Blog Archives
Adakah seks setiap hari boleh menjejaskan sperma untuk kehamilan?
“Dr Tasha, saya dengar kalau seks setiap hari boleh menjejaskan peluang untuk kehamilan? Betul ke?”
Persoalan di atas sering kali di tanyakan oleh pasangan TTC yang inginkan kehamilan. Isu bagaimana kekerapan hubungan seks boleh mempengaruhi kadar kejayaan kehamilan adalah topik yang menarik tetapi sangat mengelirukan di mana terdapat banyak informasi yang kerap kali bercanggah terutamanya apabila pasangan TTC membaca di alam maya.
Perlu Pahami Asas Kesuburan
Kehamilan bergantung kepada proses ovulasi ie. pelepasan telur dari ovari dan persenyawaan telur tersebut oleh sperma yang sihat. Oleh itu, amat penting bagi pasangan TTC untuk melakukan hubungan seks sewaktu ‘window of ovulation’ kerana pada masa ini, peluang untuk mengandung adalah paling tinggi kerana sperma boleh bertahan dalam saluran reproduktif wanita sekurang-kurangnya sehingga 5 hari. Akan tetapi telur hanya hidup selama 12-24 jam sahaja.
Berapa kerap perlu lakukan hubungan seks: Setiap hari vs selang 2-3 hari?
Bertentangan dengan tanggapan bahawa terlalu banyak hubungan seks ie setiap hari ataupun beberapa kali dalam sehari boleh menjejaskan peratus kehamilan, kajian telah menunjukkan bahawa hubungan seks yang lebih kerap semasa tetingkap subur sebenarnya tidak akan menjejaskan peluang untuk hamil. Namun begitu, jangan risau bagi pasangan yang tidak boleh melakukan hubungan seksual setiap hari kerana peluang kehamilan masih lagi baik dengan melakukan seks selang sehari berbanding dengan setiap hari. Kajian telah menunjukkan peratus kehamilan tidaklah banyak berbeza jika seks dilakukan setiap hari adalah 25% berbanding dengan selang sehari adalah 22%.
‘Simpan sperma lebih baik, jika jumlah sperma kurang’?
Ramai pasangan terutamanya di mana terdapat masalah sperma dari segi kuantiti, pergerakan atau kualiti bimbang sekiranya hubungan seks setiap hari akan lebih menjejaskan sperma mereka. Pada tanggapan pasangan tersebut Konsep ‘simpan lebih lama, lebih baik’ akan tetapi terdapat beberapa kajian yang telah menunjukkan bahawa ini tidak benar walaupun si suami mempunyai masalah ‘oligozoospermia’ i.e bilangan sperma berkurangan.
Kualiti Sperma penting untuk kehamilan
Walaupun kekerapan penting, kualiti sperma dan kesihatan telur juga memberi kesan yang besar terhadap kesuburan. Faktor seperti umur, kesihatan keseluruhan, dan tabiat gaya hidup (seperti merokok dan pemakanan) boleh mempengaruhi kualiti sperma dan telur. Oleh itu, pasangan TTC hendaklah mengekalkan gaya hidup yang sihat, termasuk pemakanan seimbang dan senaman yang kerap untuk meningkatkan kualiti sperma dan telur.
Apabila hubungan Seks memberikan tekanan stress kepada pasangan TTC
Walaupun hubungan seks yang kerap semasa ‘tetingkap subur’ adalah digalakkan, tetapi kekerapan seks ini mungkin boleh mencetuskan cabaran bagi sesetengah pasangan TTC. Faktor-faktor seperti tekanan, keperluan prestasi, atau ketidakselesaan fizikal boleh timbul. Setiap pasangan mempunyai keperluan dan corak hubungan seksual yang berbeza-beza. Mungkin segelintir pasangan sudah menjadi kelaziman untuk melakukan seks setiap hari, manakala kebanyakan lebih selesa melakukan seks dengan kekerapan yang lebih berkurangan.
Kesimpulannya
Hubungan seks antara pasangan di samping untuk mencapai kehamilan, ianya juga adalah penting dalam sesebuah perkahwinan untuk mempupuk kasih sayang yang berpanjangan antara pasangan. Adalah penting bagi setiap pasangan untuk mencari keseimbangan dan persetujuan yang selesa bagi kedua-dua belah pihak agar tidak ada stress atau perbalahan yang akan menghalang keintiman dan kegembiraan melakukan hubungan seksual. Jika terdapat permasalahan dari segi suami atau isteri e.g ‘sexual dysfunction’, usah malu dan tidak berlengah-lengah untuk rujuk kepada doktor bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian.
Akan tetapi bagi pasangan yang ingin hamil cepat, cadangan Dr Tasha hendaklah cuba melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya 2-3 seminggu. Bagi pasangan yang melakukan kekerapan hubungan seks yang lebih jarang dari itu, hendaklah cuba berusaha bersama-sama ‘to find time to be together’. Alah bisa, tegal biasa.
Ketahui ‘Timing’ Seks: Kunci Kesuburan Wanita
‘Timing is Everything’. Begitu jugalah hakikatnya untuk cepat hamil, hubungan intim bersama pasangan perlu dilakukan dalam tempoh singkat pada waktu tertentu semasa kitaran wanita. Dalam post blog kali ini, Dr Tasha akan mengupas informasi mengenai waktu subur seseorang wanita dan tips praktikal yang perlu diketahui oleh setiap pasangan TTC perlu ‘timing’ dan kekerapan seks untuk meningkatkan kadar kehamilan.

Kitaran Haid Wanita dan Ovulasi
Kunci untuk memahami waktu subur wanita agar cepat hamil bergantung pada kitaran haid seseorang wanita. Pada purata, kitaran haid wanita adalah selama 28 hari, tetapi ia boleh berbeza-beza antara individu. Kitaran haid yang teratur adalah antara 21 – 35 hari. Kitaran haid boleh dibahagikan kepada dua fasa:
Fasa Folikel: Bermula pada hari pertama haid sehingga ovulasi. Tempoh fasa secara amnya adalah selama 14 hari dalam kitaran haid 28 hari. Dalam tempoh ini, folikel yang mengandungi telur di dalam ovari akan memulai berkembang dan membesar.
Fasa Luteal: Fasa ini bermula selepas ovulasi dan berlangsung sehingga permulaan haid seterusnya. Tempoh ini lazimnya 14 hari juga.
Ovulasi adalah proses di mana telur matang dilepaskan keluar dari kilang telur (i.e ovari). Ia biasanya berlaku pada pertengahan kitaran haid. Untuk kitaran 28 hari, ovulasi biasanya berlaku sekitar hari ke-14. Walau bagaimanapun, ini boleh berbeza-beza bergantung pada kitaran haid wanita tersebut.
Jendela Waktu Kesuburan Wanita
Jendela kesuburan ialah tempoh di mana kadar kejayaan untuk hamil adalah tinggi jika hubungan seks dilakukan. Secara umumnya tempoh tersebut adalah dalam anggaran 5-6 hari. Tempoh hari paling subur dalam kitaran hari dua hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi.
| Waktu Ovulasi | Peratus Kehamilan Jika Hubungan Seks Berlaku |
| 2 hari sebelum ovulasi | 33 |
| 1 hari sebelum ovulasi | 41 |
| Hari ovulasi | 20 |
| 1 hari selepas ovulasi | 8 |
Kesimpulan
Dr Tasha berharap agar pasangan TTC telah mendapat ilmu berguna selepas membaca post blog ini. Dengan memahami kitaran haid anda dan ‘timing’ hubungan seks bersama pasangan anda boleh meningkat kadar kejayaan untuk hamil. Akan tetapi, buat pasangan yang mungkin tidak tinggal bersama ie PJJ diharapkan kaedah ‘timing’ ini boleh digunakan. Nasihat Dr Tasha bagi pasangan TTC secara umumnya atau wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur adalah lebih baik melakukan hubungan intim yang kerap iaitu 2-3 kali seminggu.
Baca post blog berkaitan:
