Dapatkan Buku ‘Catching My Baby Dust’ khusus buat pasangan TTC
Ramai pasangan TTC suka mendengar dan berkongsi pengalaman masing-masing semasa menghadapi ‘ups’ and ‘downs’ perjalanan fertiliti mereka. Dengan membaca bagaimana pasangan-pasangan lain menghadapi liku-liku perjalanan fertiliti mereka, adalah diharapkan agar ramai pasangan yang masih TTC dapat mempelajari ilmu dan tips berguna serta memperolehi kata-kata semangat untuk meneruskan perjalanan fertiliti mereka sendiri.
Dr Tasha dan rakan-rakan dari KL Fertility Centre telah mengumpulkan kisah benar TTC dari beberapa pasangan yang menghadapi pelbagai masalah kesuburan. Setiap pasangan menceritakan dari aspek mereka sendiri pengalaman pahit-manis yang terpaksa dilalui untuk mendapatkan zuriat yang diimpi-impikan. Buku ‘Catching My Baby Dust’ ini boleh diperolehi dari kedai buku Borders dan MPH tidak lama lagi.
Setiap pasangan mempunyai masalah unik mereka yang tersendiri. Mungkin anda mempunyai masalah yang sama dengan salah satu dari pasangan tersebut. Ikutilah kisah benar pasangan-pasangan tersebut dan hayatilah rintangan serta cabaran yang terpaksa mereka atasi.
Dapatkanlah buku anda untuk membaca pengalaman pasangan TTC yang telah berjaya. Dr Tasha harapkan agar kisah-kisah tersebut dapat memberikan iktibar, mendorong dan memotivasikan serta menjadi inspirasi kepada setiap pasangan TTC. Dr Tasha doakan agar lebih ramai lagi pasangan TTC akan hamil tidak lama lagi. In Sha Allah, you will then have you own story to tell to other TTCians.
‘Blowing some baby dust over to all you TTCians out there. Enjoy reading the book written by TTCians dedicated especially for TTCians.’ 🙂
Posted on June 14, 2016, in Uncategorized and tagged Bayi tabung uji, cepat hamil, doktor kesuburan, doktor perempuan IVF, Dr Natasha Nor, ICSI Malaysia, ingin hamil, iui RAWATAN KESUBURAN ivf malaysia, IVF Malaysia, KL FERTILITY CENTRE, rawatan kesuburan, tingkatkan kesuburan, TTC, TTC story. Bookmark the permalink. 6 Comments.
slm doc, berapa hrga buku ni? how to get it? tq
Wsalam Esmeralda,
It is RM23. You can get it any Borders IOI Puchong, the curve and also KL Fertility Centre.
Can i get the book online or in kl fertility?
Dear Farah,
Yes you can get it at KL Fertility Centre ya!
Dear tasha, all in english version?
Wsalam Dilla,
Yes. At the moment it is in English version.