Penjagaan selepas embrio transfer (IVF)

Kebanyakan pesakit selepas menjalani rawatan IVF akan bertanya mengenai cara-cara penjagaan terbaik selepas embrio transfer (ET). Tidak ada sebarang kajian saintifik yang boleh membuktikan mana langkah-langkah tertentu yang boleh meningkatkan kadar kejayaan rawatan IVF. Antara nasihat yang sering diberikan tentang cara-cara penjagaan selepas rawatan IVF adalah seperti berikut:

1. Hendaklah berehat 24-48 jam selepas menjalani rawatan IVF. Apa yang dimaksudkan oleh Dr Tasha disini bukanlah terbaring atau terlantar atas katil terus-menerus selama 24-48 jam. Tiada bukti yang menunjukkan ‘bed rest’ boleh meningkatkan kejayaan rawatan IVF. Pesakit hendaklah berehat iaitu tidak berada dalam keadaan ‘stress’ kerana tekanan emosi yang kuat boleh menyebabkan kegagalan IVF tersebut. Pesakit hendaklah sentiasa tenangkan minda dan berfikiran positif.

2. Selepas 24-48 jam bolehlah melakukan senaman ringan yang tidak berimpak tinggi seperti aerobik. Senaman ringan yang sesuai adalah seperti berjalan, berenang ataupun yoga. Oleh itu bagi yang terpaksa pulang jauh selepas rawatan IVF, hendaklah merancang perjalanan pulang mungkin 2 hari selepas embrio transfer ie menaiki kereta ataupun kapal terbang.

3. Tidak melakukan hubungan seks sehingga keputusan rawatan IVF diketahui. Sekiranya positif hendaklah dielakkan hubungan intim sekurang-kurangnya sehingga 6 minggu mengandung. Ini adalah kerana dikhuatiri ransangan seksual yang menyebabkan ‘orgasm’ boleh mengakibatkan rahim mengalami ‘kontraksi’ dan menghalang implantasi embrio.

4. Kurangkan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan teh kepada 1 cawan kecil sehari. Seelok-eloknya berhentikan terus.

5. Menjaga pemakanan seperti sudahpun mengandung. Banyakkan protein, makanan berserat, kekacang dan sayur-sayuran. Hendaklah juga memastikan meminum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

logo-ivfku

6. Walaupun tiada bukti saintifik sahih, pesakit hendaklah mengelakkan dari memakan nenas dan betik dua minggu selepas embrio transfer kerana ini mungkin boleh menghalang implantasi embrio.

7. Pastikan mengambil semua ubat-ubatan yang diberikan oleh doctor selepas embrio transfer tersebut. Ubat-ubatan ini berfungsi untuk menguatkan rahim agar implantasi embrio berlaku dengan lebih lancar. Adalah diharapkan ini akan meningkatkan lagi kejayaan rawatan IVF tersebut.

Untuk kaum beragama Islam hendaklah sentiasa berdoa dan mengamalkan zikir agar dikurniakan anak yang soleh dan sihat. Kita hendaklah berikhtiar, berdoa dan bertawakal agar permintaan untuk mendapat zuriat dikabulkanNya.

 

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Posted on March 28, 2014, in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink. 186 Comments.

  1. Doc,
    Harini adalah hari k7 selepas ET. Tetapi kenapa saya tidak mengalami apa2 kesakitan @ ketidakselesaan di perut seperti y saya bc pengalaman org y terdahulu melakukan rawatan ivf.adakah ini normal atau petanda y embryo saya tidak berkembang or tidak berjaya menempel di dinding rahim

    • Salam nor,
      Tidak semua akan mengalami sakit perut selepas embryo transfer tetapi masih mengandung. Bilakah patut nor mengambil ujian darah utk confirm pregnant? Keep positive n cont doa. Dr tasha harap agar nor mendapat berita baik tak lama lagi.

      • Salam doc,sy telah membuat dua ujian darah untuk mengesan hormon beta hcg.ujian pertama dibuat seminggu selepas ET dan bacaan nye adalah 33.5.ujian kedua y dibuat selepas 4hr menunjukkan paras hcg semakin meningkat 333.5. Doc telah sahkan sy mengandung selama 5w tetapi bila di scan sac masih belum nampak.adakah ia nye normal dan bilakah sy akan dpt mendengar heart beat bby..adakah tiap org akan mengalami morning sickness.ini kerana sy tidak mengalami apa2 simpton seperti org mengandung.

      • Salam syarafini,

        Selalunya scan hanya akan dilakukan 1 bulan selepas transfer, by that time you should b 6 weeks. Paling awal kantung boleh nampak ialah 5 minggu. Itu pun kadang hanya nampak bila buat scan melalui vagina (Transvaginal scan). Heart beat selalunya akan didengar 6-7 minggu. Tidak semua wanita mengandung akan mengalami rasa morning sickness.

        Dr harap semuanya berjalan lancar.. Take care

        >

  2. Boleh makan buah mangga selepas proses transfer?

  3. ok doc tq…:)

  4. Salam doc..semalam sy telah membuat tvs utk mengesan heart beat bby dan alhamdullillah doc tlh menyatakan bhya bby sy sihat n mempunyai heart beat.masalah nye skrg,selepas sy memasuk kan ubat melalui faraj,spotting brownish colours di kesan di panty linear sy. Ptg ini juga terdapat lendir berwarna coklat ketika sy membuang air.adakah ia nye normal.atau perlu gak sy pergi ke hospital untuk check up.untuk makluman doc sy mengambil injection utk kuat kan rahim setiap 4hr..sy skrg mengandung 6w

    • wsalam finiey,

      Kalau boleh pergi check balik as it sounds like threatened miscarriage. By right you shouldn’t be bleeding during pregnancy. Do sambung ubat-ubatan untuk kuatkan rahim, avoid hubungan intim at the moment dulu and have some rest ya. Selalunya it will settle down. Baby usually will be more stronger after lepas minggu ke13-14, in the mean time doa byk2 dan istirehat ya.

  5. Doc,
    Bagaiamana pula;

    1) penjadualan ubat yang perlu dimakan 3 kali sehari semasa bulan puasa?

    2) penggunaan ubat yang perlu dimasukkan dalam faraj 3 kali sehari semasa bulan puasa?

    • Doktor
      Says nk Tanya kenapa betik tak boleh makan..klu mkn adakah ivf akan gagal

      • Salam Hida,

        Seperti yang telah disebutkan didalam artikel Mengenai persoalan makanan seperti nanas dan betik, ini tidak mempunyai sebarang bukti saintifik kukuh yang menunjukkan ianya boleh menyebabkan IVF gagal. Dr juga tidak tahu mengapa betik tidak disyorkan untuk dimakan. Kalau Hida rasa rungsing dan khuatir ianya boleh menyebabkan IVF gagal, elakkanlah perkara2 tersebut. Rasanya tidak salah berbuat demikian.

  6. salam dr.. saya baru lepas buat ivf pada 18/11/14..hari pertama selepas ET sengal2 di perut bahagian kiri rahim selalu jadi sampailah skrang.. buat pengetahuan dr,genap dua minggu selepas ET saya datang period..saya buat pregnant test negatif (sedih sangat) hari pertama kedua sedikit period, ketiga keempat dan hari ke lima kuantiti darah banyak.. bila call kaunter ivf nurse yang bertugas cakap sah saya period bukan turun darah @ gugur..(ubat2 nurse suruh berhenti makan selepas call)
    untuk checkup seterusnya pada 10/12/14 ini.. tapi sengal2 dan rasa yang tak selesa di perut masih berterusan..
    adakah kemungkan seseorang yang datang period selepas ET boleh mengandung..?

    • Salam Jue,

      Very difficult for Dr Tasha to komen kenapakah Jue masih sakit-sakit perut. Maybe the best way is to contact the klinik di mana rawatan IVF itu dilakukan untuk memberitahu mereka mengenai masalah ini. Several possibilities maybe urine infection atau presence of ovarian follicles following the IVF stimulation. Some patients may bleed following ET and still be pregnant but usually in smaller amounts. Please do contact and check with the clinic untuk mendapat kepastian sekiranya rasa tak selesa masih berterusan. Dr Tasha berharap agar Jue tabah dan cekal mengharungi rawatan fertiliti ini.

  7. Salam dr. Saya baru lepas buat ivf pada 3/12/14. Pada hari kedua selepas et perut saya rase cramp sgt sampai nk gerak pun susah. Pagi tu saya muntah teruk sbb sakit yg amat sangat. Sekarang dh hari ke 3 pun still rase cramp lg. Adakah cramp perkara normal selepas et?

    • Salam Anne,

      Jika Anne masih mengalami masalah sakit perut yang amat sangat pergilah berjumpa dengan doktor yang merawati Anne untuk mendapatkan kepastian. Selalunya selalu lepas ET hanya cramp2 sikit. Mungkinkah telur Anne banyak diperolehi selepas prosedur pengutipan telur? Berapakah telur yang telah dikutip untuk Anne? Ini boleh menyumbangkan kepada sakit2 yang berterusan even selepas ET.

      • Salam doctor. Saya dh check dan buat laporoscopy pada 6/12 sebab ovary kiri saya infection dan bernanah punca demam yg teruk dan cramp selepas et. Saya baru je discharge. Saya ada tanya doctor tentang embrio saya. Tapi doctor mcm x nk komen byk.. Doctor natasha rase embrio saya selamat x selepas laporoscopy dan antibiotic yg diberikan?

  8. Norhazwani Nordin

    Bolehkah sy menaiki kenderaan selepas 5 hari embrio transfer doctor?

  9. Norhazwani Nordin

    wsalam doktor.tq sbb respond. 🙂 sy ada lg 1 soalan..harap doktor tidak keberatan. pada hari 6 embrio transfer, sy mengalami sakit belakang sedikit dan senak di bahgian ari2.mcm nk period. sy jd takut sbb period sy kalo diikutkan akan datang pada hari ke 9 selepas embrio transfer. sy mula risau takut2 sy datang period.adakah ini normal?

    • Salam Hazwani,

      Kadang-kala ada pesakit rasa sakit2 belakang, provided takde bleeding, continue ubat macam biasa dan kalau boleh rest. Take care.

      • Norhazwani Nordin

        Salam doktor . alhamdulillah selepas 2 minggu et sy dah buat ujian darah hcg dan keputusannya sy hamil..1.99 reault hcg sy . sekarang dah nk masuk 2 minggu sy menjalani kehidupan seperti biasa.setakat sekarang sy tiada morning sickness cuma demam 4 hari sj dan breast sedekit bengkak.doktor suruh sy kembali utk scan 14hb ni.sy nk tnya penjagaan kandungan ivf ni..sj jd risau plak sbb tiada tanda2 mornong sickness mcm org lain.boleh doktor jelaskan?tq

      • Salam Hazwani,

        Bolehkah dr check apakah paras ujian darah BHCG hazwani? Adakah ianya 1.99 atau 199 IU/ml? Some patients memang takde simptom kehamilan. So harapnya ada berita gembira pada next appointment tersebut

      • Norhazwani Nordin

        Maaf doktor. 199.

      • Norhazwani Nordin

        Assalamualaikum doktor . alhamdulillah sekarang sy dah 8 mggu. Ada sedikit alahan seperti muntah dan kurang selera mkn tapi sy trima dgn sabar demi bby yg ditunggu. Sy ingin bertnya adakah anak dr kaedah icsi ini sama mcm anak2 yg lahir dgn kaedah semulajdi?maksud sy dr segi kesihatan.trima kasih..

  10. Assalamualaikum doc..sy ija. Ivf yg d buat pun gagal. Sy dtg period 1 hr sebelum nk msk 2 mgu ET..ET d lakukn pd 10.11.14.yg sy muskil knape x ade implantation berlaku. Sedangkan embrio yg d masukan kesemuanya embrio yg bgs..sy tersangat sedih. Tuhan saje yg tahu perasaan sy sekarang. Dan sekarang sy hairan kenape sy terlalu awl period sedangkan baru period pd 20.12.14. Dan hr ini 3.1.15 adalah hr yg k 2 period. Yg jadi pertanyaan sy kenape darah yg keluar x spt drh haid biase. Sekrg drh sy berwarna coklat pekat dan x bnyk spt drh period biase..adakah ia normal atau sebalik nya.. Tolong jwb solan sy doc jike x keberatan…
    TQVM

  11. Wsalam Ija,

    Dr Tasha berharap agar Ija cekap dan bersabar dengan keputusan IVF tersebut. Adakah terdapat lebihan embrio yang telah dibekukan? Sekiranya ia, pergilah membuat embrio transfer kemudian. Terdapat beberapa sebab kenapa implantation tidak berlaku ini termasuklah embrio tidak sihat, terdapat hydrosalphinx, hormon tidak seimbang untuk implantasi berlaku dll. Kadang-kala kita tidak tahu kenapa implantasi tidak berlaku. Period selepas IVF di segelintir pesakit memang kadang2 tidak normal, berwarna berlainan dari haid biasa dan lebih awal dari sepatutnya. Ini selalunya akan bertukar menjadi normal pada kitaran haid seterusnya.

    • Salam doc terima kasih kerana sudi memberi penjelasan. Utk pengetahuan doc sy x ade lebihan Embrio ini d sebabkan x ckp facility di private hospital yg sy buat tu. Ms OPU sy ade 6 biji telur. Pas tu doc ckp sy ade 5 embrio. 3 yg bgs yg membahagi kpd 16 dan 2 membahagi kpd 8. So doc yg buat ivf masukan semua embrio tersebut. Yang sedih nye kesemua embrio yg d masukkan x menjadi. Adakah embrio yg d transfer boleh keluar melalui air kencing doc? Sekarang sy rasa takut utk buat utk ke 2 kali. Sy tkt gagal semule. Sms sy buat check up dgn doc yg buat ivf hr tu doc ckp semua elok rahim elok x de masalah. Tambahan ms melalui proses ivf tu jadual hari utk OPU sy trpaksa di awalkan d sebabkan telur sy trlalu cpt matang. Sy berasa down sgt2 dgn kegagalan ivf trsebut.

  12. Wsalam Ija,
    So sorry to hear about all this. Mmg this is part and parcel of rawatan kesuburan, even in the very best of hands / doctors it is not 100% successful. Oleh itu, hendaklah kuatkan semangat dan meneruskannya. Be positif. Give your self some time about tiga bulan untuk take a break then kalau boleh cuba lagi later ya. Dr Tasha berharap agar the next round successful hendaknya.

  13. Slm dr..adakah normal bhcg sy dpo 21. 980 dan dpo 23 ,1560..sy xde alahan langsung

    • Tahniah Sal kerana sudahpun hamil. Setengah2 wanita hamil memang tidak mempunyai alahan langsung. Ianya tidak memberikan sebarang prognosis buruk kepada kehamilan. You r lucky, enjoy your first trimester! 🙂 Dr Tasha doakan agar kehamilan ini berjalan baik sehingga melahirkan baby kelak.

  14. slm dr. kagum sy dgn dr sbb sgt prihatin dn rajin reply.mudah2an tuhan beri kehidupan bahagia dunia akhirat pd doktor.
    ET ke atas sy pd 6 Jan, 1st upt pd day 10 iaitu pd 16 Jan tp keputusan -ve walaupun rahim sy menebal dgn baik (bak kata doktor yg merawat sy). sy rasa sgt down msa ni.upt kedua sy buat sendiri di rumah pd day 13 iaitu 19 hb. ada jalur yg sgt samar.. itupun suami yg perasan dulu.ada lg ke harapan utk upt sy nak positif sbb sy xrasa alahan apa2 pun.yg ada cuma skt pinggang dan breast.sy takut btol nk wt upt ke 3

    • Wsalam Salimah,

      Terima kasih atas doa salimah buat Dr Tasha. 🙂 Selalunya UPT atau ujian Darah bhcg boleh diambil sekurang-kurangnya 15 hari selepas prosedur OPU, so if transfer embryo Day 3 lebih kurang day 12 post ET. Dr Tasha rasa lebih elok Salimah ambil ujian Darah sahaja kerana ini lebih accurate. Adakah Salimah mengambil ubat cucuk Pregnyl? Sekiranya ya, ubat ini boleh menyebabkan ujian UPT false positif. Sekiranya hanya ubat seperti Duphaston, uterogestan / crinone diambil, ujian UPT should be ok untuk diambil. Please continue all your medication dan rujuk semulalah kepada Dr yang merawati.

  15. Salam.doc..
    Hari ini hari ke 3 ET..tapi dari hari bertama saya dah mula bersin nak selsema sehingga sekarang..adakah kedaan bersin ini salah satu faktor kegagalan untuk.ivf?

    • Wsalam

      Jikalau boleh top up your immunity by taking vitamin C up to 1000mg, have lotsa rest and drink fluid. Jika nak take 1 /2 tablet of zyrtec to reduce the cold symptoms. Harap rawatan IVF ziemia berjaya hendaknya. Stay positive 🙂

  16. Doc..klau selepas ET saya travel untuk 2 jam perjalanan…bahaya tak?

  17. As salam doktor…saya hari ke 2 et..hari ke empat akan bekerja..ditempat kerja saya perlu bergerak dan naik turun tangga…adakah aktiviti ini boleh menjejaskan ivf saya.

    • Salam Azie,

      Depends berapa banyak kali kena naik turun tangga. Sekiranya kerap, mungkin Azie boleh mengambil cuti sendiri jika tidak mendapat MC dari doktor yang merawati untuk berehat at least next 3-4 days.

  18. As salam dr…terima kasih atas nasihat doktor..namun saya nak tanya sampai bila keadaan ini perlu kita jaga iaitu tempoh sgt berhati2 selepas et…adakah sehingga kita disahkan hamil.

  19. As salam dr…maaf krn byk soalan nak diajukan…setelah hari ke 3 et…perut saya kurang selesa seperti cepat mengah walaupun mkn sedikit saja…ada juga gejala angin dan rasa sembelit…adakah ini juga tanda implantasi telah berlaku.

  20. Salam Azie,

    Sebenarnya tempoh berhati2 selepas ET, sampailah melahirkan anak yang dikandung 🙂 Akan tetapi, untuk langkah pertama, hendaklah berhati2 at least till first trimester ie minggu 13-14 kerana jika melangkau lebih dari 14 minggu selalunya bayi lebih kuat. Akan tetapi, still hendak berjaga2 ya. Jikalau ada sakit perut, mengeras, berlaku pendarahan hendaklah terus berjumpa dengan doktor yang merawati.

  21. As salam dr…terima kasih atas nasihat dan pandangan doktor..mudahan2 semuanya berjalan lancar in sya allah…saya akan buat pemeriksaan darah pada 18/2 ni..mudah-mudahan dapat berita yg mengembirakan…in sya allah…

  22. Salam Doc. Natasha,

    Saya buat rawatan ivf di hukm. Semasa pemindahan ET td prof. Ada ckp servik saya tebal Dan senget. Boleh doc. Explain keadaan saya tu?

    • Wsalam Ima,

      Agak susah untuk Dr Tasha explain keadaan tersebut hanya Prof shjlah orang terbaik utk menerangkan apa yang dimaksudkannya. 🙂 Mungkin masa nak transfer embryo tuh susah sikit kot disebabkan servik senget dan tebal. But nway, Dr Tasha doakan terbaik dan agar IVF tersebut berjaya. Usah difikirkan sgt, just stay positive and doa byk2 ya. Take care.

  23. As slm..
    doktor sy nk tnya..bacaan ujian drh bhcg sy 77.9,adakah ia normal..nurse inform bykn rht & berjg2..skrg sy sering skt kepala skjb2..perut rs tegang & penuh lps mkn..sy cpt sgt haus & sering buang air..boleh jelaskn doktor…t.kasih

    • Wsalam nini,

      sekiranya bhcg ini diambil selepas rawatan IVF, ianya adalah positif. Oleh kerana Dr Tasha tidak tahu dengan detail latar belakang nini, hendaklah rujuk semula kepada doktor yang merawati terutamanya mengenai simptom2 tersebut yang dialami

  24. nor azizah binti ahmad

    As salam Dr tasha..
    Saya baru menjalani ivf (fet) pada 3hb.Mac..pada hri ke 10 selepas proses.. test urine negatif..so dktr yg merawat akn test smula pd hari ke 17..tp pg tadi hari ke 15 sya cba buat test sendiri tp kptusan masih negtif…adakah mungkin ivf ni gagal Dr..

    • Wsalam Azizah,

      Selalunya ujian kencing kehamilan akan dilakukan 12 hari selepas day 3 embryo transfer. Oleh itu, sekiranya Azizah sudahpun membuat FET pada 3/3/15, ujian boleh dilakukan 15/3/15. Pergilah rujuk semula kepada doktor yang merawati. Ada besar kemungkinan FET tersebut gagal. Diharapkan azizah terus bersabar dan cekal.

  25. Assalamualaikum doctor..
    Utk makluman doctor, alhamdulillah sy telah berjaya melahirkan bayi perempuan yg sihat slps ET pertama pd oct 2013.
    Baru2 ini sy buat FET. Hari ini hari ke-6 selepas FET. Yg sy musykilkan, saya rasa sihat n tiada simptom2 sakit perut, mual & pening spt ET sy sebelum ni. Boleh tak doctor bagi pandangan?

    • Wsalam Diana,

      Sekiranya FET dilakukan mengikut natural cycle ie tidak memberikan ubat rangsangan apa, memang tidak akan memberikan apa-apa simptom berbanding the ET selepas OPU kerana terdapat kesan2 sampingan dari ubat rangsangan yang diberikan semasa rawatan IVF. Diharapkan agar Diana mendapat berita gembira tidak lama lagi ya.

  26. maaf doktor…bacaan bhcg selepas saya buat rawatan ivf…alhamdulillah

  27. AMYBESSIE JULIUS

    Salam Dr,
    Sy post ET pd 21/3/2015
    Sepanjang treatments ET sy ada rasa spt sengugut dan breast rasa sakit..
    sy ada buat upt pd 28/3/2015 resultnya samar2 tp selepas 1 jam keputusannya
    dan 31/3/2015 (day 11 post ET) sy buat BHcg resultnya 0.4
    sy mahu kepastian ada ka sy akan haid?
    Dan sekiranya saya tidak haid apakah harus saya buat.. ? Di sebab kana haid sy jenis tidak regular ..klu ikut betul hari in sy period..
    mengikut 4 bulan sebelum prosedur ivf period teratur datang every month..

    • Wsalam Amy,

      keputusan results BHCG adalah agak rendah. Hendaklah mendapatkan kepastian dari doktor yang merawati apa yang perlu dibuat. Adakah rpt BHCG 48 jam kemudian untuk confirm keputusan dan bilakah ubat yang diberikan untuk menguatkan rahim boleh diberhentikan. Di samping itu, apakah yang perlu dibuat sebagai persediaan for next IVF / FET. Haid selalunya akan datang sebaik shj ubat kuatkan rahim dihentikan.

  28. Assalam dr. Saya baru menjalani embryo transfer pada 1-April-2015 dan hari ini adalah hari ke 6 selepas embryo transfer. Kdg2 saya rasa senak seperti nak period. Adakah itu normal? Saya ada makan ikan masak taucu for lunch td. Taucu dikira makanan masam dan tak elok. Adakah ia benar? Adakah ivf saya akan gagal? Terima kasih dr.

    • Wsalam Noor,

      Kadang-kala berlainan pesakit mendapat simptom berlainan especially if transfer adalah fresh ataupun natural frozen embryo transfer. If fresh embryo transfer ie ET tersebut dilakukan 3-5 hari selepas OPU, kadang-kala masih terdapat folikel yang membesar dan ini boleh menyebabkan senak2. Kalau boleh usahlah makan benda terlalu pedas untuk mengelakkan sakit perut. Diharapkan Noor continue untuk be positif dan Dr Tasha doakan agar IVF ini berjaya untuk Noor.

  29. Assalamualaikum Dr.. Hari ni adalah hari ke 3 ET sy.. Tetapi sy tidak mengalami ape2 rase sakit di bhgn perut seperti cramp ( cramp spt mmbuat iui)… Sy sihat dan tidak mengalami apa2 alahan slps ET.. Kekadg je terase berangin jika perut kosong… Adakah ini normal?.. Sy sgt risau dan ini merupakan ivf pertama sy.. Tq Dr 🙂

    • Wsalam Aisyah,

      Ramai wanita tidak mengalami sebarang alahan selepas ET. Itu bukanlah petanda baik sama ada IVF tersebut akan berjaya atau sebaliknya. Keep positive and relax serta doa byk2. Dr Tasha doakan agar IVF Aisyah berjaya hendaknya.

      • Terima kasih dktr… Insya Allah, Amin…. Tp 2 hari ni sy rase ngilu dibhgn ari-ari dan keluar cecair jernih melalui faraj.. Kenape ye?.. Risau jugak 😔

  30. Hello Dr
    I’m Diana and this is my first IVF. After ET about 3 days I feel cramp di perut bawah, after that day 5 it’s gone, not cramp anymore. Is it good sign or bad?
    Thank you

    • Hi Diana,

      Different patient will experience different symptoms and sometimes no symptoms at all. Unfortunately, it does not give any clue whatsoever whether you IVF will be successful or otherwise. Good nice, the cramps is gone now so you will be much more comfortable. Take care and I hope your IVF treatment is successful ya Diana!

  31. Saya menjalankan Et pada sabtu lepas..tetapi hari ini saya sengaja melalukan ujian upt..tapi cuma naik 1 line sahaja..adakah ini bermaksud embryo tidak berjaya melekat pada dinding rahim ?

    • As Salam Zurina,
      Usahlah melakukan ujian kehamilan sebelum hari yang ditetapkan oleh Dr yang merawati kerana ianya boleh false negative. Harap bersabar ya 🙂 Bergantung kepada ET (adakah ianya fresh ET, ie dilakukan 3 hari selepas egg pick up ataupun Frozen Embryo Transfer) Seelok-eloknya, jika Fresh ET, ujian darah dilakukan 12 hari selepas ET untuk mengelakkan bacaan false negatif.

      • Salam doc terima kasih kerana menjawab pertanyaan saya..saya melakukan ivf selepas 3 hari telor saya dibekukan..et saya dilakukan pada 9hb mei..doc memasukkan 2 embrio dalam kategori good .. 8 sel.. Saya tidak mengalami sebarang proses yg menyukarkan..setelah et..doc ad bagi saya 2 jenis ubat ..cylogest 400mg..masukkan ke vagina setiap ari..pagi & malam..dan juga ubat makan progynova 2mg makan pagi & malam..due period saya pada 20hb mei ni..saya risau kerana start pagi ni 17may saya dh mula rasa lenguh2 pinggang seperti nak period seperti bulan2 yg sebelumnya..saya sgt risauu 😦

      • Maaf..bukan dibekukan..selepas proses opu..telor saya berjaya dikeluarkan 19 teloq..tapi cuma 4 telor yg berjaya dicantumkan dengan sperm menjadi 8 sel..opu saya pada hari rabu 6mei..et saya pada hari sabtu 9mei..bila masa yg sesuai utk buat ujian kehamilan.. ? Saya risau period saya akan datang sebelum sempat buat test darah pada 22 mei

  32. Hai dktr..
    sy umairah,sy ada buat FET ivf pd 6 Mei melalui natural cycle,smnjk 2 mnjk sy sntisa lpr je..Bacaan BHCG sy 100.53,sy da buat UPT alhamdullilah ada 2 line tp samar2 slps 1 mnit,dgn melalui ujian drh bole ke kite tau kndungan dah bpe mgu dktr..semoga semua impian mommies cm sy termkbul lps wt ivf..aminnn

    • Hi Dina,

      You already will know how many weeks from your last LMP or date of ovulation as FET telah dilakukan. Ask your doctor how many weeks you are now. Dr Tasha doakan everything goes well for your pregnancy ya. Take care mommy!

    • Salam doctor,arini masuk hari ke 12 selepas Et..saya ad check upt tapi masin negatif..air kencing saya juga ada keputihan dan berminyak disebabkan ubat yg saya insert ke dalam vagina setiap hari..ada kemungkinan x disebabkan insert ubat tu akan sebabkan false negatif ? Harap penjelasan doc..tima kasih..

      • Wsalam Nana,

        Please contact your doctor to clarify your next step. If it is a fresh Embryo transfer, selalunya a blood test BHCG is better to confirm pregnancy. Ubat insert tidak boleh menyebabkan false negatif ya. Take care.

      • Terima kasih kerana reply doc…esok adalah hari untuk buat ujian darah selepas 2 minggu..tapi saya takut akan negatif disebabkan upt saya negatif..yes doc saya buat fresh et..selalunya kalau berjaya upt akan positif kan doc

      • Terima kasih kerana reply doc…esok adalah hari untuk buat ujian darah selepas 2 minggu..tapi saya takut akan negatif disebabkan upt saya negatif..yes doc saya buat fresh et..selalunya ada x mummy yg berjaya hamil tapi test upt masih negatif ?

  33. Salam Dr.,
    Hari ni ada hari ke 7 selepas FET sy. Sejak hari pertama hingga hari ini baru saya dapat buang air besar krana takut untuk meneran. Sy juga mengalami kesukaran masa membuang. Ada sedikit sembelit. Dan sy terpaksa meneran sedikit tadi. Skrg, pinggang saya ada rasa kekejangan sedikit. Sy risau dgn kedudukan embrio sy krna sy meneran td. Apa pandangan Dr.?

    • Wsalam Tie, Jika begitu pergilah rujuk doktor yang merawati untuk mendapatkan ubat sembelit. Minumlah air sekurang2nya 8 gelas sehari dan makanlah makanan yang berserat. In Sha Allah ini tidak patut effect kedudukan embrio. Diharapkan Tie akan mendapat berita baik tidak lama lagi.

  34. Tq dok reply comment sy,sy wt UPT sekali lg dkt klinik tedkt sblm appt hsptl pakar next week,line masih samar2,kandungan sy br 4 mgu,syukur nikmat Allah swt yg x terhingga,skrg kerap pening ckit2,bole sy tau dktr apa mknan tebaik utk mnjg kndgan

    • Salam doc..Ivf saya yg pertama telah gagal..walaupun telah dimasukkan 2 embryo dalam kategori Good..umur saya baru 28 tahun..saya ada lagi 3 embryo yg dibekukan..masa saya agak suntuk kerana kita akan menyambut ramadhan x lama lagi..embryo saya yg freeze ada 2 (8 sel) 1 (16sel)..boleh tak jika saya buat natural FET..tanpa makan sebarang ubat ? Kerana rahim saya pada ivf yang pertama x ada sebarang masalah..jadi jika FET tanpa ubat adakah akan okay doc ? Saya agak risau kerana telah alami kegagalan yang pertama..

      • Wsalam Sarra,

        Perbincangan ini hendaklah dibuat dgn doktor yang merawati Sarra kerana dia lebih arif mengenai latar belakang sarra dan apa yang sesuai untuk sarra. Doalah byk2 agar next IVF akan berjaya. Sarra you are still young.. In Sha Allah ya.

      • Insyaallah terima kasih doc ..lagi 1 pertanyaan saya..saya ad berbincang dengan doc..utk masukkan 2 embryo day 5..sebab ivf yg pertama doc masukkan 2 embryo juga..tapi day 3..pendapat doc embryo day 5 lebih baik x ?

      • Wsalam Sarra,

        Yes, if you have a lot of frozen embryo, maybe doing a day 5 embryo transfer would be better, but this depends on the ivf lab and your doctor. Do discuss this with her / him.

  35. Assalamulaikum dr natasya..kalau doc masih ingat saya, saya pernah bertanya pada doc jika saya sudah btl bolehkah saya mengandung anak kembar dan doc refer saya ke hukm…saya telah pon menjalani ivf dan hr ni hr ke 3 saya ET..soalan saya doc…2 embrio telah dimasukkan kedalam rahim saya dengan keduanya gred 1 (10 cell) dan ketebalan rahim saya ialah 13.7mm.(no frozen embrio)…kalau ikut sains adakah ivf saya akan berjaya..saya tidak terlalu lasak cuma saya buat kerja rumah dn uruskan 3 anak dlm keadaan yg paling rilex…dan saya juga solat berdiri tak spt yg selalu saya baca mereka solat duduk utk elakkan rahim tertekan..adakah ini dibolehkan..tq doc natasya..

  36. Salam dr natasya…sy tlh jlnkn et pada 12.5.2015..26.5.2015 ambil darah untu result..tp keadaan pinggang saya seringkali skt sehingga hari ni…adakah ia normal bg sy slps et.sy hanya skit pingang dlm mgu kedua et, sy tlh test upt ttp negatif…mohon pencrahan dr…

    • As salam Siti,

      pergilah rujuk kepada doktor yang merawati jika Ujian kehamilan negatif untuk memastikan apakah punca kesakitan pinggang tersebut ya.

      • Salam doc…saya akan menjalani FET seminggu sebelum kita menyambut ramadhan..mungkin minggu ke 2 selepas Et..kita akan menyambut ramadhan..adakah okay jika saya berpuasa dalam tempoh awal selepas Et ? Akan menganggu implant embrio tak ?

  37. Assalamualaikum Dr.. sy tlh menjalani prosuder ET pd 14.05.15. Ini merupakan pnglmn pertama sy melakukan IVF.Doc telah memasukkan dua fresh embrio..spnjg ET sy rase perut sy tidak selesa. Pada 23.5.15 sy tlh pergi ke emergency kerana sy sukar bernafas & sakit perut.Doc tlg memeriksa sy & mengesahkan sy tdk mengalami OHSS.Alhamdulillah sy tdk mengalami sbrg mslh.mungkin gastrik.pada hr trsbt doc tlh melakukan upt test (d10) . Keputusan negatif.doc juga memaklumkan bahawa rahim sy kosong. Sy berasa amat sedih.Pada hari ini perut sy msh lg berasa tidak selesa, dan sakit pinggang. Adakah itu normal doc?pada 27.05.15 sy akn melakukan ujian darah. Sy berasa amat risau akan keputusan yg akn di perolehi..

    • Wsalam Nisha,

      Sometimes mungkin terdapat folikel kecil yang membesar dan menyebabkan ketidakselesaan tersebut. Ataupun terdapat infeksi seperti kencing kotor yang menyebabkan kurang selesa. Oleh itu lebih baik dapatkan penjelasan dari doktor Nisha yang memberikan rwatan. Tunggulah keputusan darah tersebut dan hendaklah redha jika nasib tidak menyebelahi Nisha. Diharapkan Nisha Tabah dan terus berusaha untuk hamil ya.

      Untuk bacaan lebih lanjut:

      Rawatan IVF gagal – di manakah silapnya?

      Gagal IVF – Masihkah ada harapan untuk aku menjadi ibu akhirnya?

      Take care nisha!

      • Terima kasih atas komen yg dibalas doc.. Keputusan beta hcg sy tidak terlalu tinggi.. Nurse memaklumkan bacaan hcg sy 27.5..doc mta sy teruskan ubat seperi biase..kalau ikut keputusan darah sy pregnant. Tp sy msh berdoa agar ia sihat..hari ini hari ke 17 slps et. Sy cek upt tp keputusan negative.sy msh xpasti sama ada sy mengandung atau tidak?

      • As salam Nisha,
        Rasanyer tidak perlu untuk terus check upt. Mungkin just ask Doktor yang merawati sama ada perlu repeat darah bhcg. Selalunya kalau darah bhcg rendah, kita akan repeat dalam 48 jam untuk melihat trendnya sama ada naik / turun.

  38. Assalamualaikun dr. Natasha
    Nak tanya berapa kos rawatan ivf di kl fertility center?

    • Wsalam Nana,

      In Sha Allah should be ok to puasa selepas ET.
      Doa lah byk2 agar dapat hamil ya.

    • Wsalam Anne,

      Ini bergantung kepada latar belakang Anne. Dr Tasha have the conventional and also low intervention IVF. Please do make an appointment to see in KL Fertility centre agar pemeriksaan dan kemudiaanya rawatan Kesuburan yang lebih bersesuaian dapat diberikan kepada Anne

  39. happy family

    assalamualaikum dr.saya dh buat fet pada22/5/2015 dan pada 2/6/2015 saya buat blood test dan bacaan 47 saja.2 hari selepas kena repeat blood test.adakah kemungkinan bacaan itu akan naik dan saya akan mengandung atau sebaliknya.

  40. Wsalam Norsimah,

    Dr Tasha doakan agar bacaan tersebut naik dengan elok. All the best ya nor. Take care.

    • Salam doc..saya akan buat FET pada 12june nanti..bagi pendapat doc..embrio day 5 lebih baik dari day 3 atau sama ja ? Disebabkan saya gagal ivf yg pertama..saya dan suami dh bersetuju..utk cuba dengan embrio day 5..tapi kos utk thawing agak mahal..peluang akan lebih tinggi x jika gunakan embrio day 5 atau sama ja ? Saya takut akan membazir wang..apa pendapat doc ? Saya akan jalani Fet secara natural..tanpa makan sebarang ubat ..kata doc lapisan saya okay..bacaan dalam 7mm ..mohon pandangan doc..terima kasih..

      • Wsalam Nana,
        This depends on the number of embrio yang remaining. Sekiranya lebih dari 2, tidak salah sekiranya cuba embrio Day 5. Tetapi sekiranya hanya tinggal 2-3 sahaja, tidak perlu, just do day 3. Most FET is done naturally bagi pesakit yang mempunyai normal regular cycle.

      • Terima kasih doc..hari ni masuk hari ke 12 selepas FET..saya ada check upt tetapi masih negatif..ada besar kemungkinan FET ini gagal ?

  41. assalamualaikum, dr tasha.

    selepas repeat blood test bacaan hcg naik kpd 133 drpd 47.alhamdulillah kandungan dlm 6 minggu kalu x silap.persoalan saya

    1. ada kemungkinan kehamilan saya ini kembar 2 or 3 ke sebab fet adalah 3.

    2.bolehkah saya mengambil atau cadangan dr untuk saya amik suplemen vitamin sepanjang kehamilan ini. atau hanya bergantung kpd ubat yg diberikan oleh hospital.

    sekian terima kasih.

    • Tahniah puan jentayu Dr Tasha ucapkan. This depends bila bacaan HCG itu telah dilakukan, sekiranya first BHCG telah dibuat 12 days from embryo transfer (Day 3)bacaan 47 adalah agak rendah untuk multiple pregnancy. Most likely sorang sahaja. Teruskanlah supplement yang telah diberikan oleh pihak hospital. Dr Tasha doakan agar semuanya berjalan lancar.

  42. happy family

    salam dr tasha.
    saya telah disahkan hamil skrg dah 7 mingg slepas fet 22/5/2015.hanya sekarang saya demam dan sakit tekak yg merah.apakah ubat yg boleh saya ambil sbb skrg masih dlm penggunaan ubat cycolest.

    sekian terima kasih.

    • Salam..boleh saya tanya masa proses FET..dapat gred berapa ya untuk dimasukkan kembali ? Saya juga menjalani fet baru2 ini pada 12june..tapi embrio saya gred 2..agak risau juga sebenarnya..sbb ivf yg pertama 2 embrio gred 1 tapi x berjaya..itupun jika sudi kongsi..terima kasih 🙂

    • As salam

      Pergilah check dengan doktor untuk memastikan ubat apa yang perlu diberikan.

  43. Salam doctor tasya…
    Saya iza yang telahpun btl tp buat ivf utk dptkan anak kembar…saya dah 23 hari selepas ET …sy nyer next app ngan prof zainol adal 24/6 ni…tp saya tlh buat 4x upt test…semuanya negatif..saya xder bleeding so far ( alhamdulillah)..tp saya rasa sgt risau sebab ujian upt saya negatif dan saya juga tidak mengalami any morning sickness…adakah ini normal…mohon pencerahan doctor…terima kasih

    • Wsalam Iza,

      Pergilah dapatkan nasihat dari pihak MAC HUKM. Kadang-kala ujian darah kehamilan seperti BHCG boleh dilakukan provided Iza tidak mengambil hormon pregnyl sekarang ini yang mungkin boleh memberikan ujian false positive ya. Doakanlah byk2. Sekiranya ada rezeki Iza kali ini baguslah, sekiranya tidak hendaklah bersabar dan tabah menghadapinya ya.

  44. salam nana,
    sekadar perkongsian.masa saya fet 22/5/2015.2 embrio saya gred 5 dan 1 gred 6.tetapi yg menjadi hanya 1 baby saja.untuk kepastian kena bertnaya dgn dr tasha sendiri
    sekian terima kasih.

    • Wslam..tima kaseh sbb sudi jawab soalan saya..dr tasha mungkin bz kebelakangan ni..ada rasa apa2 simptom kehamilan lepas buat fet ? Mcm na ad rasa cramp mcm nak period tu..tapi bahagian rahim okay je normal ..

  45. bagi saya seminggu selepas fet xde rasa cramp apa2.cuma dua minggu selepas adalah lenguh2 n perut rasa kembung.cuma tahap lapar tu dia jadi berganda dan simptom demam,selsema n batuk tu teruk skit.setiap patient simptom mungkin berbeza2.

    • Macam na buat masa ni baru hari ke 5 lepas FET..tapi xde la pulak simptom2 apa..nak tanya..lepas fet aritu..mmg 2 weeks rest ke ?

  46. yup memg saya mohon m.c 2 minggu.terpulang pada nana lah.nana doa hari2 agar berjaya.

    • Lepas fet tu doc ada bagi x ubat cyclogest utk insert dalam vagina ? Ade x buat test upt sendiri sebelum buat test blood …mcm na still masukkan cyclogest tu..jantung selalu rasa berdebar je

  47. yup memg ada ubat cycolegest tu sampai 8 minggu kandungan.ubat mkn pun dr ad bg masa seminngu lepas et.memang ada rasa berdebar2 jantung dlm masa seminggu tu. x buat upt pun sbb kalu buat memang x accurate….kena wat blood test gak baru nnati dia accurate.kalu nana nak wat upt sendiri x guna n membazir duit.dia x kan leh nampak lg.

  48. saya ingin bertanya nana.bagaimana persedian puasa nibyer adakah dr tmpt nana meebenarkan berpuasa atau sebaliknya.

    • Itulah na pun kerap rasa berdebar..tido pn x lena..if mengiring akan rasa senak sgt..termengah2 mcm kenyang sgt..xtahu la sebab2 lepas et ataupn mmg berdebar nervous tnggu hari blood test nanti..mengenai cyclogest tu..na ad juga bincang dgn doc..buat masa na masukkan tiap pagi 11am then malam 11pm..utk bulan puasa ni..akan tukar 5am then malam 8pm..boleh tahu gred yg dimasukkan tu quality good ke..fair to good ya ? Sbb na masa fet ni fair to good..5days embrio..

  49. salam,

    saya pun x sure gred tu good quality or sebaliknya.maknanya nana boleh puasa lah yer walaupin baru seminggu fet.saya plak mcm rasa x sure kalu puasa ni x ganggu kandungan ke cmne.tp saya insya allah akan cuba berpuasa.

    • Ya na still akan puasa but depends juga nanti mcm mna..tgok keadaan..insyaallah boleh kot..skrg ni awak dh pregnant berapa minggu ? Masa aritu buat blood test..berapa bacaan hcg ? Alhamdullilah fet berjaya kan..bestnyaaa 🙂

  50. yup alhamdulillah masuk 6 minggu n masih m.c. dr suh rehat lg tp amik 1 minggu je.masa 1st blood test tu bacaan rendah skit hanya 47.its should be 88 ke atas baru ok.tp 2nd blood test tu naik ke 133.memang doa x putus2 masa tu dan mohon mak di kampung doaka sekali sbb dh 2 kali buat fet sebelum tu.yg 1st fail sbb full breasfeeding anak n 2nd lak kangunagn biochemical.n the 3rd ni baru berjaya.dan utk pemgetahuan nana ini adalah fet terakhir sbb hanya 5 embrio yg tinggal dan hanya 3 yg aktif so masukkan ketiga2 tp hanya satu baby yg hidup.kalu ikutkan memg teringin anak kembar tp scan bwh aritu only one.redha n bersyukur.saya dah ada anak sorang hasil ivf/icsi yg mula2 buat thn 2012.

    • Syukur alhamdullilah kan..lepas dh berusaha gigih akhirnya membuahkan hasil..mcm na masih lagi rasa takut..siang malam x senang duduk dibuatnya..takut2 keputusan akan menyedihkan..tapi tetap keep on positif..na ada 1 lagi embrio..aritu ada balance 3..tapi doc x stuju utk masukkan ketiga sekali..na pun kalau boleh nak sangat kembar..na akan buat blood test 26june nanti..tapi itu la yg na tanya tu gred apa..sbb na punya embrio fair to good.. Gred 2… Dah 6x buat iui x berjaya..tu yg try buat ivf..x berjaya juga & now buat Fet pulak..harap semua dipermudahkan..aminn..

Leave a reply to mommy Cancel reply