Doa untuk Bakal Ibu
“Doktor, adakah baby saya normal?”
“Doktor bagaimana nak dapat baby girl or baby boy?”
“Doktor apa supplemen yang perlu dimakan agar baby dalam perut sihat?”
“Doktor sakit tak nanti kalau nak bersalin?”
“Bagaimana nak kurangkan rasa takut dan bimbang semasa nak bersalin?”
Tahniah, Dr Tasha ucapkan kepada semua pasangan yang telahpun berjaya hamil. Persoalan-persoalan di atas mungkinpun pernah bermain di kepala semua bakal-bakal ibu yang hamil. Memang lumrah manusia, kita mahukan apa yang terbaik untuk anak di dalam kandungan kita. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa menjaga kesihatan kita sepanjang waktu mengandung. Di samping itu, sekiranya terdapat apa-apa komplikasi atau masalah semasa mengandung seperti kencing manis atau darah tinggi, hendaklah para ibu mengikuti nasihat doktor yang akan memantau kesihatan ibu-ibu dan juga anak dalam kandungan. Di samping itu, kita hendaklah sentiasa berdoa agar sentiasa dilindungi, sentiasa dalam keadaan sihat dan dapat melahirkan anak dengan mudah dan selamat.
Untuk bakal ibu dan ayah, bolehlah ‘download’ applikasi percuma untuk mobile Android di bawah untuk memudahkan mengamalkan bacaan doa-doa yang mustajab sepanjang waktu mengandung, semasa bersalin dan selepas melahirkan.
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.aspire.doaibuhamil
“Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu…”
(Surah al-Ghafir: ayat 60)
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Posted on March 14, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0