Pelvic Inflammatory Disease = Perhubungan Intim Durjana?

Pelvic Inflammatory Disease = Perhubungan Intim Durjana?

‘Doktor, baru-baru ini doktor telah mengesahkan saya menghidapi masalah Pelvic Inflammatory Disease (PID) sehingga kedua-dua tiub saya tersumbat dan bengkak. Adakah ini penyebab saya masih tidak hamil?’

🦋 Jawapan pantas

  • PID ialah jangkitan dan keradangan organ pelvik (rahim, tiub fallopio, ovari) yang sering berpunca daripada jangkitan kelamin seperti Chlamydia dan Gonorrhoea.
  • Kebanyakan wanita tidak menunjukkan simptom pada peringkat awal.
  • PID boleh menyebabkan tiub fallopio tersumbat, kehamilan luar rahim dan kemandulan.
  • Rawatan utama ialah antibiotik untuk pesakit dan pasangannya; abses mungkin memerlukan pembedahan.
  • Jika tiub sudah rosak, IVF mungkin pilihan terbaik untuk hamil.

Apakah penyakit ‘Pelvic Inflammatory Disease’ (PID)?

Ini adalah salah satu masalah utama penyebab kemandulan di serata dunia. Ianya adalah masalah penyakit kelamin berjangkit (STD – Sexually Transmitted Disease) yang boleh menyebabkan jangkitan serta kerosakan teruk pada organ peranakan wanita. PID boleh mengakibatkan saluran peranakan tersumbat dan bengkak serta risiko mendapat kandungan luar rahim (‘ectopic pregnancy’) lebih tinggi.

Picture1

Apakah punca PID?

Kes PID adalah lebih kerap dilaporkan di kalangan negara di mana seks rambang berlaku. Di negara USA setiap tahun lebih dari 1 juta wanita dikatakan mengalami episod jangkitan PID. Disebabkan oleh PID lebih 100,000 wanita akan mengalami masalah fertiliti. Di Malaysia, bilangan wanita yang mengalami masalah PID tidak diketahui dengan tepat tetapi ada sumber-sumber yang mengatakan bilangan kes-kes PID telah meningkat kebelakangan ini.

PID disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria terutamanya Gonorrhoea dan Chlamydia pada pangkal rahim ie servik. Servik memainkan peranan penting sebagai benteng pertahanan untuk alat peranakan wanita. Akan tetapi apabila jangkitan dan keradangan servik berlaku kuman-kuman tersebut akan berjaya melepasi servik untuk menjangkiti bahagian lain alat peranakan wanita terutamanya saluran peranakan Fallopio.

Punca-punca lain PID termasuklah kes pengguguran, penggunaan alat dalam rahim dan prosedur-prosedur pelvis serta semasa kelahiran. Selain dari itu, penggunaan pencucian vagina / ‘douching’ mungkin juga boleh menyebabkan perubahan flora vagina serta memudahkan jangkitan kuman merebak dari bahagian faraj ke bahagian atas alat peranakan wanita.

Simptom-simptom PID

PID sukar dikesan pada peringkat awal kerana kebanyakan wanita tidak mempunyai simptom-simptom. Sebahagian besar wanita hanya akan mendapat diagnosis apabila mereka mengalami kesukaran untuk hamil ataupun apabila jangkitan tersebut sudah pada tahap kronik dan mengakibatkan kerosakan pada  yang sukar diperbaiki.

Antara simptom-simptom yang mungkin dialami oleh pesakit PID:

  • Kesakitan di bahagian pelvis atau bahagian atas kanan abdomen.
  • Demam
  • Pengeluaran keputihan dari faraj yang berwarna hijau / kuning serta berbau busuk
  • Kesakitan semasa hubungan seks
  • Pendarahan haid yang tidak teratur
  • Kesakitan semasa membuang air kencing

Cara mengesan PID

Sekiranya PID disyaki, doktor yang merawati akan membuat pemeriksaan untuk mengesan jangkitan tersebut:

  • fizikal
  • Imbasan scan
  • Ujian darah dan air kencing
  • Pembedahan Laparoscopik

Pemeriksaan fizikal faraj wanita dapat mengesan kehadiran keputihan kuning / kehijauan. Manakala lelaki pula pengeluaran lendir kuning dari penis.

Imbasan scan mungkin dapat mengesan kehadiran tiub bengkak iaitu ‘hydrosalphinx’ ataupun infeksi bernanah di bahagian ovari dan saluran peranakan ie ‘tubo-ovarian abscess’

Pembedahan laparoscopik akan dapat mengesan kesan-kesan infeksi pada rahim dan saluran peranakan serta bahagian organ lain yang terlibat

Implikasi PID

Implikasi PID termasuklah masalah kemandulan, sakit kronik di bahagian pelvis, kandungan ektopik serta impak psikologi  kerana penghidap PID dan pasangan mereka.

Rawatan PID

  1. Antibiotik penghidap PID dan juga pasangan mereka perlu diberikan.
  2. Pembedahan sekiranya terdapat pengumpulan nanah ie ‘abscess’ yang tidak sembuh dengan rawatan antibiotik
  3. Rawatan kesuburan ie IVF sekiranya kedua-dua saluran peranakan sudah tersumbat dan rosak.

Pencegahan PID

  • Amalkan hubungan seks yang selamat dan kurangkan risiko jangkitan kelamin.
  • Rawati pasangan bersama-sama supaya jangkitan tidak berulang.
  • Dapatkan rawatan awal jika ada gejala jangkitan, kesakitan pelvik atau keputihan yang berbau.
  • Elakkan pencucian vagina (‘douching’) kerana ia mengubah flora normal vagina.

Soalan lazim

Apakah punca utama PID?

Jangkitan bakteria, terutamanya Chlamydia dan Gonorrhoea, yang merebak daripada servik ke organ peranakan. Punca lain termasuk pengguguran, penggunaan alat dalam rahim dan prosedur pelvik.

Bolehkah PID menyebabkan kemandulan?

Ya. Jangkitan boleh merosakkan dan menyumbat tiub fallopio, sehingga menyukarkan kehamilan semula jadi. Jika tiub sudah rosak, rawatan seperti IVF boleh membantu.

Apakah tanda-tanda PID?

Kesakitan pelvik, demam, keputihan berwarna kuning/hijau berbau, kesakitan semasa hubungan seks, haid tidak teratur dan kesakitan membuang air kencing. Namun ramai wanita tidak mempunyai simptom.

Adakah PID boleh sembuh?

Ya, dengan rawatan antibiotik yang lengkap untuk pesakit dan pasangan. Namun kerosakan pada tiub yang telah berlaku mungkin kekal.

Sumber

  1. NHS — Pelvic inflammatory disease (PID)
  2. HFEA — In vitro fertilisation (IVF)

Baca juga: Apakah punca hydrosalpinx? dan Rawatan IVF.

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading