling baik boleh mengatasi beberapa masalah yang boleh menurunkan kadar kehamilan buat seseorang wanita yang mengalami endometriosis, tidak hairan kenapa ramai wanita yang mempunyai tahap endometriosis yang lebih serius iaitu ‘stage 3 or 4’ akan dicadangkan untuk melakukan rawatan kesuburan IVF.

Seminar PERCUMA di KL Fertility Centre pada 27 Julai 2019 

flyerforumjuly19

Antara Topik menarik yang akan dikupas dengan lebih mendalam mengenai topik endometriosis:

  1. Bagaimana IVF boleh membantu pesakit endometriosis and PCOS
  2. Apakah persediaan yang perlu dibuat buat pesakit endometriosis and PCOS khususnya sebelum rawatan IVF tersebut
  3. Apakah faktor-faktor yang boleh mengurangkan kadar kejayaan rawatan IVF
  4. Perlukan membuang ‘cyst’ sebelum melakukan rawatan IVF?
  5. Apakah permasalahan yang boleh dihadapi semasa menjalani rawatan IVF buat pesakit endometriosis?

Di samping itu, isu menarik mengenai kepentingan pakar bius juga akan dikupas.

Oleh kerana tempat terduduk terhad, bagi pasangan TTC yang berminat untuk menghadiri ceramah tersebut, sila hubungi pihak kami ataupun email di drnatashanor@gmail.com.

Nasihat Dr Tasha bagi wanita yang menghidapi masalah endometriosis terutamanya bagi yang telahpun didiagnoskan dengan ‘stage 3 or 4’, mempunyai ‘ovarian reserve’yang rendah, telahpun mencuba untuk hamil lebih dari 5 tahun, berumur lebih dari 35 tahun usahlah menunggu terlalu lama. Walaupun sudahpun dibedah untuk ‘cyst’ endometriosis ianya boleh berulang kembali. Seelok-eloknya dapatkan nasihat dari pakar fertiliti yang boleh memberikan rawatan IVF SEBELUM melakukan pembedahan untuk ‘cyst’ endometriosis. Sekiranya sudahpun melakukan pembedahan tersebut, pergilah rujuk kepada pakar fertiliti untuk membincang langkah seterusnya agar cepat hamil.  Janganlah membuang waktu. Faktor usia yang lebih matang untuk wanita tersebut boleh merendahkan kadar kehamilan buatnya.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Seminar Percuma IVFku pada 20th Mei 2017

“Dr Tasha, boleh terangkan lebih jelas mengenai IVFku?”

Program IVFku

Ramai pasangan TTC kerap menanyakan mengenai program IVFku. Kos IVF konventional di swasta adalah dalam lingkungan RM16-20,000. Kos ini termasuklah kos konsultasi, scan, ubat hormon yang perlu digunakan semasa rangsangan telur, prosedur penyedutan telur (‘Egg pick up’) atau OPU dan pemindahan embrio (‘Embrio Transfer’) atau ET. Sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan bebanan kewangan di kalangan pasangan TTC, program IVFku telah dimulakan di KL Fertility Centre.

Untuk sesebuah program IVF, faktor yang penting adalah kadar kejayaaan kehamilan. Oleh itu, program IVFku bertujuan untuk memberikan kejayaan yang bagus pada kos yang berpatutan. KL Fertility Centre menawarkan program IVFku untuk pasangan pada RM12000 di bawah jagaan Dr Tasha. Kos tersebut melibatkan kos konsultasi, scan, ubat hormon yang perlu digunakan semasa rangsangan telur, prosedur penyedutan telur (‘Egg pick up’) atau OPU dan pemindahan embrio (‘Embrio Transfer’) atau ET.

Alhamdulillah ramai pasangan TTC telahpun berjaya hamil dan juga selamat melahirkan anak-anak mereka. Pasangan pertama yang telah berjaya melahirkan anak-anak mereka hasil dari program IVFku sebenarnya merupakan sepasang anak kembar. Pasangan tersebut perlu melakukan IVF disebabkan kedua-dua saluran peranakan tersumbat.

Program IVFku program diilhamkan oleh program ‘low intensity’ stimulasi IVF dari Prof Kato Jepun. Ianya juga dikenali dengan nama IVF lite atau Mini IVF. Pada peringkat permulaan, Dr Tasha telahpun memberikan syarat-syarat kelayakan untuk IVFku. Ini adalah untuk memastikan kadar kejayaan adalah baik. Kami sangat berpuas hati kerana kadar kejayaan kehamilan kami telahpun mencapai 70-80%.

Kajian juga telahpun membuktikan low intensiti IVF ini juga boleh digunakan untuk wanita yang mempunyai masalah PCOS, Endometriosis ataupun ‘poor ovarian reserve’. Program ini dikatakan bersifat ‘gentle’ bertujuan menghasilkan kuantiti telur yang lebih rendah tetapi berkualiti baik. Ianya juga mengurangkan risiko OHSS dan ‘patient-friendly’ terutamanya bagi wanita yang phobia kepada suntikan jarum kerana bilangan suntikan dikurangkan kepada hanya 2-3 kali sahaja sepanjang proses rangsangan telur.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, datanglah kepada seminar program IVFku pada 20th Mei 2017. Ianya adalah PERCUMA akan tetapi tempat duduk adalah terhad.

Tajuk Seminar: IVFku

Penceramah: Dr Natasha Nor

Waktu Seminar: 1 – 2pm

Tempat:

KL Fertility Centre

LG Lot 30 DC Mall , Bukit Damansara,

50490, Kuala Lumpur Malaysia
 

Jika berminat sila email kepada Dr Tasha di drnatashanor@gmail.com

Sila berikan maklumat tersebut di bawah untuk diberikan kepada pihak pengurusan bagi proses pendaftaran:

Wife’s Name:

Wife’s HP Number:

Wife’s Email Address:

Husband’s Name:

Husband’s HP Number:

Husband’s Email Address:

Number of seats for the seminar:

Diharapkan kita akan bersua muka tidak lama lagi.

Happy Mother’s Day to all those TTC women out there who have bravely struggled through their fertility journey and succeeded in the end and also to all those TTC couples who will one day become mothers and fathers too as well. Aminn..

 

 

 

 

 

 

Kuiz: Adakah saya sesuai untuk program IVFku?

Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai program IVFku. Klik di sini.

logo-ivfku

1.Berapakah umur anda? (Ini adalah umur untuk pasangan wanita)

a. 32 tahun ke bawah

b. 32 – 35 tahun

c. 36 – 38 tahun

d. 39 tahun ke atas

 

2. Berapa lama sudah anda dan pasangan mencuba untuk hamil?

a. 2 tahun ke bawah

b. 3 – 5 tahun

c. Lebih dari 5 tahun

d. Lebih dari 8 tahun

 

3.Adakah ujian sperma telah dilakukan?

a. Ya. Jika Ya, adakah keputusan sperma normal / tidak?  Sila kepilkan keputusan ujian tersebut jika ada

b. Tidak

 

4. Adakah ujian untuk ‘ovarian reserve’ telah dilakukan?

a. Ya

b. Tidak

c. Tidak pasti

 

5. Apakah punca sukar untuk hamil?

a. Masalah sperma. Jika ujian sperma telah dilakukan, sila kepilkan keputusan

b. Masalah telur tidak matang (PCOS)

c. Masalah saluran peranakan tersumbat

d. Masalah fibroid

e. Masalah endometriosis

f. Masalah telur kurang (‘Ovarian reserve’ rendah)

g. Tidak ada apa-apa masalah yang telah dikesan (‘Unexplained subfertility’)

h. Tidak tahu apa punca

i. Lain-Lain: Sila nyatakan _______________________

 

6. Berapakah BMI anda?

a. <18.5

b. 18.5 – 24.9

c. 25 – 29

d. >30

e. Tidak pasti.

Sila kira BMI anda di sini.

 

7. Adakah kitaran haid anda teratur?

a. Ya

b. tidak

c. Tidak pasti. Sila KLIK di sini.

 

8. Berapakah bajet anda untuk rawatan kesuburan?

a.  RM1000 – 5000

b. RM5000 – 10000

c.RM10000 – 15000

d. RM15000 – 20000

e. Tidak kisah kos asalkan mendapatkan rawatan terbaik

 

9. Pernahkah anda mendapatkan rawatan kesuburan?

a. Ya. Jika ya, sila nyatakan sama ada ianya rawatan IUI / IVF dan ‘outcome’ rawatan tersebut

b. Tidak pernah

 

10. Faktor di bawah yang manakah anda lebih pentingkan?

a. Tidak kisah mencuba rawatan ringkas yang mungkin lebih murah tetapi mempunyai kadar kejayaan yang lebih rendah

b. Ingin hamil secepat mungkin jadi tidak kisah sekiranya perlu rawatan yang lebih mahal tetapi kejayaan yang lebih tinggi

c. Tiada faktor di atas

d. Faktor lain. _____________________________________________

 

Kuiz rawatan kesuburan: Adakah saya calon untuk IUI ataupun IVF?

Ramai antara pasangan TTC mungkin akan mempunyai dilemma sama ada patut membuat rawatan IUI ataupun IVF. Bagi yang mungkin menghadapi masalah tersebut, ambillah kuiz di bawah untuk menentukan sama ada anda lebih sesuai untuk rawatan IUI ataupun IVF.

Kuiz rawatan IUI ataupun IVF

*Adakah anda tahu ‘ovarian reserve’ anda?

7. Berapakah budget anda untuk rawatan kesuburan?(required)

8. Berapakah BMI anda?(required)

Sila kira BMI anda di sini.

9. Adakah kitaran haid anda teratur?(required)

Tidak pasti. Sila KLIK di sini.

10. Faktor di bawah yang manakah anda lebih pentingkan?(required)

11. Adakah anda/ pasangan anda bekerja sebagai tentera/ staff hospital kerajaan/ bekerja dengan kerajaan?(required)

Sila tekan button “send” untuk mendapatkan jawapan dari Dr Tasha ya.   Selamat mencuba!

Kuiz rawatan kesuburan: Adakah saya calon untuk IUI ataupun IVF?

Ramai antara pasangan TTC mungkin akan mempunyai dilemma sama ada patut membuat rawatan IUI ataupun IVF. Bagi yang mungkin menghadapi masalah tersebut, ambillah kuiz di bawah untuk menentukan sama ada anda lebih sesuai untuk rawatan IUI ataupun IVF.

Kuiz rawatan IUI ataupun IVF

1. Berapakah umur anda?

a.  < 30 tahun

b.  30 – 32 tahun

c.  33 – 34 tahun

d.  35-39 tahun

d.  40 tahun ke atas

2. Berapa lamakah anda telah cuba untuk hamil?

a.  < 1 tahun

b.  2 – 3 tahun

c. 4 – 5 tahun

d. Lebih dari 5 tahun

3. Adakah anda telah melakukan ujian kesuburan untuk mengenalpasti punca ketidaksuburan?

a. Ya

b. Tidak

Sekiranya Ya. Apakah ujian kesuburan yang telah dilakukan ______________________________

4. Adakah anda/ pasangan anda telah melakukan ujian sperma.

a. Ya dan keputusannya adalah normal

b. Ya dan keputusannya adalah abnormal. Sila email keputusan sperma jika ada_________________________________

c. Tidak

5. Adakah anda pernah memeriksa ‘ovarian reserve’ anda?

a. i. Ya. Keputusannya adalah memuaskan

a.ii. Ya. Keputusannya adalah rendah

b. Tidak

6. Adakah anda mempunyai masalah seperti di bawah?

a. PCOS

b. Endometriosis.

c. Saluran peranakan / tiub tersumbat

d. Sejarah kehamilan ektopik

e. Keguguran berulang-kali

g. Pembedahan di bahagian pelvis. _____________________________

h. Tiada apa-apa masalah.

7. Berapakah budget anda untuk rawatan kesuburan?

a. <RM1000

b. RM1000 – 5000

c. RM5000 – 10000

d.RM10000 – 15000

e. Tidak kisah kos asalkan mendapatkan rawatan terbaik

8. Berapakah BMI anda?

a. <18.5

b. 18.5 – 24.9

c. 25 – 29

d. >30 e. Tidak pasti.

Sila kira BMI anda di sini.

9. Adakah kitaran haid anda teratur?

a. Ya

b. tidak

c. Tidak pasti. Sila KLIK di sini.

10. Faktor di bawah yang manakah anda lebih pentingkan?

a. Tidak kisah mencuba rawatan ringkas yang mungkin lebih murah tetapi mempunyai kadar kejayaan yang lebih rendah

b. Ingin hamil secepat mungkin jadi tidak kisah sekiranya perlu rawatan yang lebih mahal tetapi kejayaan yang lebih tinggi c. Tiada faktor di atas

d. Faktor lain. _____________________________________________

11. Adakah anda/ pasangan anda bekerja sebagai tentera/ staff hospital kerajaan/ bekerja dengan kerajaan?

a. Ya i. kerajaan ii. Tentera

b. Tidak

Hantarlah jawapan anda kepada drnatashanor@gmail.com. Sila berikan beberapa hari untuk mendapatkan jawapan dari Dr Tasha ya.   Selamat mencuba kuiz!

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Ketahui umur ovari anda

Semakin meningkat umur seseorang wanita, kadar kesuburannya juga semakin menurun. Ini disebabkan oleh umur ovarinya yang turut melalui proses penuaan. Secara semulajadi, wanita telah dilahirkan dengan kesemua telur di dalam kilang ovarinya. Sewaktu lahir terdapat 1-2 juta telur di dalam ovarinya yang akan melalui proses ‘atresia’ di mana telur tersebut mengecut dan diserap oleh badan. Apabila baligh, tinggal 400,000 telur. Akan tetapi tidak kesemua telur tersebut akan menjadi matang. Hanya 400 biji telur sahaja yang akan mematang dan melalui proses ovulasi sepanjang hayat reproduktif seseorang wanita!

Bagaimana mengetahui umur ovari anda?

Ujian melalui imbasan scan pelvis untuk mengira ‘antral follicle count’ boleh dilakukan pada hari 2-5 haid anda untuk mengetahui umur ovari anda. Imbasan scan pelvis tersebut akan dilakukan melalui faraj. ‘Antral follicle count’ boleh mengukur ‘ovarian reserve’ anda. ‘Ovarian reserve’ anda adalah bilangan telur yang tinggal di dalam kilang ovari anda yang berpotensi untuk menghasilkan bayi.

‘Antral follicle count’ juga dikenali dengan nama ‘resting folicle’ adalah folikel-folikel kecil berukuran 2-8mm yang boleh diukur di dalam ovari anda. Ini boleh dilihat dengan imbasan scan pelvis. Antral follicle count (AFC) merupakan ujian yang boleh mengukur kadar kesuburan seseorang wanita, berfungsi memberikan ramalan tentang respon wanita tersebut semasa ubat ransangan diberikan semasa rawatan IVF dan sekaligus meramalkan kadar kejayaan IVF.

Interpretasi Antral Follicle Count Anda

Nombor ‘Antral follicle count’ yang tinggi menunjukkan terdapat lebih bilangan telur di dalam ovarinya. Oleh itu apabila wanita tersebut diransang semasa rawatan IVF, lebih banyak telur akan dapat diperolehi sewaktu prosedur ‘oocyte retrieval’ dan lebihan embryo akan dapat dihasilkan. Seterusnya potensi kejayaan IVF wanita tersebut adalah lebih tinggi berbanding dengan wanita yang mempunyai bilangan AFC yang rendah. Bilangan jumlah AFC lebih dari 10 bagi kedua-dua telur adalah elok. Sekiranya AFC anda kurang dari 4 mungkin bermakna respon anda semasa rawatan IVF akan menjadi kurang memberansangkan. Bagi wanita yang mempunyai AFC lebih dari 30, dia berisiko tinggi untuk mengalami OHSS ketika ransangan ubatan yang diberikan semasa rawatan IVF.

Akan tetapi, tidak semestinya bilangan AFC ini akan memberikan gambaran kualiti telur atau embrio yang akan diperolehi semasa rawatan IVF. Di samping itu, AFC juga boleh berbeza antara satu kitaran haid kepada kitaran haid yang lain.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Adakah rawatan IVF akan membuat wanita menopaus lebih awal?

FALLING FERTILITY

Gejala masalah ketidaksuburan di kalangan pasangan Malaysia telah meningkat sejak kebelakangan ini. Isu fertiliti ini bukan sahaja berlaku di Malaysia sahaja, bahkan seluruh dunia juga mengalami masalah tersebut. Ini menyumbang kepada peningkatan rawatan kesuburan termasuklah rawatan IVF.

 

Kaum wanita yang melalui rawatan IVF ini terpaksa diberikan hormon dalam bentuk suntikan setiap hari untuk tempoh yang tertentu. Ini bertujuan untuk merangsangkan kilang ovari untuk mengeluarkan telur yang berlebihan. Folikel-folikel yang mengandungi telur di dalam ovari ini akan membesar, mematang dan seterusnya disedut melalui prosedur yang dinamakan ‘oocyte retrieval’. Pada kebanyakan kes sebanyak 10-15 biji telur akan berjaya diperolehi dari wanita yang menjalani rawatan IVF tersebut. Tidak hairanlah sekiranya, ada yang bertanya-tanya samada prosedur tersebut akan menyebabkan seseorang wanita yang menjalani rawatan IVF tersebut menopaus lebih awal, kerana dia telah menggunakan telur-telur tersebut dari kilang ovarinya.

Menopaus selalunya berlaku apabila seseorang wanita berumur dalam linkungan 50-51 tahun. Ianya berlaku apabila kesemua telur yang berada di dalam kilang ovarinya sudah kehabisan. Ini seterusnya akan mengakibatkan wanita tersebut putus haid. Oleh itu, ianya juga menandakan yang hayat reproduktifnya sudah berakhir.

Adakah wanita yang menjalani rawatan IVF akan menjadi menopaus lebih awal?

Ini adalah tidak benar sama sekali. Apa yang berlaku ialah pada tiap-tiap bulan, badan seseorang wanita sudah menetapkan berapa folikel yang akan berada di dalam kilang ovari. Dengan berlakunya perubahan hormon, hanya 1 atau 2 biji folikel sahaja yang akan membesar, mematang dan pecah sewaktu masa ovulasi. Folikel-folikel yang lain akan perlahan-lahan mengecil dan diserap. Akan tetapi, apabila rawatan IVF dilakukan, folikel-folikel yang sudahpun berada di dalam kilang ovari tersebut pada bulan tersebut semuanya akan membesar, mematang apabila ubat-ubatan ransangan hormon diberikan. Kenyataan ini telah disahkan oleh beberapa kajian yang telah dijalankan di mana tiada kaut paut yang didapati antara menopaus pada umur yang lebih awal di kalangan wanita yang telah menjalankan rawatan IVF (1).

Wanita yang ‘poor responder’ akan menopaus lebih awal

Akan tetapi, kajian yang lain juga telah membuktikan bahawa wanita yang memberikan respon yang rendah kepada rangsangan ubat hormon (i.e gonadotrophin) semasa rawatan IVF adalah petanda awal yang wanita tersebut akan mengalami menopaus pada umur yang lebih awal. Wanita tersebut dikenali sebagai ‘poor responder’ disebabkan oleh latar belakang yang dia mempunyai ‘ovarian reserve’ yang rendah. Jadi tidak hairanlah dengan mempunyai folikel dan telur yang berkurangan di dalam ovarinya, wanita tersebut akan menjadi menopaus seawal umur 46 tahun atau sebelumnya. (2)

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Rujukan

1. Elder K, Mathew T et al. Impact of gonadotrophin stimulation for assisted reproductive technology on ovarian ageing and menopause. Reprod Biomed Online 2008;16: 611-16

2. de Boer EJ, Den Tonkelaar I et al. Low number of retrieved oocytes at IVF treatment is predictive of early menopause. Fertil Steril 2002; 77: 978-85.