Ubat untuk menguatkan rahim

 

Ubat untuk menguatkan rahim kadang-kala diberikan untuk wanita tertentu semasa waktu awal kehamilan seperti wanita yang sudah menjalani rawatan kesuburan seperti IUI dan IVF, sering mengalami keguguran awal kehamilan, pendarahan ketika peringkat awal kehamilan disebabkan ‘threatened miscarriage’. Di samping ia kadangkala diberikan untuk wanita yang tidak hamil dan mengalami masalah pendarahan tidak teratur atau berpanjangan. Duphaston juga diberikan untuk menurunkan haid bagi wanita yang menghadapi masalah haid tidak datang.

Ramuan ubat Duphaston

Dydrogesterone. Ianya mengandungi hormon progesteron sintetik. Ianya diberikan dalam bentuk tablet untuk ditelan.

Fungsi Hormon Progesteron

  • Menebalkan lapisan dalam dinding rahim semasa fasa luteal kitaran haid sebagai persediaan untuk menerima embrio yang terhasil selepas persenyawaan ovum dan sperma
  • Sekiranya kehamilan berlaku, hormon progesteron akan bertindak untuk mengekalkan dan menyuburkan dinding rahim yang tebal pada peringkat awal kehamilan
  • Progesteron juga meransangkan kelenjar susu di dalam buah dada untuk membesar semasa hamil
  • Menolong mengawal kitaran haid wanita

Dos Duphaston yang diperlukan

Ini bergantung kepada keadaan wanita tersebut. Lazimnya selepas rawatan IUI ianya adalah 1 biji (10mg) dua kali sehari ataupun 1 biji tiga kali sehari. Selepas rawatan IVF ianya adalah 1 biji 3 kali sehari. Bagi wanita yang mengalami masalah ‘threatened miscarriage’ pula dos yang akan diberikan adalah 2 biji 2 kali sehari semasa pendarahan dan turunkan kembali kepada 1 biji 3 kali sehari sekiranya pendarahan sudah berhenti.

Kesan sampingan Duphaston

Kadang-kala ianya mempunyai kesan sampingan seperti sakit kepala, angin dalam perut, sakit buah dada atau loya.

Selamat untuk bayi

Bukti saintifik telah menunjukkan tiada kesan sampingan buruk terhadap bayi yang dikandungi oleh wanita yang diberikan Duphaston. Seandainya anda mengalami kitaran haid yang tidak teratur dan tidak perasan yang anda sebenarnya mengandung serta doktor anda telah memberikan anda ubat Duphaston untuk menurunkan haid anda, ianya tidak akan menyebabkan anda keguguran.

 

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Posted on July 23, 2014, in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink. 268 Comments.

  1. Boleh saye mintak email dr

  2. Hi.. dr natasha.
    I’m having problem infertility as I haven’t been pregnant naturally since 7 yrs ago. My last son already in primary 1 this yr. And im 33 yrs old this yr. I went to few fertility centres but only 1 clinic able to help me in pregnancy successfully with the help of Clomid & unknown injection on the 14th days but I miscarriage in 13th weeks. Due to severe alergy to unknown reason that causing me to vigorously scratch my tummy. After the miscarrige.. I was referred to skin specialist for treatment for my alergy. Im on the piritons & topical steroid for 6 mths. Then.. I keep trying after that.. bit fail. Its been 2 yrs pass since the last miscarrige.
    For info.. I am alergy to nikel/ metal.
    I wonder if my weight cause my infertility bcause I heavier 10kg then my previous pregnancy. Which im in process of dieting. & I strictly avoid eating chicken for its hormone.
    So.. my question is can I take this Duphaston medication for strenghtening my uterus lining?
    I took clomid alone at normal clinic but no effects too. Maybe I do need the injection on 14th days after took clomid?
    I also heard about using cough relief medication/ Guaifenesin to help to thinning the vagina fluid. I did took it but no effects at all.
    I never took any family planning drugs. I did it naturally during my study dental degree/ until my son was 2 yrs old.
    I am very upset that anything I did & researching everything still no effects. I hope Dr. Natasha can help me on my infertility problems. I live in sabah & that why i am unable to seek your help in KL. Thanx.. i am very appreciate your help in lending me your ear to listen/ read my problem.

    #by the way, can i try the Duphaston drugs? Where can i get it..

    • Dear Joan,

      Its good to hear that you are taking the necessary steps to improve your fertility. However, perhaps you should continue your fertility treatment as you have gotten pregnant before, after pregnancy do follow up with your obstetrician since you have a hx of miscarriage at 13 weeks. Duphaston may help strenghtened your womb. Duphaston could be obtain even in your GP clinic even the fertility clinics. Good luck with your fertility journey and do let me know of any good news.

      Kind regards
      Dr Natasha

  3. As salam Dr…sy berumur 25 tahun,pd bulan 1 dan 8 tahun ini sy telah keguguran,ketika itu kndungn baru berusia 3 bulan dan 6 mggu..sekarang sy dapati sy hamil lg,kndungn sy bru berusia 4 mggu,utk pgethuan Dr tarikh last period sy ialah 24 0ct..sy mengamalkan ubat folic asid dan ubat kuatkan rahim bg mengelakkan berlaku lg kguguran…sy telah mlkukan upt di rumah 2x tetapi line “test” agak pudar sedikit..adakah kerana sy melakukan upt terlalu awal??? mohon pencerahan,thanks Dr..

  4. Salam Dr,
    saya linda. Pd bln 24/7 sy miscarriage. Dan slps tu kitaran haid sy normal seperti biasa.
    Cuma utk bln nov14 kitaran haid sy agk beza. Last month first day period sy pada. 23/10. Disebabkan telah lewat 5-6hr sepatutnya, sy telh buat upt test pd 25/11. Test line sy samar2. Sy x puas ht keesokan hari sy test dgn clearblue utk ujian upt dan hasilnya jelas positif. Tp sy belum smpat nk buat pengesahan dgn doctor.
    Tp 30/11 sy bleeding lps maghrib. Pergi hosp then doc buat upt dapati negatif. Scan perut dgn transvaginal pn doc ckp tak nampak apa dan mungkin sy sedang period. Mcm mana dgn condition sy yg mengelirukan ini? Adakah sy misscarriage juga? Patutkah sy ambil ubt kuatkan rahim dr sekarang?

    • Salam linda,

      Agak sukar untuk dr tasha pastikan sama ada Linda hamil dan mengalami keguguran. Sekiranya mahu kepastian sila buat appointment untuk berjumpa dengan Dr Tasha di KL Fertility Centre ya.

  5. hye doc.. sy nak tanya.. sy ada ambil ubat duphaston. doc bg mkn 1-5hb.. (5hari) utk trunkan darah sbb sy dh lewat sebulan period..last priod 14/10.. mbil duphaston 1/12-5/12.. soalan saya,smlm sy chck upt.. +ve.. sblm ni sy chck(sblm sy mgmbil duphaston) -ve.. so nak tnya,adkah pengambilan duphaston boleh mempengaruhi air kencing mnjdi +ve?? nex app sy 15/12 nnti. reply kt email.. tq !

    • Salam Sofia,

      Duphaston should not cause your UPT to change to positif. Harap2 memang positif la ya. Maybe very early in pregnancy itu kita tak detect pregnancy, but duphaston is safe in pregnancy and could perhaps support your pregnancy. Ok kita jumpa nanti In Sha Allah, please make appointment if not done so.

  6. hye doc. sy ada ambil duphaston nie. spatotnya doc suruh sy mkn 21ari selama 3 bln bturut. tp sy hanya mkn pd bln pertama sbb ubat tu dh abis n skrg sy ada di luar kwasan. ubt tu hnya ada di hsptal bsar. sy priod lpas mkn ubt nie slama 14 ari hingga lah akhir priod 4.9. pastu sampai skrg sy masih blom priod. sy ada buat upt tp -tive.. sy mmg ada msalah priod x teratur. adakah sy mngndung or msalah lain?

    • Salam Tika,

      Tika perlu pergi periksa dengan doktor kenapakah haid tidak dtg lagi – 2 scenario awal kehamilan / period tidak teratur. Kadang-kala kalau awal sangat ambil UPT ianya masih negatif. So, just check with your doctor ya Tika. Most likely an ultrasound/ ujian darah for kehamilan akan dibuat.

  7. Salam hai dr tasya 🙂
    Saya mengandung 8 minggu dan doktor kata ade sedikit bleeding. Saya tak tak pasti sama ada bleeding di dalam rahim atau tak sebab so far saya tak ada mengalami sebarang pendarahan. Dan doktor prescribed saya duphaston makan 4 biji untuk hari pertama dan hari seterusnya 3 biji sehari. Adakah dose tu okay dan selamat untuk bayi saya dr tasya? Thanks a lot 🙂

  8. Thanks dr for the explaination.

    Dr, suppose duphaston tu saya patut stat mlm td (13/12) tp saya belum makan sebab nak kan kepastian. Boleh ke kalau saya start makan hari ni? Atau saya patut tanye dr dulu? Thanks again dr tasha 🙂

  9. Assalam dokter tasha…
    23/12/14 aritu sy dberikn duphaston slps dokter scan perut tgok rahim tebal 6.5 mm ke cm sy x pasti…
    Then sy buat pap smear then kuar darah ..sy masa tu br hbs haid 4 hari…sbl ni sy ade wat cek prrgnt d knk keshtn tp -ve…so skg adakah sy hamil sdgkn sy ade cyst 3cm d blkg rahim…
    Mnta pncerahan dr tasha…tq…

    • Salam Azua,

      Untuk mendapatkan kepastian, Dr Tasha perlu membuat pemeriksaan sendiri ke atas azua di klinik. Antara ujian yang boleh dibuat untuk pengesahan kehamilan ialah darah BHCG yang lebih tepat. Kadang-kala lepas Pap Smear, segelintir pesakit akan keluar sedikit sahaja darah tetapi tidak banyak. Jika susah untuk klinik Dr Tasha, pergilah berjumpa doktor yang merawati untuk mendapatkan kepastian ya

  10. Salam dr tasha…saya nk tanya apakah fungsi duphaston sy kurg faham…dan saya skrg kerap kncing…adakah kerana rahim sy lemah n da jtuh sikit?? Adakah tu yg di panggil prolapse? adakah prolapse ikut keturunan??Mak sye skrg tgah sakit prolapse… Boleh ke saya amek duphaston utk mslh sy ni? Sy ada amek prancang keluarga stiap 3 bulan kena cucuk…snjk amek prancang keluarga sy x dtg period langsung…x pe ke tu? mntk tlg sgt2 saya buntu dgn mslh ni skrg…..

    • Salam Farah,

      Fungsi duphaston berbeza-beza mengikut keperluan pesakit tersebut untuk menurunkan haid / menguatkan rahim untuk atau semasa kehamilan. Ianya bukanlah ubat untuk masalah prolapse. Bagi masalah Farah, terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan 1. Punca kitaran haid yang tidak teratur. Kerap kali ini berpunca dari masalah PCOS. 2. Adakah Farah ingin hamil? Jika ya, kitaran haid perlu diperbetulkan bergantung kepada puncanya dan mungkin perlu diberikan rawatan kesuburan. Seelok-eloknya hendaklah Farah berbincang dengan doktor yang merawati mengikut keperluan Farah.

  11. slm doc..sy skrg sedang hamil 5 mggu 4 hari (kalau kira ikut hari pertama sy period last month iaitu 23hb nov 2014)…sy nak tya doc, bolehkah sy ambik duphaston utk menguatkan rahim memandangkan ni kehamilan ke-3..kehamilan yang 1st and 2nd kedua2nya gugur…tp buat mse ini mmg tiada bleeding…sy cuma risaukan kalo kes berulang lg…

    • Salam Nor,

      Sekiranya Nor ingin mengambil ubat duphaston buat masa sekarang boleh. Jikalau boleh, seelok2nya pergilah scan dalam masa kandungan 6 minggu untuk melihat jantung baby. Sekiranya jantung baby nampak, peluang untuk keguguran adalah lebih rendah. Andai kata, gugur juga kandungan ini hendaklah membuat ujian bagi keguguran berulang. Dr Tasha doakan agar kandungan ini berjalan lancar hendaknya.

  12. Selamat ptg doc..saya hamil lebih kurang 6 minggu..masa kandungan 5 minggu, saya bleeding tapi 1 hari sahaja..skrg saya bedrest 2 minggu..tak de bleeding..cume saya ada keluar lendir berwarna coklat sampai skrg..sudah seminggu..tapi tak byk..sgt sedikit..sehari dlm 2 atau 3 kali sahaja..kenapa ye doc?? saya ada ambik duphaston, mungkin kah lendir berwarna coklat disebabkan ubat tersebut??Saya dah scan di klinik kesihatan tapi still tak nampak heart beat baby..setakat ni masa bleeding hari tu, pakar scan melalui vaginal scan n nampak kantung serta plasenta..fetus masih tak nampak lagi sebab masih kecil..harap dpt sudi menjawab doc..tq doc..

    • Selamat ptg Komala,

      Jika begitu, pergilah rujuuk kembali dengan doktor sekiranya bleeding masih berterusan. Selalunya apabila 6 minggu-7 minggu kita boleh melihat baby dan kantung. Jika kantung (gestational sac) melebihi 20mm dan masih tidak kelihatan baby, ada kemungkinan besar wanita tersebut mengalami keguguran. Duphaston tidak boleh menyebabkan lendir coklat tersebut, ia berfungsi untuk kuatkan rahim. Diharapkan persoalan komala sudah terjawab ya.

  13. Tq doc..tapi doc size sac baru 4.0 mm..ataupun adakah lendir coklat itu adalah saki baki bleeding yg byk minggu lepas?? Saya confius doc..tapi saya tak sakit perut pun..

  14. norshira surianiey's avatar norshira surianiey

    Salam.. Dr.. Sy skrg prgnt 7mggu. Firstly Dr suspect ectopic sbb kntung xnmpk clear mse kndgn sy 5-6mggu. Skrg sy bleeding mcm period. Skt mcm period cramp.. Kntung klihatan msh ok by scan cme xdpt nmpk heartbeat atau bby.blh x sy amk duphaston utk mngelakkn kgguran? Ini ank ke3. Last child dh 6thn. 2bln yg lps sy kgguran

    • Salam Shira,

      Just have to make sure it is not ectopic pregnancy. Jika tidak, rasanyer tidak salah untuk mengambil duphaston buat masa ini.

      • norshira surianiey's avatar norshira surianiey

        Salam. Dr.. Sy tlh kgguran bln lps. Complete miscarriage n d&c not done.. Skrg sy prgnt lg tnpa period slps ggr. Based on scan bru 6w2d.. Scan dh nmpk iugs.Sy nk dptkn ubt duphaston utk mngelakkn kgguran brulang.. Tp ssh sgt kt area sy.puas mncri d smua klnik private dn fmasi.. Cmne ye Dr nk dptkn duphaston? Hospital & klnik krjaan cni ssh nk dptkn.. Shggakn sy ggur bgitu shja pd bln lps. Sy dh alami kgguran 2x bturut2.. Blh klu Dr post kn duphaston kpd sy stlh sy bank in duit?

  15. Salam dr,

    Sye mengidap pcos pada 15.10.14, & skrg sye hamil 5 mgu dh pnh sakit perut, lalu di admited, saya di scan nmpk kntung & sac ttpi ada sedikit cecair semasa scan itu kelihatan, dr bacaan hcg pada hr pertama 12k++, ttpi slps 48 jm buat hcg lg br naik 14k++, saya dah x sakit perut pn, skrg doktor onkn saya ubat dydrogestrone 10mg (2kali sehari). Adakah saya mjurus kepada ectopic pregnancy or miscarriage.. sbb next tuesday dr advice tuk wat scoop..pls advise me….

    Tq

    • Wsalam Naziliwati,

      Agak susah untuk Dr Tasha memberikan nasihat kepada Naziliwati kerana tidak boleh scan Naziliwati dan assess dengan sendiri. Lebih baik berbincang elok2 dengan doktor yang merawati Naziliwati dan minta pandangannya serta nasihatnya. Di harapkan semuanya selamat dan berjalan lancar.

  16. Salam doc. Sy bru berkahwin 4 bulan..sy mngalami mslah period tidaj teratur dan tlah berjumpa doc. Doc memberi ubat hormone sperti ubat family planning utk btolkn kitaran haid slma 3 bulan pngambilan. Slps pngmbiln ubt tersebut period sy kembali normal dtg setiap bulan cuma utk bln keempat ini lewat dtg 2 minggu tp bila buat upt -ve..sy tertye adakah mslah period sy ulang kembali?

    • Salam Nurul

      Ada 2 kemungkinan yang berlaku 1. Hamil tetapi kehamilan masih terlalu awal untuk upt 2. Which is Most likely, haid kembali tidak teratur. Pergilah rujuk kepada doktor untuk mendapat kepastian dan rawatan kesuburan seterusnya.

      • Salam doktor, sy telah berjumpa dgn doktor dan telah buat scan dan ujian upt. Doktor tlah sahkan sy x mngandung dan telah berikan ubat dtg haid dan follic acid utk mkn slps haid turun. Akan tetapi 2 hari lepas terdpt tompokn coklat cair yg terlalu sedikit dan terus tiada lg smpi hari ini. Sy khuatir utk mkn ubat dtg haid tersebut jika tanda tompokan tu adalah proses awal kehamilan. Jadi sy hanya mkn ubat follic acid. Apa pndangan n nasihat doktor?

      • Salam Nurul,

        Skiranya nak confirm hamil / ataupun tidak dan masih tidak percaya keputusan UPT, buatlah ujian darah BHCG. Jika tidak, ada ubat yang boleh diambil untuk turunkan haid bernama duphaston yang jika diambil tetapi hamil, tidak akan menyebabkan keguguran tapi sebaliknya menguatkan rahim. Ini berlainan dari ubat bernama Provera dsb.

  17. Assalam Dr Tasha,
    Sy buat iui pd 4 januari lepas dan mengambil dupaston selepas iui. skrg sy telah missed period selama 2 hari. Sebelum ni period sy on time atau awal Dari trikh due. Adakan pengambilan dupaston menyebabkan period sy delay atau sy mungkin hamil? Mohon pencerahan Dr..

  18. Assalam Dr Tasha, pengambilan Duphaston boleh di ambil sehingga berapa minggu.

  19. Dr Tasha sy iera sy dah khwin 5 thun msih blm da pa2 brat bdn sy naik mdadak priod xtratur blh kah sy ambik duphaston tuk lncarkan period

    • Salam Ira,

      Seelok-eloknya hendaklah Ira berjumpa dengan doktor kesuburan untuk mendapatkan bantuan untuk hamil. Walaupun duphaston boleh digunakan untuk melancarkan haid tetapi Ira mungkin memerlukan rawatan kesuburan lain juga untuk hamil.

  20. As salam Dr Tasha..27hb ni saya akan buat laparoskopi..27hb 1 haritu saya start makan duphaston sbb bleeding teruk..dr suruh makan sampai hari laps nnt..tp dah 2 hari ni macam keluar darah tp sikit je spotting..apa pendapat doktor..perlu tak saya makan juga tranexemic acid..sbgai persediaan utk hari laps nnt supaya x bleeding ke..

    • Salam Ezan,

      Rasanya tidak sesuai untuk memakan tranexamic acid untuk berhentikan pendarahan spotting as ianya berfungsi untuk mengurangkan pendarahan yang banyak. Sila hubungi Dr yang merawati Ezan untuk mendapatkan nasihat

  21. Salam Dr. Tasha,
    Saya Ati sudah berkahwin 4 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 2 tahun lebih. Sebelum berkahwin saya disahkan menghidapi endometriosis dan telah menjalani pembedahan laparascopic. setahun selepas berkahwin baru saya disahkan mengandung dan sekarang ini penyakit endometriosis datang kembali. Dr. pakar beri ubat duphaston untuk mengawal hormon saya. Adakah saya masih boleh hamil?Adakah kesan sampingan jika mengambil duphaston lebih dari 6 bulan?Mohon penjelasan Dr.
    Terima kasih.

    • Wsalam Ati,

      Adalah lebih baik sekiranya Ati berjumpa dengan pakar kesuburan untuk mendapatkan rawatan kesuburan bersesuaian memandangkan Ati mempunyai masalah endometriosis. Jika ingin hamil, mungkin Ati memerlukan lebih dari Duphaston.

  22. Salam. Dr.. Sy tlh kgguran bln lps. Complete miscarriage n d&c not done.. Skrg sy prgnt lg tnpa period slps ggr. Based on scan bru 6w2d.. Scan dh nmpk iugs.Sy nk dptkn ubt duphaston utk mngelakkn kgguran brulang.. Tp ssh sgt kt area sy.puas mncri d smua klnik private dn fmasi.. Cmne ye Dr nk dptkn duphaston? Hospital & klnik krjaan cni ssh nk dptkn.. Shggakn sy ggur bgitu shja pd bln lps. Sy dh alami kgguran 2x bturut2.. Blh klu Dr post kn duphaston kpd sy stlh sy bank in duit?

    • Salam Shira,

      Minta maaf jika Dr Tasha tidak dapat berbuat demikian. Sekiranya ingin, datanglah berjumpa dr Tasha di klinik agar pemeriksaan dapat dilakukan dan jika perlu, duphaston dibekalkan.

  23. assalam . sya bru brkhwin 6 bulan. sy sblm ni mmg period tk tratur .then sy g jmp pkar. sya mula amalkan pil duphaston. period mmg jln lncar tp mslhnya sya tk dpt detect ksuburan sy. mcm mna nk tw ksburan kita yg sbnarnya..

    • Wsalam Ira,
      Sekiranya Ira mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, adalah lebih baik untuk mencari punca kitaran haid tidak teratur. Salah satu punca kerap ialah PCOS. Jika haid tidak teratur, memang agak sukar untuk detect time subur. Adalah lebih baik jika mengamalkan 2-3x / seminggu hubungan intim untuk memastikan peluang kehamilan tinggi. Jika Ira ingin hamil mungkin lebih baik jumpa pakar kesuburan untuk meneruskan rawatan kesuburan yang bersesuaian.

  24. salam Dr..sy bru bt iui pada 21.2.2015..then ptg 26.2 sj nk try cek upt wlaupon period blm delay.naik double line tp sgt blur.lps tu sy cb esok pg nya.clearly negatif cm satu line.sy mmg on duphaston slps iui.knp jd gtu Dr.sy hrp xdak apa yg negatif blaku.n msih ada pluang utk upt positif

    • Wsalam Nadia,

      Seelok2nya buatlah UPT sekurang2nya 2 minggu selepas IUI. Kadang-kala juga UPT memberikan keputusan false positif. Yes, masih ada harapan untuk positive. Good luck Nadia!

  25. Dr,any harm x kalau ambil duphaston utk kuatkan rahim n to prevent miscarriage? Sbb dulu sy pernah miscarriage tp specialist kjaan x bg duphaston sbb dia kata first trimester miscarriage selalu disebabkan oleh chromosomal abnormality,so x perlu duphaston to keep the pregnancy.jadi sy nak tny,ok ke saya nak ambil duphaston kalau sy pregnant kembali

  26. siti asmah binti dollah's avatar siti asmah binti dollah

    Dr. saya mohon kepastian.umur saya skrg 31 thn. saya sudah mempunyai anak berusia 4 tahun.pada 2014, sy mgalami 2 kali keguguran bln jan dan okt. bln jan kndgan tak berkembang(7 mgg) utk bln okt., baby ok tapi gugur pd mgg 15.stp kali pregn saya mgalami bleeding. saya ada minta ubat duphaston bila megalami bleeding dr hos. krjaan tp tak diberi.sbb anak pertma saya dibekalkan ubat ini. bleeding saya berterusan w/pun sdikit. mgg ke-14 saya ke hospital swasta, dr. bgth uri dibawah dan bekalkan duphaston.tp gugur mgg ke 15.
    adakah salah satu faktor keguguran, saya lambat makan ubat ini?
    apakah langkah yang spatutnya saya ambil jika saya pregn lagi & mengalami bleeding lagi?

    • Salam Siti,

      Terdapat byk punca keguguran berlaku. Pergilah mendapatkan nasihat dr sekiranya ingin hamil lagi. Seelok2nya membuat persiapan diri sebelum hamil kali ini agar outcome kehamilan adalah lebih baik. Doktor yang merawati juga dapat menasihati dan merancang apa yang perlu dibuat untuk kehamilan yang akan datang. Dr Tasha tidak pasti sama ada pengambilan duphaston lebih awal dapat menyelamatkan kandungan kedua siti dulu.
      Dr Tasha berharap agar kehamilan yang akan datang ini akan dipermudahkanNya.

  27. Salam Dr.

    Saya disahkan PCOS, period hanya akan turun sekiranya saya mengambil pil untuk turunkan darah period. Jika saya mengambil duphaston, apakah cara pengambilan/pemakanan ubat tersebut. Saya bercadang untuk membuat IUI, disebabkan period lewat keluar, dan apabila period keluar, saya pula berada di luar kawasan menyebabkan IUI terpaksa ditangguhkan.

    Mohon nasihat daripada Doc.

    Terima kasih.

    • Salam Julia,

      Sekiranya begitu, dapatkanlah nasihat dari doktor untuk time your IUI cycle. Ini boleh dilakukan dengan beberapa cara. Duphaston diberikan untuk turunkan haid dan ianya akan turun tanpa diduga kadang-kala. Sekiranya Julia ingin membuat rawatan IUI di Pusrawi:
      http://www.pusrawi.com.my/index/pakej-perubatan/pakej-kesuburan/

      • Salam dr. Kenapa bila makan duphaston darah makin byk keluar dan beketul2? Mohon nasihat dr. Period sy telah berlanjutan sehingga 20 hari selepas mkn duphaston hari ke 5. Tq.

      • Wsalam Ayu,

        Ini berkemungkinan Ayu sudah lama tidak dapat haid, jadi ketebalan dinding rahim adalah tebal. Apabila duphaston diberikan haid kadang kala akan datang dengan lebih banyak. Sekiranya sudah 20 hari haid, pergilah rujuk kembali doktor yang merawati

      • Doc., saya mengalami spot/keluar darah sedikit. mungkin secalit dua saja panty liners. pernah terjadi pada bulan lepas sewaktu mengerjakan umrah. berlaku dlm tempoh 3-4 hari. saya igtkan period tapi kemudian dia kering. kini selepas hampir sebulan, ia berlaku lagi. adakah ia boleh dikategorikan sebagai period?

  28. wutahelwitcinta's avatar wutahelwitcinta

    Salam Dr Tasha,

    Umur i 32, mempunyai Anak berumur 6 tahun. Tidak pernah mengambil apa2 planning precautions. Miscarriaged on 8 weeks plus end of September last year. D&c done and period regular since that. Cuma this month delayed for 13 days. LMP on February 4th, did UPT at clinic tadi around 3pm tapi -ve. No signs of period coming. How many dose of Duphaston should i take? And how long? Please reply at my email. Tq

  29. salam dr tasha,

    saya tengah mengikuti fertility treatment utk iui. awl period ambik clomid dan puregon tp telur hanya 2 jadi doktor xproceed iui. kemudian ambik injection pregnyl dan duphaston. pada 1 mac (9 hari awal dr tarikh period yg sepatutnya), sye keluar lendiran coklat. test upt 3 hari lps adalah negatif. adakah kemungkinan ini tanda awal kehamilan atau period xteratur sbb pengambilan dupaston xtetap. mohon pencerahan.

  30. salam..saya baru sahaja selepas manjalani iui yang pertama..selepas iui saya mengalami keputihan yang pekat..seperti susu..dan saya mengalaminye selepas sehari saya menjalani iui..adakah sebab saya bergerak terlau aktif atau ada sebab lain..saya juga tengah mengambil duphaston..saya ada endometriosis dan rahim kebelakang..harap drnatasha dapat tolong saya

    • Wsalam Alin,

      Terdapat beberapa sebab mungkin alin mengalami keputihan tersebut 1. Lendiran untuk menunjukkan ovulasi berlaku 2. Jangkitan kuman terutamanya sekiranya ianya berbau atau berasa gatal2. Seelok2nya rujuklah semula kepada Dr yang merawati ya Alin

  31. Salam.
    Dr, saya sudah berkahwin 6bulan. Period saya tidak teratur. Kebiasaannya 2bln sekali. Period terakhir datang pada 18 disember 2014. Semalam iaitu bersamaan 22 mac 2015 saya baru period. Thats mean 3bln. Saya ada membeli tester kesuburan. Waktu subur saya ada yang 10hari selepas period dan kali terakhir 16hari selepas period iaitu bg period saya yang datang pada 2.10.2014. Manakala bagi period 18.12.2014 sebulan saya test tidak ada subur. Saya dalam usaha untuk mengandung. Akan tetapi saya dan suami kerap hubungan intim 2x seminggu. Adakah pil duphaston boleh membantu saya? Sebelum ini saya ada pergi ke klinik untuk minta ubat turunkan haid. Tapi doktor tersebut enggan bagi. Malah beliau scan perut untuk pastikan sy mengandung atau tidak. Akhirnya sy pulang dgn tgn kosong tanpa ubat.

    Apakah saranan dan rawatn yg bagus untuk saya?
    Terima kasih dr.

    • Wsalam Iqa,

      Jikalau begitu, pergilah rujuk kepada doktor kesuburan untuk membantu Iqa hamil dan memperbetulkan / mengetahui punca kitaran haid tidak teratur. Jika mahu, Iqa boleh berjumpa dengan Dr Tasha di KL Fertility centre ya.

      • Salam. Dr, Semalam baru sahaja berjumpa doc pakar sakit puan. 3tahun lepas sy pernah jumpa sebab tak period 6bln. Nama kena panggil doc tersebut masih ingat saya. Jadi dia scan nak tengok telur saya, dia cakap kecik 4mm dan 8mm. Doc tersebut beri penerangan tentang telur saya, sebab tu waktu subur saya ada cepat dan lambat. Faktor telur tak membesar. Jadi doc tersebut memberi saya clomid. utk dimkn bermula period ke2. Akan tetapi period sy tidak tetap. Jd dia memberikan sy ubat seperti duphaston. Utk period. Dengan syarat sy boleh makan ubat tu selepas sebulan lebih sekiranya tak period. Dan buat upt dahulu. Sekiranya negatif baru makan. Dan dos adalah 2x sehari. Selama 5hari. Dan doc memberi jaminan bhw dos tu akan buat sy period. Jd selepas tu sy boleh mkn clomid.
        Cume nya. Saya perlu datang pd hari ke10 period utk scan telur utk tahu size. Sekiranya tiada progres positif. Doc dh mklumkan bhw dos akn dinaik.

  32. Salam Dr. Sy baru lepas keguguran semasa kandungan 5 minggu. Pd awal kehamilan memang terdapat pendarahan sedikit. Doktor ada bagi duphaston. Perlu ke sy teruskan makan duphaston lepas keguguran?

    • Wsalam Sheila,

      Tidak perlu continue makan duphaston jika sudah pun gugur ya.

      • Slmmm…
        Doktr sya skrg hamil ank ke 4..USIA kehamilan sya 7weeks 5day..masuk
        Ari ni dua ari sya bleeding..skrg sya rasa sakit contrition macam org bersalin pulak..ada kah bahaya sekiranya berterusan pendarahan?

      • Wsalam Ass,

        Lebih baik jika berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan rawatan susulan. Kerana takut terjadi keguguran. Dr Tasha doakan agar semuanya Selamat ya Ass.

  33. assalam doktor..sy nk tanya…sy d beri doktor mkn ravimed selama 5 hari dan lepas emggu mcm tu period saya keluar..lepas 2 hari peroid sy d suruh mkn duphaston..mkn selama 21hr…tetapi period sy tidak berhenti dan belarutan sehingga 14hari(hari ini)…dengan kadar yang byk sehingga sy tpaksa menukar pad setiap 3 jam…adakah itu kesan pengambilan kdua2 pil tersebut…sy ada ke klinik utk membuat pemeriksaan semalam..dan doktor d klinik mngatakan sya ada fibroid selepas 3 kali di scan….tlg perjelaskan kpd sy…adakah peiod yg byk itu kesan pengambilan pil tersebut atau fibroid tersebut…dan apakah punca muncul nya fibroid tersebut?

    • Wsalam Sha,

      Kadang-kala ubat duphaston diberikan kerana haid sudah lama tidak datang. Bila ini berlaku, kadang-kala dinding rahim sudahpun sangat tebal dan apabila haid turun disebabkan Duphaston tersebut, tidak hairanlah haid akan banyak dan berpanjangan. Sekiranya pendarahan terlalu byk dan panjang rujuk kembali kepada doktor yang merawati. Dr tasha rasa fibroid tuh mungkin ada di situ dan tidak tiba2 muncul selepas pengambilan Duphaston.

  34. assalamualaikum dr tasha.. kawan saya disahkan mengandung dan kerap keluar darah tapi sedikit-sedikit.. dia pergi berjumpe dr dan diberikan ubat duphaston utk menguatkan rahim.. tetapi selepas makan ubat ini dia terus keguguran… adakah sesetengah org mmg tidak tahan dgn ubat duphaston dan boleh menyebabkan keguguran?

    • Wsalam Luna,

      Dr Tasha rasa bukan Duphaston yang menyebabkan keguguran tersebut. Ianya diberikan untuk menguatkan rahim bagi wanita yang mengalami ‘threatened miscarriage’ ie bleeding semasa hamil. Akan tetapi, duphaston bukanlah 100% efektif utuk mengelakkan keguguran dari berlaku. Dr Tasha harap kawan luna tetap bersabar dan cekal. In Sha Allah kehamilan yang akan datang akan selamat dan berjalan dengan lebih lancar

      • Salam dr. Sy berumur 26thn tlh berkhwin 2 thn. Sy ada pcos.purata haid 3x setahun.sy tlh berjumpa doc pkr kesuburan.dr bg norculut utk turun drh sebab 6 bln x period.dan clomid 50mg mkn cd2- cd6. Sy x dpt cek pembesaran telur krn clinic jauh. Slps itu sy delay haid 4 bln tetapi upt – ve. Sy mgambil kptsn berjumpa doc o& g di hosptl gov.doc confirmkn sy tdk mgndung. Sy dberi provera utk turun haid. Slps itu sy mkn clomid 100mg cd 2- cd6 tanpa advise doc. Memandangkn clomid 50mg dulu tidak bg respon kpd telur.sy cuba 100mg.now 1 bln haid delay.upt -ve. Sy telah membeli duphston di farmasi.. sy nk tahu mcm mne cara pemakanan duphston yg betol apabila haid delay setelah ambil clomid? Nak mkn provera, sy takot mengandung.. mohon advise dr.. terima kasih dr.

      • Salam Puan Zura,

        Usahlah mengambil duphaston tanpa pengawasan doktor. Pergilah rujuk kepada doktor untuk memberikan penjelasan dan pemantauan serta membantu zura hamil.

  35. Assalamualaikum dr tasha.. saya jenis period tak teratur dan ada refer pada pakar gynae .. sebelum ni period memng ta teratur.. tapi pada 6/3-12/3 saya period. dkter mengesahkan saya ada pcos.. semasa scan untuk lihat rahim dokter kata saya nak period sebb nmpak bila di scan.. dr bg duphaston untuk 5hari .. untuk turunkan darah.. tapi sehingga sekarang masih tiada lagi period datang. ada tanda nak period.. ada kemungkinan saya hamil ye?
    Terima kasih

  36. Doc.saya disahkan hamil 6 weeks skrg.bbrp hari lepas semasa kencing saya mendapati tisu yang saya gunakan untuk mengelap terdapat sedikit darah bercampur dengan lendiran.tak byk hya sdkt shja dan bwarna sedikit coklat.saya segera ke sebuah klinik panel dan doktor mengesahkan saya kena urine infection.saya sendiri tidak pasti samada darah yang keluar adalah dari saluran kencing atau rahim.maka saya di rujukkan ke ob gyn.doktor ob gyn memberikan saya Duphaston n ubat buang angin.adakah selamat utk saya makan atau teruskan pengambilan dua jenis ubat ini walaupun tak pasti spoting darah tu dari saluran kencing yang kotor atau dari rahim.urine test saya kembali ok slps minum byk air smsa saya di periksa

    • Salam Nica,

      Tidak masalah untuk memakan kedua ubat tersebut. Lebih2 lagi sekiranya tidak pasti di manakah pendarahan itu berlaku. Jika rasanyer pendarahan sudah berhenti, boleh berhentikan memakan ubat Duphaston tersebut. Hendaklah menanyakan doktor yang merawati Nica kerana dia lebih arif tentang latar belakang NIca ya.

  37. Salam Doc,

    Saya pernah gugur dua kali (june 2014) dan Jan 2015. Yg pertama mmg kerap bleeding sampai la keguguran walaupon da makan duphaston. Yang kedua xde bleeding jadi saya ingat tiada masalah. Saya cume decide checkup bile kandungan usia 3 bulan. tapi rezeki xde juga, heartbeat baby xde and saye terpakse D&C keesokkan nye. Alhamdulillah lepas sebulan keguguran saye mengandung kembali. Soalan saya, doctor bekalkan saya Duphaston dan Aspirin untuk elakkan keguguran berulang. Adakah selamat untuk saya consume walaupon xde ape2 ujian yg dilakukan? Saya da scan semalam (6 minggu 4 hari), Alhamdulillah dapat detect jantung baby. Jadi perlukah saya makan duphaston walau xde bleeding? and selamat tak saya makan Aspirin? Mohon pendapat doctor.

    Terima Kasih sangat2.

  38. Salam Dr,
    Saya telah berkahwin hampir 4 tahun dan saya berumur 33 tahun. Saya didiagnose unknown infertility. Saya baru lepas buat 2nd iui pada 20 april. Saya start makan ubat duphaston hari yg sama. 2 wks po, saya mengalami spot bleeding selama 6 hari n still spot bleeding pada hari ni iaitu hari ke7. Saya buat upt -ve. Saya perlu berhenti makan duphaston tak? Apa punca spot bleeding ni ye? Adakah sebab sy diberikan puregon? 1st iui, saya tiada spot bleeding seperti sekarang pula.
    Semasa prosedur iui dijalankan, doc dapati uterine body saya adalah ke bawah ( 8 o’clock). Adakah sebab ini saya belum dapat conceive? Hope to hear from u soon Dr. Thanks…

    • Wsalam Tity,

      Nampaknya IUI tersebut most likely tidak berjaya. Akan tetapi, pergilah rujuk terlebih dahulu kepada doktor yang merawati dan bertanya sama ada Duphaston perlu diberhentikan atau pun tidak. 20% wanita mempunyai retroverted uterus seperti Tity, sekiranya sudahpun kahwin 4 tahun, option adalah 3rd IUI / move on to IVF. Untuk menolong Tity membuat keputusan, boleh mencuba kuiz di bawah tersebut:

      Kuiz rawatan kesuburan: Adakah saya calon untuk IUI ataupun IVF?

      • As salam Dr..mira nak tanya..
        Pd 4/2 tahun ni mira mengalami miscarriage. Then baru hari isnin this week 25/5 mira pergi klinik cek dan confirm positive..n due period pon sepatotnye on that day..doc bagi ubat duphaston since ada history sebelum ni.then makan start 26/5.pada pagi 27/5 n today morning ada lendir coklat..semalam cair je n sikit sgt.tapi hari ad sikit coklat pekat.kenapa ye doctor..Allah je tahu..perasaan risau sgt.

      • wsalam Amira,

        Pergilah periksa dengan doktor berdekatan. Jika mahu, boleh jumpa Dr Tasha di KL Fertility Centre. Kantung selalunya paling awal boleh dilihat apabila missed period 1-2 minggu iaitu pada minggu kehamilan 5 – 6 minggu. Diharapkan semuanya berjalan lancar untuk amira

  39. Salam Dr,

    Saya Reen, bulan lepas saya ade mendapatkan ratawan kesuburan di hospital (PCOS dan period tidak teratur). plan awalnyer nak buat iui tapi lepas makan clomid hanya ada 1 telur sahaja. doktor nasihatkan saya untuk tidak teruskan iui. Saya telah diberi Duphaston untuk makan pada hari ke 21 selama 10 hari. Tetapi setelah makan selama 8 hari saya masih tidak period. Adakah saya perlu tunggu hingga habis makan Duphaston baru saya akan period atau Duphaston mungkin menyebabkan period saya lewat.

    • Wsalam Reen,

      For IUI, kita akan aim untuk 1-3 folikel sahaja. So, stimes, if only 1 folikel you can still proceed for the IUI. Duphaston perlu dimakan untuk 10 hari then tunggu, some patients will bleed only 1-2 weeks after complete the 10 days. If still tak bleeding, then rujuk semula doktor yang merawati ya Reen.

  40. Salam doktor
    Kalau kira berdasarkan lmp,(26/3/15)
    Sy telah hamil 9 minggu.pd kandungan 6 minggu sy mengalami sakit di bahagian perut selama 3 hr.tetapi tiada sebarang pendarahan.sy telah berjmp doktor dan beliau mengatakan kantung sy terlalu kecil utk usia 6 minggu.oleh itu beliau telah member dupaston selama seminggu.ketika kandungan 8 minggu,sy telah mengalami minimal bleeding selama 2 hr.ketika scan,doktor ckp kantung msh kecil hanya 16mm.doktor telah bg dupaston selama sebulan.adakah sy mengalami keguguran.krn doktor mengatakan ada kemungkinan sy telah keguguran tanpa sedar sb itu janin xterbentuk

    • Wsalam Fara,

      Agak sukar untuk Dr Tasha pastikan sama ada keguguran sudah berlaku tanpa membuat pemeriksaan / scan ke atas Fara sendiri. Oleh itu, hendaklah berjumpa dengan doktor yang merawati untuk mendapatkan kepastian. DIharapkan Fara bersabar dan cekal.

  41. Salam dr natasha

    Saya berumur 27tahun, belum mempunyai zuriat dan sdg berusaha utk mengandung. tetapi saya ada mslh pendarahan non stop bulan lepas. Sudah pg check up dr. Selepas buat ujian, dr mengatakan dinding rahim saya menebal sebanyak 19cm dan dktr sarankan saya buat D&C tetapi saya tidak mengandung. Untk 2nd appointmnt dktr cuma beri saya ubat duphaston utk saya consume selama 2 bulan. menurut dktr ubat itu berfungsi utk stop kn bleeding. so maknanye selama 2 bulan jugak saya tidak akn period, saya mula makan ubat 1 jun tetapi hari ke 12 saya mulai ada brown spotting. sehingga hari ini dy semakin byk. tetapi tidak sebyk period biasa. soalan saya adakah itu kategori period?bukan ke sepatutnya period saya akn dtg slps 2 bulan. saya mula ragu2 kerana esok sudah bermula ramadhan.

  42. salam dr…

    saya dh lama on duphaston ni. utk 8bln tadi doktor gynae ada suruh stop utk cek samada haid leh dtg sendiri. haid saya lps tu mmg ada dtg tapi dlm 2 bln ke 3 bln sekali. skrg doktor suruh saya on duphaston lg bagi membolehkan haid saya datang teratur. adakah selamat utk saya bergantung dgn duphaston dlm tempoh masa yg pjg? rasanya dh bertahun saya ambil duphaston ni.

    • Wsalam Fizah,

      Ini bergantung kepada latar belakang Fizah. Sekiranya ingin hamil dan mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, adalah lebih baik berjumpa dengan doktor kesuburan untuk meneruskan rawatan. Peluang untuk kehamilan mungkin terjejas kerana kitaran haid yang tidak teratur menandakan ovulasi berlaku dengan tidak teratur.

  43. salam.. ank bongsu dlu mgdung doktor swasta bg ubat kuat rahim sbb sbb ambil perancang family n makan makanan tajam n jamu.syukur skrg dah 2 thn… slp ank bongsu sy keguguran 2 x.ptama 2 bln.ke 2 5 bln kdungan..ni mgdung lg.sbb keguguran yg lps doktor xvtau puncanya..n x buat kajian pun.1 keluar darah.1 jantung x nampak.. skrg mgdung lg apaperlu sy buat doktor

    • Wsalam Mimi,

      Jika mahu ambillah ubat kuatkan rahim. Di samping itu, pergilah rujuk kepada doktor agar pemeriksaan dapat dibuat dan nasihat seterusnya dapat diberikan. Diharapkan kandungan ini berterusan dan tidak keguguran. Jika mahu berjumpa Dr Tasha, sila buat temujanji dengan menelefon KL Fertility Centre ya mimi.

  44. Salam dr.
    Saya mempunyai masalah period tak teratur sejak awal lg. Pada 20.6 yg lepas saya datang period yg lama sehingga 26.7(sebulan lbh). Saya pergi klinik swasta dr ckp sy ada pcos tp tak berapa besar dlm 2cmx2cm di sebelah kiri. Pada 31.7, sy period semula smpai sekarang (9.8) tp drh yg kluar sperti lendir dan sgt sikit. Sy pergi hosp kerajaan then dr bg ubat tranexamic acid utk mkn selama 5 hari utk berhentikn darah period dan duphaston utk mkn pd hari ke 6 selama 21 hari. Soalan sy, perlu ke sy mkn tranexamic acid tu walaupun drh keluar sgt sikit and kalau period saya still x berhenti, boleh ke saya teruskn mkn duphaston? Tq dr.

    • Wsalam Iqa,

      Pergilah rujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan untuk PCOS Iqa. Oleh kerana Dr Tasha tidak mengetahui keseluruhan latar belakang Iqa, agak sukar untuk memberikan nasihat detail. Akan tetapi, tranxenamic acid hanya perlu dimakan apabila haid berlebihan. Di samping itu, ambillah ubat multivitamin yang mengandungi zat besi kerana takut kurang darah disebabkan haid yang berlarutan tersebut

      Please rujuk balik doktor Iqa. If not, jika mahu, Iqa boleh berjumpa dengan Dr Tasha di KL Fertility centre.

  45. salam dr..

    sy pcoser.. last period sy 13/6/15… sehingga sekarang period masih xdtg.. 12/8/15 sy sudah berjumpa doc utk check upt.. sy juga sudah test upt tetapi masih -ve.. doc bekalkan sy duphaston utk 5 hari, 2biji sehari.. doc juga berikan metformin 2biji sehari kerana sy ad kencing manis.. sy sudah habis kan duphaston tu tapi masih xperiod.. knp ye doc? or mybe perlu tunggu beberapa hari lagi? tq dr.

    • Wsalam Azimah,

      Selalunya selepas habis makan duphaston tunggu 1-2 minggu utk haid jika masih tidak datang lagi, hendaklah berjumpa dengan doktor yang merawati utk pemeriksaan dan rawatan seterusnya ya.

  46. Salam dr. Sy baru lepas bersalin anak sulung april 2015. Tp baby xpjg umur. 9 jam lepas bersalin baby meninggal sbb sepsis. Skrng sy mngandung lg. Cuma kali ni sy ade sikit spotting warna merah. Kalau sy lap dgn tisu baru nmpk. Dia akn ada kalau sy penat 4 that day jln byk or stress kerja. Tp akn hilang lps tu. Then sy ada g klinik biasa, dr ada bg duphaston mkn sebiji sehari. Then dia mnta sy utk buat appointment dgn pakar o&g. Pendapat dr perlu x sy mkn duphaston ni. Sy x di scan td sbb xde alat. Masa 5 mnggu sy ada scan d kk dr ckp nmpak kantung je tp masih kecil. Sy start ada spotting lps sy buat ujian hvs. Adakah sy treathen mjsscariage?

    • Wsalam Intan,

      Most likely threatened miscarriage, tetapi diagnosis ini hanya diberikan sekiranya sudah kelihatan jantung bayi dan mengalami pendarahan. Pergilah periksa ujian HVS tersebut terutamanya untuk memeriksa sekiranya terdapat infection GBS. Bolehkah Dr Tasha tahu apakah punca sepsis di dalam bayi sulong? Adakah dr intan ada memberitahu kuman apa yang menyebabkan kematian bayi agar ianya boleh dicegah dari berulang?

      • isu bayi sulung sy meninggal tu dr di kk ckp mmg xselesai sbb diaorng sndiri pun xtau dari mana dtgnya kuman tu. sbb spnjg check up dulu mmg xde plak masalah. sbb tu kali ni dr kk mnta sy buat hvs utk detect GBS sprti dr tasya bgtau. cuma resultnya sy blm tau lg. kena tunggu next check up baru dpt tau result.

  47. nor idayu binti kamaruden's avatar nor idayu binti kamaruden

    salam dr sy nk tyer mase sy ngandung 4bln ada wat operation membuang cyst..spnjng sy ngandung (slps oprate) Dr d HUKM minta sy cucuk ubat utk kuatkan rahim(xpasti nama ubat)..sy nk tyer ada ape2 kesan ke spnjng sy amik sbb skrg ank sy dh 3thn n sy x mengadung lg..sy juga tidak mkn ape2 ubat…sy cuma nk tau jika ubat tue memberi kesan sy lmbt mengadung @ sebalik nye..tq

    • Wsalam Noridayu,

      Rasanyer ubat cucuk yang diberikan bernama Proluton. JIkalau masih tidak hamil lagi hendaklah pemeriksa kembali dengan doktor yang merawati di HUKM. Proluton so far tiada kajian menunjukkan long term side effects dari segi fertility status. Apakah cyst yang telah dibuang, jika ianya endometriosis, ini boleh merendahkan tahap kesuburan idayu.

  48. Assalam doktor..sy ade pertanyaan..Lmp sy 26/7/15..sy ade bt upt +ve..kmudian ade pv spotting cklat2 slma 6 hri..hr 1 & 5 ade kuar bleed ckit,lpas 2 cklat2…sudah scan,p dktor xnmpak..bt jgk checkup y specullum 2,os closed,p kuar lndir2 coklat..lower limb kdng2 rs lenguh2 sbelum pengambilan duphaston..ra mcm ade tkanan pada bhgian ari2…so dktr suh sy mkn duphaston 1/1 od..dktr treat as threated miscarrge..soalan sy..adakah scan pada 5 mnggu still xnmpak?adakah akan ade risiko tuk ectopic?mohon penjelasan daru dktor..

  49. Salam… Dr tasha

    Sy sedang hamil 24minggu pd 7/9/15… Tp pd ptg 7/9/15 sy telah jatuh tduduk & tkencing.. Sy ke toilet tuk cuci & dapati ade kluar seketul darah. Slps itu tidal ade lagi darah kluar. Alhamdulillah… Bayi sy sihat & aktif even after jatuh… Cuma doktor ade ckp takot2 darah itu dr uri…. Tp pada hari sy kluar wad, doktor bekalkn sy ubat duphaston tuk 1week.. Adakah selamat tuk sy mkn…??

    • Wsalam Shieda,

      Duphaston selamat untuk dimakan pada waktu kehamilan. Tetapi memandangkan Shieda sudahpun 24 minggu, Dr Tasha kurang pasti sama ada ia akan memberikan manfaat seperti yang diinginkan. Jika terdapat sakit perut, pendarahan ataupun bayi kurang gerak sila dapatkan pemeriksaan. Diharapkan Shieda, berhati2 pada masa hadapan untuk mengelakkan terjatuh sekali lagi ya.

  50. Salam Dr. tasha,

    Saya mengandung kali ke 3, pertama dulu 2 tahun lepas kena Ektopik Pregnancy, kedua bulan April hari tu, gugur pada 8w5d secara naturally.

    Semalam pegi check doc utk minggu ke 7w4d (ikot date scan) dan 9w utk date LMP, doc kata tiada heartbeat dan size janin sama macam 2 minggu lepas. Janin cuma membesar sedikit saja dan sepatutnya perlu membesar 1 x ganda. Sya xda bleeding, cuma brownish spotting, tu pun skit je. Doc kata janin x sihat dan akan keguguran. Saya mungkin x bleeding sbb makan Dhupaston dr awal kehamilan sbb tu dia halang darah dari keluar. Sekarang dia suruh saya stop mkn Dhupaston dan darah akan mula keluar nanti. Tapi ntah kenapa, saya rasa baby selamat cuma mungkin lambat berkembang. Ada tak ibu2 mengalami keadaan yg sama, dan baby selamat dilahirkan dan sihat?

    Sehingga sekarang darah masih tak keluar dan sya bercadang untk ke hospital lain utk 2nd opinion.

    • Wsalam Azlynn

      Agak sukar untuk Dr Tasha komen kerana tidak memeriksa Azlynn sendiri. Jika mahu, dapatkanlah kepastian mengenai status bayi dan kemudian berbincang mengenai rawatan terbaik. Harap Azlynn dapat bersabar dan cekal ya.

Leave a reply to shira Cancel reply