Antara Fakta dan Mitos – 1001 Persoalan mengenai kesuburan

Apabila satu pasangan ingin hamil, mungkin pelbagai persoalan akan timbul mengenai isu kesuburan dan cara-cara untuk tingkatkan peluang untuk hamil.  Mereka akan menerima bermacam-macam nasihat dari saudara-mara atau rakan yang kadang-kala benar atau sebaliknya. Dalam post blog pada kali ini, Dr Tasha akan menjawab mengenai Fakta atau mitos persoalan kesuburan untuk memberikan pencerahan kepada pembaca-baca blog.

1. Untuk meningkatkan peluang untuk kehamilan, lakukanlah hubungan seks setiap hari pada sepanjang bulan

MITOS. Jika hubungan seks dilakukan pada setiap hari ianya boleh mengurangkan jumlah bilangan sperma dalam tempoh berpanjangan. Sebaliknya sekiranya anda ingin meningkatkan peluang kehamilan pada masa kesuburan, salah satu alternatif bagi pasangan ialah dengan penggunaan Kit peramal ovulasi ie OPK. Lakukanlah hubungan intim, 3 hari berturut-turut sebaik sahaja keputusan OPK itu positif. Ini terutamanya bagi pasangan di mana pihak lelakinya mempunyai bilangan sperma yang normal. Tidak perlu untuk melakukan seks lebih dari 2 kali sehari hanya semata-mata berfikir ianya akan meningkatkan peluang kerana sebaliknya mungkin akan berlaku. Untuk kebanyakan pasangan TTC cukuplah sekadar melakukan seks selang sehari  pada waktu subur.

2. Masalah ketidak suburan selalunya berpunca dari pihak wanita.

MITOS. Wanita seringkali dipersalahkan terutamanya dalam masyarakat kita apabila pasangan tersebut mengalami masalah untuk hamil. Masalah ketidaksuburan sebenarnya juga kerap kali berpunca dari pihak lelaki. 35% kes ketidaksuburan berpunca dari wanita, 35% dari lelaki, 20% kedua-kedua belah pihak dan 10% kes puncanya tidak diketahui. Oleh itu, apabila sesuatu pasangan ingin mendapatkan rawatan untuk kesuburan, adalah digalakkan agar kedua-dua suami dan isteri datang bersama untuk menjalani pemeriksaan kesuburan.

3. Sekiranya tidak dapat hamil, pergilah mengambil anak angkat. Anda akan hamil sebaik sahaja selepas berbuat demikian.

MITOS. Dr Tasha percaya ramai pasangan yang sudah lama mengingini zuriat telah menerima nasihat tersebut. Walaupun anda pernah mendengar yang ini telah berlaku kepada sesuatu pasangan,  ianya benar-benar berlaku bagi segelintir pasangan iaitu dalam anggaran hanya 5%. Realitinya bagi kebanyakan pasangan ialah mereka masih tidak dapat hamil walaupun selepas mengambil anak angkat.

4. Jangan terlalu stress. ‘Just relax’ barulah dapat hamil.

MITOS. Sebaliknya, masalah ketidaksuburan akan memberikan lebih tekanan perasaan kepada pasangan yang mempunyai masalah tersebut. ‘Stress’ dihadapi oleh semua orang lebih-lebih lagi pada zaman serba moden ini. Adalah lebih baik sekiranya pasangan tersebut pandai menangani sebarang stress yang dialaminya dengan mengambil langkah-langkah yang tertentu. Apa yang seringkali Dr Tasha dengar dari pasangan-pasangan ialah mereka terlalu sibuk bekerja sehingga keletihan dan tidak ada masa untuk berehat, apatah lagi untuk melakukan hubungan intim. Oleh itu, bagi pasangan yang mempunyai jadual bekerja yang sibuk, tidak salah sekiranya mengambil cuti pendek. Lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai kitaran haid teratur untuk mengatur cuti tersebut semasa ‘waktu suburnya’ untuk meningkatkan lagi peluang kehamilan.

5. Terdapat posisi seks tertentu yang boleh meningkatkan peluang untuk hamil.

MITOS. Kajian saintifik tidak membuktikan yang posisi seks yang tertentu boleh meningkatkan peluang kehamilan. Akan tetapi setengah-tengah posisi seperti ‘missionary position’ mungkin akan lebih membantu sperma. Menukar-nukar posisi seks berlainan juga digalakkan agar pasangan tidak bosan.

6. Penggunaan air liur semasa hubungan seks boleh mengurangkan peluang kehamilan.

 FAKTA. Kadang-kala setengah-tengah pasangan mungkin ada menggunakan air liur sebagai ‘pelincir’ sewaktu hubungan seks. Akan tetapi, air liur sebenarnya adalah tidak elok untuk sperma. Sekiranya anda memerlukan ‘pelincir’ semasa seks gunakanlah pelincir yang ‘sperm-friendly’ seperti ‘Preseed’ ataupun ‘Conceive Plus’. KY Jelly juga adalah tidak ‘sperm-friendly’.

7. Telur matang akan hanya hidup selama 12-24 jam selepas dirembes keluar dari kilang ovari. Manakala sperma boleh hidup selama 3-5 hari.

 FAKTA. Memang benar telur matang hanya hidup selama 12-24 jam. Oleh itu, jika anda ingin tingkatkan peluang kehamilan ‘timing’ adalah agak penting. Akan tetapi janganlah terlalu taksub sehinggakan penggunaan kaedah-kaedah untuk menentukan waktu kesuburan anda menyebabkan kedua-dua menjadi terlalu ‘stress’. Bagi pasangan yang mempunyai ‘PJJ’, mungkin ini terpaksa dibuat untuk meningkatkan peluang kehamilan.

 

Sekiranya terdapat apa kemusykilan mengenai fakta-fakta mengenai kesuburan, bertanyalah kepada doktor yang merawati anda. Dr Tasha doakan agar lebih ramai lagi pasangan akan mencapai impian mereka untuk menjadi ibu dan ayah satu hari nanti!

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Posted on March 10, 2015, in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: