Blog Archives
Ketahui ‘Timing’ Seks: Kunci Kesuburan Wanita
‘Timing is Everything’. Begitu jugalah hakikatnya untuk cepat hamil, hubungan intim bersama pasangan perlu dilakukan dalam tempoh singkat pada waktu tertentu semasa kitaran wanita. Dalam post blog kali ini, Dr Tasha akan mengupas informasi mengenai waktu subur seseorang wanita dan tips praktikal yang perlu diketahui oleh setiap pasangan TTC perlu ‘timing’ dan kekerapan seks untuk meningkatkan kadar kehamilan.

Kitaran Haid Wanita dan Ovulasi
Kunci untuk memahami waktu subur wanita agar cepat hamil bergantung pada kitaran haid seseorang wanita. Pada purata, kitaran haid wanita adalah selama 28 hari, tetapi ia boleh berbeza-beza antara individu. Kitaran haid yang teratur adalah antara 21 – 35 hari. Kitaran haid boleh dibahagikan kepada dua fasa:
Fasa Folikel: Bermula pada hari pertama haid sehingga ovulasi. Tempoh fasa secara amnya adalah selama 14 hari dalam kitaran haid 28 hari. Dalam tempoh ini, folikel yang mengandungi telur di dalam ovari akan memulai berkembang dan membesar.
Fasa Luteal: Fasa ini bermula selepas ovulasi dan berlangsung sehingga permulaan haid seterusnya. Tempoh ini lazimnya 14 hari juga.
Ovulasi adalah proses di mana telur matang dilepaskan keluar dari kilang telur (i.e ovari). Ia biasanya berlaku pada pertengahan kitaran haid. Untuk kitaran 28 hari, ovulasi biasanya berlaku sekitar hari ke-14. Walau bagaimanapun, ini boleh berbeza-beza bergantung pada kitaran haid wanita tersebut.
Jendela Waktu Kesuburan Wanita
Jendela kesuburan ialah tempoh di mana kadar kejayaan untuk hamil adalah tinggi jika hubungan seks dilakukan. Secara umumnya tempoh tersebut adalah dalam anggaran 5-6 hari. Tempoh hari paling subur dalam kitaran hari dua hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi.
| Waktu Ovulasi | Peratus Kehamilan Jika Hubungan Seks Berlaku |
| 2 hari sebelum ovulasi | 33 |
| 1 hari sebelum ovulasi | 41 |
| Hari ovulasi | 20 |
| 1 hari selepas ovulasi | 8 |
Kesimpulan
Dr Tasha berharap agar pasangan TTC telah mendapat ilmu berguna selepas membaca post blog ini. Dengan memahami kitaran haid anda dan ‘timing’ hubungan seks bersama pasangan anda boleh meningkat kadar kejayaan untuk hamil. Akan tetapi, buat pasangan yang mungkin tidak tinggal bersama ie PJJ diharapkan kaedah ‘timing’ ini boleh digunakan. Nasihat Dr Tasha bagi pasangan TTC secara umumnya atau wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur adalah lebih baik melakukan hubungan intim yang kerap iaitu 2-3 kali seminggu.
Baca post blog berkaitan: