Hentikan ‘Biological Clock’ Anda? Apa yang perlu diketahui.

Hentikan ‘Biological Clock’ Anda? Apa yang perlu diketahui.

“Doktor, umur saya sudahpun 32 tetapi saya terlalu banyak komitmen kerjaya dan walaupun ramai teman lelaki, saya masih tidak berjumpa calon suami yang sesuai. Adakah nanti sudah terlambat untuk saya menjadi seorang ibu kelak?”

🦋 Jawapan pantas

  • Egg freezing (pembekuan telur) boleh ‘membeli masa’, tetapi bukan jaminan hamil.
  • Ia tidak memberi 100% jaminan kehamilan dengan telur beku.
  • Lebih elok dilakukan semasa wanita lebih muda untuk kejayaan lebih tinggi.
  • Kadar kejayaan telur beku lebih rendah berbanding embrio beku.
  • Setengah agama termasuk Islam tidak membenarkan pembekuan telur bagi wanita belum berkahwin.

Bekukan Fertiliti Anda

Adakah ini boleh dilakukan? Bolehkah ‘biological clock’ anda diberhentikan atau dibekukan agar lebih masa dapat ‘dibeli’. Jika ini tidak mustahil bermakna seseorang wanita itu boleh menangguhkan masa untuk menjadi seorang ibu. Mungkin masa masih tidak sesuai untuk menjadi ibu disebabkan sibuk mengejar kejayaan kerjaya, terlalu banyak komitmen lain, ingin melancung satu dunia ataupun calon suami yang ‘perfect’ masih tidak nampak bayang-bayangnya lagi.

Sekali pandang opsyen ini memang agak menarik bagi wanita yang mendambakan kejayaan karier dahulu sebelum mendirikan rumahtangga dan menjadi seorang ibu. Adakah ini polisi insuran impian setiap wanita moden yang membolehkah wanita merancang segala-galanya mengikut keperluan dan ketetapan masa yang bersesuaian dengan kehendaknya?

 

Teknologi pembekuan telur

Teknologi untuk pembekuan embrio dan sperma memang telahpun sedia ada. Kini, kemajuan dari segi teknologi pembekuan tersebut membolehkan telur yang diperolehi dari kilang telur wanita juga dibekukan untuk digunakan pada masa hadapan.

Dulu teknologi tersebut hanya digunakan untuk wanita yang mengalami kanser dan terpaksa melalui rawatan kemoterapi ie ‘ medical reason’ agar mereka masih berpeluang untuk menjadi seorang ibu kelak. Akan tetapi, terdapat peningkatan drastik sejak kebelakangan ini di mana teknologi tersebut digunakan untuk ‘social reason’.

Fakta yang perlu anda diketahui mengenai Pembekuan Telur (‘Egg Freezing’)

1.Ianya tidak akan memberikan 100% jaminan yang wanita tersebut akan dapat hamil akhirnya dengan penggunaan telur beku tersebut.

2. Untuk mendapatkan kejayaan yang lebih tinggi, prosedur pembekuan telur tersebut adalah lebih elok untuk dilakukan semasa wanita tersebut semasa berumur awal 30an dan bukannya pada umur yang lebih matang agar telur yang diperolehi adalah lebih banyak dan berkualiti tinggi

3. Kadar kejayaan kehamilan hasil penggunaan telur yang telah dibekukan dan adalah lebih rendah berbanding dengan embrio yang telah dibekukan. Ini bergantung juga kepada beberapa faktor seperti kaedah pembekuan yang telah digunakan dan juga umur wanita semasa telur itu diperolehi

4. Wanita tersebut akan melalui prosedur sama seperti wanita yang membuat rawatan IVF. Rangsangan telur akan dibuat dengan hormon yang mungkin mempunyai kesan sampingan dan prosedur ‘egg collection’ akan dilakukan melalui faraj.

5. Kos untuk pembekuan Telur adalah agak tinggi.

6. Anda tidak boleh mengetahui samada kualiti telur yang telah dibekukan adalah elok ataupun tidak sehinggalah ianya dipersenyawakan kelak selepas dinyahbekukan.

7. Setengah-tengah agama termasuk Islam tidak membenarkan pembekuan telur bagi wanita yang masih belum berkahwin.

Implikasi Generasi Masa Hadapan

Keluarga bahagia. Ibu Ayah dan anak-anak mereka.

Kini terdapat peningkatan mendadak wanita hamil pada umur 40an ke atas di kalangan masyarakat Barat.  Kebanyakan wanita tersebut telah mendapat rawatan fertiliti untuk hamil. Malah golongan wanita ini mendapat gelaran ‘middlelife motherhood’.  Mungkin dengan peningkatan tersebut, kita mungkin akan melihat perubahan ketara terhadap keluarga yang dianggap ‘normal’ pada masa hadapan disebabkan wanita memilih untuk menjadi seorang ibu pada umur matang . Apakah scenario di dalam gambar di atas akan menjadi satu realiti pada masa hadapan.

Kesimpulan

Kecanggihan dan teknologi moden seolah-olah membuka pintu kepada pelbagai kemungkinan. ‘The possibility are limitless’. Kaedah pembekuan telur, penggunaan sperma atau telur dari ‘donor’, ‘sex-selection’ dan ‘surrogacy’. Adakah ini  dianggap sebagai ‘keajaiban’ ataupun ‘sumpah’ teknologi sains tersebut?

Memang tidak dinafikan di dalam setengah-tengah kes ini adalah keajaiban bagi wanita tersebut. Tetapi adakah kita terfikir disebalik semua ‘keajaiban’ dan ‘kemodenan sains’ apakah implikasi sosial dan moral etika sekiranya teknologi tersebut digunakan dengan berleluasa tanpa kawalan. Apakah akan terjadi apabila kita membuka kotak pandora bernama ‘social fertility preservation’? Apakah kesudahannya nanti? Hendaklah kita bertakafur dan berhenti sejenak untuk berfikir.

Soalan lazim

Bolehkah biological clock dibekukan?

Pembekuan telur (egg freezing) boleh memberi lebih masa, tetapi ia bukan penyelesaian sempurna dan tidak menjamin kehamilan pada masa hadapan.

Adakah egg freezing menjamin kehamilan?

Tidak. Ia tidak memberi 100% jaminan bahawa wanita tersebut akan berjaya hamil menggunakan telur beku tersebut.

Bilakah masa terbaik untuk membekukan telur?

Untuk kejayaan yang lebih tinggi, pembekuan telur lebih elok dilakukan semasa wanita lebih muda.

Adakah egg freezing dibenarkan oleh agama?

Sesetengah agama, termasuk Islam, tidak membenarkan pembekuan telur bagi wanita yang masih belum berkahwin.

Sumber

  1. HFEA — Fertility treatments
  2. NHS — Treatment for infertility

Baca juga: Biological clock wanita.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading