Perjuangan demi menjadi seorang ibu

Perjuangan demi menjadi seorang ibu

🦋 Jawapan pantas

  • Perjalanan TTC (trying to conceive) setiap pasangan berbeza.
  • Rasa kecewa dan pasrah apabila belum hamil adalah normal.
  • Isu subfertiliti kadangkala dianggap ‘taboo’ dalam masyarakat.
  • Sokongan dan bantuan perubatan penting — jangan bersendirian.
  • Jangan putus asa; teruskan usaha bersama doktor.

Perjuangan demi menjadi seorang ibu

Kepada semua pembaca blog yang disayangi, Selamat Tahun Baru 2017! Hari bersilih ganti dalam sekelip mata dan kini kita telah membuka lembaran tahun baru 2017. Ramai pasangan TTC yang telah email Dr Tasha untuk menyatakan mereka telahpun selamat bersalin dan menghantar gambar anak-anak mereka yang sihat dan comel. Dr Tasha dan pihak KL Fertility Centre tumpang gembira dan berasa seronok melihat gambar-gambar tersebut.

Tidak dinafikan ada juga pasangan yang masih tidak hamil dan pasrah serta kecewa apabila tidak hamil selepas menjalani rawatan kesuburan mereka. Dr Tasha berharap agar pasangan-pasangan tersebut tidak berputus asa, berbincang tentang apa yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kejayaan mereka serta meneruskan perjuangan TTC mereka sehingga berjaya.

Setiap individu atau pasangan yang mengharungi perjalanan TTC untuk menjadi seorang ibu atau ayah akan mengalami perjalanan yang berbeza-beza. Begitu juga dengan Dr Tasha yang terpaksa menghadapi perjalanan TTC yang penuh dengan berliku-liku tetapi Dr Tasha sangat-sangat bersyukur kerana impian untuk menjadi seorang ibu dapat dicapai akhirnya. Dr Tasha tidak mungkin dapat mengharungi perjalanan yang mencabar tersebut tanpa sokongan moral dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari ibu dan ayah, keluarga dan juga rakan rapat. ‘They were my unsung heroes and pillar of strength in moments of despair’

Kadang-kala isu untuk sukar hamil ataupun ‘subfertiliti’ ini juga adalah perkara ‘taboo’ di kalangan masyarakat kita dan memberikan rasa aib kepada setengah-tengah orang. Akan tetapi, ingin Dr Tasha tekankan bahawa masalah fertiliti sebenarnya adalah satu masalah kesihatan yang perlu disiasati dan rawatan kesuburan bersesuaian diberikan untuk merawatinya. Ramai pasangan terutamanya wanita yang menghadapi masalah fertiliti ini mengalami implikasi sosial dan psikologi seperti masalah murung. Dr Tasha berharap agar ramai lagi pasangan yang mempunyai kesukaran untuk hamil agar tampil kehadapan serta berikhtiar untuk dapat hamil.

mws

Sekiranya para pembaca ingin membaca dengan lebih lanjut mengenai perjalanan TTC Dr Tasha sila ikuti link di bawah. Semoga ianya memberikan inspirasi dan mana tahu mungkin bagi setengah-tengah para pembaca blog  ‘you will have your own successful TTC story to tell others one day’. Dr Tasha yakin ada hikmah di sebalik segala rintangan yang terpaksa dilalui, ‘it was perhaps God’s plan for me to lead me to the path of my future life as a fertility specialist. To walk down the path of those TTC so that I will be a more compassionate and passionate fertility doctor to strive and give the very best care for my patients in future’.

mww-jan-2017

 

Soalan lazim

Adakah subfertiliti isu taboo?

Di sesetengah masyarakat, isu subfertiliti masih dianggap ‘taboo’ dan sukar dibincangkan secara terbuka.

Bagaimana menghadapi perjalanan TTC?

Dapatkan sokongan pasangan, keluarga dan kumpulan sokongan, serta bantuan perubatan. Jangan hadapi sendirian.

Apa yang perlu dilakukan jika belum berjaya?

Jangan putus asa. Berbincang dengan doktor kesuburan untuk mengenal pasti punca dan pilihan rawatan yang sesuai.

Sumber

  1. NHS — Treatment for infertility
  2. HFEA — Fertility treatments

Baca juga: Kekuatan emosi untuk melalui IVF.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Dr. Natasha Nor

Dari Harapan ke Kehamilan I Pakar Fertiliti di Kuala Lumpur.

Mulakan perjalanan fertiliti anda hari ini untuk merealisasikan impian anda menjadi ibu dan ayah.


‘We will be with you every step of the way’

Ikuti Media Social Dr Natasha

DISCLAIMER

Kandungan blog ini, termasuk teks, grafik, imej, dan bahan-bahan lain adalah bertujuan untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan bukan untuk tujuan memberikan nasihat perubatan. Kandungan blog ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan. Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan anda.

Contact

Email

drnatashanor@gmail.com

Alamat

KL Fertility Clinic, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30 DC Mall, No 6 Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL.

No Telefon

019-7151 975


© 2026 Dr Natasha Nor. All rights reserved.

Discover more from Dr Natasha Nor | Pakar Fertiliti, IVF & Kesuburan Wanita Kuala Lumpur

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading