Persediaan Ibu untuk menyusukan anak angkat yang bakal tiba

Adalah menjadi lumrah kebanyakan wanita yang mengimpikan menjadi seorang ibu suatu hari nanti. Bagi segelintir wanita, mungkin telah ditakdirkanNya yang hakikat ini tidak akan menjadi kenyataan. Akan tetapi, Dr Tasha berharap agar mereka terus cekal, tabah dan berdoa serta berikhtiar untuk menjalani rawatan yang telah disyorkan oleh doktor yang merawati agar mereka akhirnya dapat menimang cahaya mata mereka sendiri. Kadang-kala adalah elok juga mengambil anak angkat sekiranya selepas perbincangan dengan pasangan dan keluarga sendiri ini adalah solusi yang terbaik buat masa itu. Kerapkali juga Dr Tasha mendengar cerita dari pesakit yang sebaik sahaja mereka mengambil anak angkat, ramai yang termengandung sendiri. Mungkin, dengan kehadiran bayi yang tidak diduga dalam kehidupan mereka, sekaligus memberikan mereka kegembiraan dan mengurangkan stres. Adalah diingatkan juga andaikata mereka dikurniakan anak kandung mereka sendiri kelak, janganlah membeza-bezakan atau lebih teruk lagi mengabaikan anak angkat tersebut pada kemudian hari.

Faedah menyusukan anak angkat

1. Memberikan sumber nutrisi yang sangat berkhasiat kepada anak tersebut untuk memastikan kesihatan dan perkembangan dari segi fizikal dan mental berkembang elok

2. Dari segi Islam, bayi tersebut selepas disusukan bolehlah menjadi mahram pasangan tersebut sekiranya memenuhi syarat-syarat tertentu.

3. Menerbitkan rasa naluri semulajadi seorang ibu di kalangan ibu angkat tersebut. Ini seterusnya dapat mengeratkan jalinan kasih sayang antara ibu dan anak angkat tersebut.

Langkah-langkah persiapan payu dara untuk menyusukan anak angkat

Ramai pasangan yang menghadapi masalah kesuburan telahpun mengambil keputusan untuk menyusukan anak angkat mereka. Bagi wanita yang bakal menjadi ibu ini tanpa melalui proses hamil dan kelahiran, terdapat beberapa cara untuk membuat persiapan untuk menyusukan anak angkat yang bakal tiba dikenali sebagai ‘Induced Lactation’. Ianya boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu secara ‘natural’ atau dengan penggunaan hormon.

1. Natural tanpa penggunaan hormon yang dikenali sebagai ‘Basic Pumping protocol’:

Satu atau dua bulan sebelum ketibaan anak angkat, bakal ibu bolehlah memulai untuk merangsang pengeluaran susu badan dengan mengurut buah dadanya selama 10 minit sebanyak 8-10 kali. Ini hendaklah dilakukan setiap hari selama 2 minggu. Kemudian seterusnya ini boleh diikuti dengan penggunaan pump pemerah susu elektrik pula selama 10-15 minit sebanyak 8-10 kali sehari. Oleh itu, lebih kurang setiap 3-4 jam, hendaklah mengepam buah dada. Pastikan pemerah pump diletakkan betul-betul agar puting buah dada tidak terluka. Mungkin anda boleh juga menyapu sedikit krim lanolin kepada puting sebelum mengepam untuk merasa lebih selesa.

2. Menggunakan hormon:

a) Mempunyai lebih dari 6 bulan sebelum ketibaan anak angkat.

  • Minggu pertama: Memakan pil perancang e.g Yasmin, 1 biji sehari + ubat Domperidone, 10mg empat kali sehari.
  • Minggu kedua: Meneruskan pil perancang Yasmin 1 biji sehari + ubat Domperidone tetapi tingkatkan dosnya kepada 20mg empat kali sehari. Pada peringkat ini, mungkin setengah wanita akan merasakan perubahan berlaku pada payu daranya.
  • Teruskan kedua-dua ubatan ini sehingga 6 minggu sebelum tarikh jangkaan bayi akan tiba
  • 6 minggu sebelum bayi akan tiba, berhentikan pengambilan pil perancang e.g Yasmin tetapi teruskan ubat Domperidone 20mg empat kali sehari.
  • 4 minggu sebelum bayi akan tiba, mulakan ransangan fizikal payu dara dengan memulakan proses memerah susu seperti penerangan di atas dengan menggunakan mesin pemerah susu elektrik. (‘Basic pumping protocol’)
  • Dalam masa 1-4 minggu selepas memulakan ransangan  wanita tersebut mula akan mendapati sedikit susu akan keluar. Apabila bayi sudah tiba bolehlah menyusu badan terus. Jaga khuatiri sekiranya susu sedikit sahaja keluar pada awalnya. Hendaklah terus menyusu badan di samping mengepam menggunakan mesin pengepam untuk menggalakkan lebih susu untuk keluar.

b) Mempunyai kurang dari 6 bulan sebelum ketibaan anak angkat:

  • Satu ke dua bulan sebelum bayi tersebut tiba, memakan pil perancang e.g Yasmin, 1 biji sehari + ubat Domperidone, 20mg empat kali sehari.
  • Selepas 1 bulan, bolehlah berhenti memakan pil perancang tersebut tetapi meneruskan memakan Domperidone, 20mg empat kali sehari. Seterusnya rangsangan fizikal payu dara dengan memulakan proses memerah susu seperti penerangan di atas dengan menggunakan mesin pemerah susu elektrik. (‘Basic pumping protocol’) boleh dimulakan.
  • Apabila bayi sudah tiba bolehlah menyusu badan terus.

Tujuan penggunaan hormon pil perancang dan ubat Domperidone adalah untuk meng’simulasikan’ proses semulajadi kehamilan dan mengeluaran susu bagi ibu-ibu angkat tersebut. Pastikan yang anda sesuai untuk mengambil Pil perancang dengan berbincang dengan doktor anda. Ada ubat alternatif lain bagi wanita yang tidak boleh mengambil pil perancang yang turut dikenali sebagai ‘combined oral contraceptive pil’.

Panduan memakan ubat-ubatan hormon

  • Untuk mengurangkan kesan sampingan dari ubat pil perancang seperti Yasmin. Bolehlah memakan sebelum tidur
  • Untuk mengurangkan kesan sampingan dari ubat domperidone. Bolehlah memakan 1/2 jam sebelum makan.

Pengambilan pemakanan untuk menambahkan susu badan

  • Memperbanyakkan meminum air suam
  • Mengurangkan kafein dalam diet
  • Pengambilan halba, karot putih, oat, ikan dan kurma merah.

Kesimpulannya adalah sangat digalakkan bagi wanita untuk menyusukan bayi yang akan menjadikan anak angkat mereka disebabkan faedah-faedah yang banyak. Akan tetapi janganlah bersedih hati sekiranya berhadapan dengan masalah seperti susu badan tidak keluar atau berkurangan. Kerapkali memang susu formula terpaksa digunakan untuk memenuhi keperluan bayi tersebut. Ramai wanita yang tidak dapat mengeluarkan susu badan untuk bayi kandung mereka sendiripun walaupun pelbagai usaha dan cara telah dilakukan! Tetapi hakikat tersebut tidak menjadikan seseorang wanita ‘less of a mother’ kerana kasih seorang ibu adalah lebih dari itu. Belaian kasih, keprihatinan dan penjagaan seorang ibu terhadap bayi itu adalah lebih penting dan melebihi segala-galanya!

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Rujukan:

The Protocols for Induced Lactation — A Guide for Maximising Breastmilk Production
By Jack Newman, MD, FRCPC and Lenore Goldfarb, Ph.D., CCC, IBCLC

Posted on June 10, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 18 Comments.

  1. Alhamdulillah Syukur dr,selepas baca,saya berasa lebih yakin dan brsemangat untuk mengambil anak angkat.Ada hikmah atas setiap yang Allah tentukan.Insya’allah saya akan terus brusaha dan cekal untuk menghadapinya.Terima kasih dr Tasha.

    • In sha Allah nazariah, jika diizinkanNya, Dr Tasha yakin nazariah boleh hamil pada masa depan. Enjoy ur new baby soon. Do ask those yg pernah mengambil anak angkat terutamanya legal issues

  2. Saya telah pun mengambil anak angkat.. saya telah cucuk maxilon iaitu ubat tahan muntah.. selepas seminggu, susu keluar tapi sgt sedikit.. saya masih lagi tak boleh susukan anak amagkat saya.. hati dah mula risau.. macam mana saya nak banyakkan susu saya..

    • Salam Sharifah,

      Pada permulaan memang susu akan keluar sedikit sahaja. Mungkin sharifah boleh mencuba ubat Domperidone, 10mg empat kali sehari instead of Maxalon. Di samping itu bolehlah meransangkan pengeluaran susu dengan mengepam buah dada menggunakan pump pemerah susu elektrik setiap 3-4jam. Sekiranya setelah semuanya usaha dibuat, janganlah bersusah hati sekiranya terpaksa ‘top up’ dengan susu tepung. Seperti yang Dr Tasha ckp di dalam artikel di atas hanya kerana tidak dapat memberikan susu badan tidak semestinya seorang ibu itu adalah ‘less of a mother’ kerana kasih seorang ibu adalah lebih dari itu. Belaian kasih, keprihatinan dan penjagaan seorang ibu terhadap bayi itu adalah lebih penting dan melebihi segala-galanya!

  3. Thanks Dr utk info yg sgt berguna untuk sy dan suami. InsyaAllah dlm masa 2 minggu kami akan menerima org baru dlm rumahtangga kami. Jadi boleh saya tahu adakah ubat2 yg Dr sebut boleh sy dapatkan dari farmasi?

    • Salam nur,

      Tahniah kerana akan menerima orang baru di dalam kehidupan nur. Seelok-eloknya dapatkan ubat tersebut dari doktor kerana dikhuatiri lain orang mempunyai side effects atau tidak sesuai untuk mengambil hormon tersebut.

  4. norasiah binti mohd rasit

    Assalam dr…sy dlm perancangan untuk mengambil ank angkat..sy nk tnye dr..bagaimana cra terbaik utk sy adakn susu bdn?sbb kalo boleh nnt da ade baby trus bleh susu kn je..natural or hormon?perlukah sy ke hospital or sbgainye?

    • Salam Norasiah,

      Jikalau begitu perancangan Norasiah, ada baik jikanya pergi berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan nasihat. Jika hormon diperlukan, ianya boleh diberikan oleh doktor tersebut.

  5. fatimah bt mat nor

    assalammualaikom…
    saya pernah menyusukan ank kandung sendiri pada 7 tahun lepas,,sekarang saya telah mendapat anak angkat dan bercadang utuk memberikan susu badan sendiri ..ada petua dan cadangan ubat tak untuk saya ambil…?

  6. salam,
    semalam sy dah jpa doktor dan bagi ubat domperidone tu je boleh kan? 2mgu lagi sy akan dapat anak angkat… harap2 boleh keluar air susu…

  7. Assalam Dr. Saya berumur 44 tahun dan mempunyai anak lelaki tunggal berusia 16tahun. semasa dia bayi susu badan sy sgt kurang jadi susu formula sy berikan. Saya berkeinginan untuk mengambil anak angkat dan ingin menyusukan beliau mengikut syariat Islam…adakah saya masih boleh mendapatkan rawatan pengeluaran susu dgn usia sy ini. tq

    • Wsalam Faridah,

      Pergilah rujuk kepada doktor yang berhampiran dengan rumah agar perbincangan lanjut boleh dijalankan dan sama ada hormon adalah sesuai untuk diberikan kepada Faridah.

  8. as salam doktor… sy nk tye.. kwn sy baru ambil ank angkt.. dia nk ambil injection hormon utk keluarkn susu. tp dia ada sakit endo dan dh 2x operate. blh ke pesakit endo keluarkn susu bile dia ambil injection hormon tu nanti? mohon penjelasan doktor. tq

    • Wsalam Shima,

      Dari artikel tersebut ubat hormon semua adalah berbentuk makan sahaja tidak ada injection: Yasmin and Domperidone. Ini rasanyer tidak akan memberikan kesan sampingan buruk kepada pesakit endometriosis.

  9. salam doktor.. saya akan mendapat anak angkat dalam tempoh 2 bulan lagi.. adakah yasmin dan domperidone ni dijual di farmasi?

    • Wsalam Suzan,

      Adalah lebih baik berjumpa doktor berhampiran untuk mengambil prescripsi tersebut dan berbincang sama ada ianya adalah bersesuaian untuk puan / tidak. Usahlah mengambil sendiri di farmasi tanpa pengawasan doktor ya.

Leave a Reply