Pembedahan ‘ovarian drilling’ untuk pesakit PCOS

1. Apakah pembedahan ‘ovarian drilling’?

Pembedahan ‘ovarian drilling’ merupakan rawatan ‘second-line’ treatment untuk pesakit PCOS terutamanya yang dikatakan ‘clomid-resistant’.  ‘Ovarian drilling’ dilakukan melalui pembedahan laparoskopi (i.e pembedahan melalui teropong). Lubang-lubang kecil sebanyak 4-10 di tebuk di atas setiap ovari.

2. Apakah rational membuat pembedahan ‘ovarian drilling’ sebagai rawatan PCOS?

Mechanisma sebenar  pembedahan ‘ovarian drilling’ sebagai rawatan PCOS adalah tidak diketahui. Mungkin dengan melakukan tebukan halus di lapisan atas ovari mengakibatkan kerosakan sel-sel theca yang terlibat dalam penghasilan hormon androgen. Apabila berlaku kerosakan sel-sel tersebut, penghasilan hormon androgen berlebihan akan berkurangan dan hormon FSH akan meningkat. Perubahan hormon ini kemudiannya akan mengakibatkan keseimbangan hormon di dalam badan untuk ovulasi dan seterusnya kehamilan berlaku.

3. Apakah kriteria-kriteria pesakit PCOS di mana rawatan ‘ovarian drilling’ kurang berjaya?

Terdapat beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa pesakit-pesakit tersebut di bawah mempunyai kadar kejayaan rawatan yang lebih rendah selepas menjalani ‘ovarian drilling’.(1) Ini termasuklah:

  • Pesakit yang mengalami masalah kesuburan lebih dari 3 tahun
  • Pesakit yang mempunyai body mass index (BMI) lebih daripada ≥35 kg/m2
  • Pesakit yang mempunyai paras darah hormon testosteron yang melebihi 4.5nmol/L
  • Pesakit tersebut mempunyai masalah kesuburan lain seperti tiub peranakan yang tersumbat atau masalah kesuburan disebabkan pasangan lelakinya.

Untuk pesakit tersebut di atas, rawatan lain seperti menurunkan berat badan, metformin, penggunaan gonadotrophin dan IVF mungkin adalah lebih baik bagi mereka daripada rawatan ‘ovarian drilling’. Kajian tersebut di atas juga menunjukkan pesakit yang mempunyai paras hormon ≥10IU/ml mempunyai kadar mengandung yang lebih tinggi selepas menjalani rawatan ‘ovarian drilling’.

4. Apakah risiko pembedahan ‘ovarian drilling’?

  • Risiko bius (‘General anaesthetic’) semasa pembedahan ‘ovarian drilling’
  • Risiko parut (‘adhesion’) sekeliling ovari selepas pembedahan
  • Risiko ‘premature ovarian failure’ disebabkan kerosakan teruk di ovari terutama sekiranya terlalu banyak lubang ditebuk di atas ovari.
  • Risiko kelukaan di bahagian usus atau organ penting yang lain semasa menjalani pembedahan.

5. Apakah ‘outcome’ ovarian drilling untuk pesakit PCOS dari segi ovulasi dan kadar mengandung?

Daripada kajian yang dijalankan di kalangan pesakit PCOS selepas menjalani ‘ovarian drilling’ (1):

  • Peratus pesakit yang berjaya ovulasi ialah 80%
  • Peratus pesakit yang berjaya mengandung ialah 60%

Akan tetapi sebanyak 20-30% pesakit PCOS yang akan masih mengalami kegagalan untuk ovulasi atau berjaya mengandung secara spontan selepas menjalani ‘ovarian drilling’.

6. Adakah cara lain untuk rawatan kesuburan pesakit PCOS yang ‘clomid-resistant’ selain daripada ‘ovarian drilling’?

  • Menambah rawatan ubat metformin + clomid untuk ovulasi
  • Penggunaan ubat subur alternatif untuk ovulasi. Contohnya letrozole atau tamoxifen
  • Rawatan ubat gonadotrophin untuk ovulasi.

7. Apakah perbezaan kadar kejayaan rawatan ‘ovarian drilling’ berbanding dengan rawatan ovulasi metformin + clomid? 

Kajian yang dibuat Palomba,S et al(2) menunjukkan bahawa rawatan metformin + clomid adalah sama efektif dengan pembedahan ‘ovarian drilling’.

Oleh itu, sekiranya pesakit PCOS itu mengalami ‘clomid resistant’, langkah-langkah seperti menurunkan berat badan berlebihan, penggunaan ubat metformin boleh dilakukan sebelum meneruskan rawatan untuk menjalani pembedahan ‘ovarian drilling’.

8.  Apakah perbezaan kadar kejayaan rawatan ‘ovarian drilling’ berbanding dengan rawatan gonadotrophin? 

Menurut kajian Farquhar C et al (3), perbezaan selepas pesakit PCOS yang menjalani rawatan ‘ovarian drilling’ vs gonadotrophin:

  • Tiada perbezaan dari segi kadar peratusan ovulasi
  • Tiada perbezaan dari segi kadar peratusan mengandung yang berterusan.
  • Risiko kandungan kembar lebih kurang di dalam kumpulan pesakit PCOS yang mendapat rawatan ‘ovarian drilling’ berbanding pesakit yang menggunakan gonadotrophin
  • Tiada berbezaan dari segi kadar peratusan kandungan yang mengalami keguguran
  • Kos yang lebih tinggi sedikit dengan rawatan gonadotrophin berbanding ‘ovarian drilling’

9. Apakah kriteria pesakit PCOS yang sesuai untuk menjalani pembedahan ‘ovarian drilling’?

  • ‘clomid resistant’ dan masih tidak mengandung walaupun telah mendapat rawatan metformin dan ubat ovulasi yang lain
  • Mempunyai Body mass index (BMI) ≤ 30kg/m2
  • Tidak mempunyai faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan ketidaksuburan seperti tiub peranakan tersumbat, endometriosis atau masalah sperma

Dari pengalaman Dr Tasha, pesakit yang mengalami masalah kesuburan yang hanya berpunca dari PCOS mempunyai peluang yang sangat cerah untuk hamil. Langkah-langkah mudah seperti menurunkan berat badan yang berlebihan dengan diet dan senaman serta ovulasi induksi menggunakan ubat metformin, clomid atau gonadotrophin. Pembedahan ‘ovarian drilling’ boleh dilakukan selepas perbincangan dengan doktor masing-masing sekiranya kaedah lain telah gagal. Ini ialah kerana ‘ovarian drilling’ adalah masih invasif dan rawatan lain seperti gonadotrophin dan juga IVF mempunyai kadar kejayaan yang baik. Di samping itu, untuk rawatan IVF, bilangan embryo yang dipindahkan juga boleh di hadkan kepada satu atau dua embryo untuk mengurangkan kandungan kembar.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

REFERENCES:

1. Ovulation Induction using laparoscopic ovarian drilling in women with polycytic ovarian syndrome: predictors of success. Amer SAK, LI TC, Ledger WL. Human Reproduction (2004);19(18):1719-1724.

2. Laparoscopic ovarian diathermy vs clomiphene citrate plus metformin as second-line strategy for infertile anovulatory patients with polycystic ovary syndrome: a randomized controlled trial. Palomba S, Falbo A, Battista L, Russo T, Venturella R, Tolino A, Orio F, Zullo F. Am J Obstet Gynecol (2010);202(6):577.e1.

3. Laparoscopic “drilling” by diathermy or laser for ovulation induction in anovulatory polycystic ovary syndrome. Farquhar C, Lilford RJ, Marjoribanks J, Vandekerckhove P. Cochrane Database Syst Rev. 2005

 

Posted on April 9, 2014, in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink. 20 Comments.

  1. APA tu pcos

  2. saya baru shj disahkan pcos.. masih trying to conceive

  3. doc, sy seorang pesakit pcos. berjaya hamil setelah 9 cycle clomid induced. tapi abort after 8w. sy telah menjalani pembedahan lap and diagnostic tro ectopic prgnancy bila doc scan mmg xnampak kantung pon.. finding op : miscarriage with pelvic inflamatory disease, hydrsalpinx with clubbed end tubes and bilateral polycystic ovary.. selepas 3 bulan.. doctor bg sy duphaston utk mensus dan diberi appt utk hsg. tp sy masih x dtg bulan.. 2hari lepas sy check upt dan mendapati upt sy positive. alhamdulillah.tp sy risau sb doc yg merawat pernah memberitahu..jika sy prgnant lg..risiko gugur dan mengandung luar rahim adlah sangat tinggi.. sy risau sgt2 jika sejarah berulang kembali..

  4. salam dr..sy ada pcos..bln 5 nak try iui..klu iui x bjaya kene buat ovarian drilling..so dr rasa perlu ke buat iui dulu atau bole terus buat ovarian drilling tu..berapa anggaran kos utk ovarian drilling tu?

    • Wsalam Cikin,

      Ini bergantung kepada beberapa perkara. Dr Tasha rasa sekiranya Cikin tidak mempunyai berat berlebihan, tidak salah untuk mencuba IUI dahulu. Ini bergantung kepada doktor yang memberikan rawatan ovarian drilling tersebut. Sekiranya cikin ingin mendapatkan rawatan kesuburan di bawah jagaan Dr Tasha, sila call KL Fertility Centre di 0320933500 untuk membuat temujanji.

  5. Salam Dr. Saya menghidap PCOS. Umur 32 tahun, berat 85kg, tinggi 158cm. Ianya semakin teruk selepas berat badan saya meningkat selepas berhenti sukan akibat kecederaan (tendon ruptured). Sudah lebih 5 tahun berkahwin dan pernah menjalani kaedah rawatan IUI. Kini Dr menasihatkan agar saya mengikuti kaedah rawatan metformin dan menurunkan berat badan.

    Mungkin kerana kurangnya disiplin jadi ianya tidak mendatangkan hasil. Jadi Dr tersebut menasihatkan agar saya menjalani rawatan ovarian drilling. Namun selepas membuat beberapa study, saya hold dahulu kerana rasanya ia agak berisiko. Dr tersebut juga menyatakan yang sia2 untuk saya buat IUI dan IVF kerana akan berlaku keguguran akibat rahim tak kuat. Tapi seingat saya ketika buat IUI dulu saya ada ambil ubat kuat rahim (injection) selepas habis procedure.

    Nak minta pendapat Dr. Adakah saya perlu teruskan dengan IVF sahaja? Berapakah kosnya?

    • Wsalam Maya,

      There are no right / wrong answer. Ini terpulang kepada pilihan individu tersebut selepas berbincang dengan doktor yang merawatinya. Jika Maya mempunyai masalah PCOS sahaja dan umur hanya 32 peluang untuk kehamilan adalah elok. Tetapi Dr Tasha selalu menasihatkan pesakit untuk membuat persediaan sebelum rawatan utk mendapatkan kejayaan rawatan yang lebih tinggi. BMI maya adalah 34. Ini adalah berlebihan, turunkan berat badan dengan diet dan exercises yang bersesuaian memandangkan history tendon rupture. Ini juga adalah penting agar apabila Maya hamil kelak tidaklah mengalami pula masalah seperti kencing manis dan darah tinggi disebabkan berat badan berlebihan ini. Kos IVF bergantung kepada klinik / hospital di mana ianya dilakukan, anggaran kos ialah dalam linkungan RM10- 18K.

      Untuk mendapatkan lebih pencerahan rawatan manakah lebih sesuai IUI / IVF, cubalah kuiz tersebut sekiranya masih belum berbuat demikian:

      Kuiz rawatan kesuburan: Adakah saya calon untuk IUI ataupun IVF?

  6. Dr. Tasha, Saya mempunyai masalah PCOS. In 2013, saya pernah consume metformin yang dibekalkan oleh doc selama 3 bulan. Period on time. Then period ting tong balik. Is it ok kalau saya terus mengambil metformin tanpa pengawasan doc?

  7. Salam….
    Doc, sy dahlya dr psr gudang..sy ada pcos dan br 2 bln lps brmt ovary drilling… alhmdulillah period da ok.. b4 nie mmg period xkluar kcuali mkn ubat.. sy nk tnye doc, ape kesan buat ovary drilling… mnta doc jlskn kesan baik n kalau ada kesan buruk pun saya nk tahu jgk…

    • Wsalam Dahyla,

      Kesan sampingan buruk termasuklah:
      Risiko bius (‘General anaesthetic’) semasa pembedahan ‘ovarian drilling’
      Risiko parut (‘adhesion’) sekeliling ovari selepas pembedahan
      Risiko ‘premature ovarian failure’ disebabkan kerosakan teruk di ovari terutama sekiranya terlalu banyak lubang ditebuk di atas ovari.
      Risiko kelukaan di bahagian usus atau organ penting yang lain semasa menjalani pembedahan.

  8. Salam Doc,

    Pada 30/4/2017, saya operate membuang pcos di kaw. uterus sepanjang 6cm. Doctor yang merawat pun buat sekali ujiam pep smear dan dari ujian itu menunjukkn kilg telor saya dalam keadaan normal. Selepas 10 hari operate, darah period saya keluar dengan banyak beserta dengan ketulan darah sehingga ke hari ini. Doctor ada memberi saya ubat norculat yang dimakan 2biji sehari dalam tempoh 3bulan. Adakah betul cara pengambilannya 21hari makan, then stop seminggu, kemudian on semula. Pada waktu ini saya stop untuk hari ke 2, dan darah keluar semakin banyak beserta ketualan darah seperti hati ayam. Adakah itu normal atau saya perlu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan? Doctor juga ada menyatakan bahawa saya perlu bergantung dengan ubat ini untuk stabilkan horman saya kerana takut ke tahap hyperplasia. Saya berasa sangat risau dengan keadaan darah yang keluar tanpa henti.

    Terima kasih.
    Farima.

    • As salam Fariza,

      Hendaklah bertanyakan kepada doktor apakah keputusan makmal histology dari sampel yang telah diambil dari operasi tersebut. Bergantung kepada keputusan rawtan bersesuaian perlu diberikan. Di samping itu, jika adalah berat badan berlebihan, hendaklah berusaha untuk menurunkannya sebanyak mungkin. Jika darah keluar banyak hendaklah rujuk semula kepada doktor yang merawati secepat mungkin ya.

  9. Assalamualaikum Doc,

    Saya telah membuat rawatan kesuburan dan doktor tersebut memberitahu saya adalah penghidap PCOS kerana saiz telur yang tak matang. Sebelum diberi clomid. Saiz telur saya sebanyak 10mm dan Ujian darah progestrone adalah 33.1

    Namun, selepas pengambilan clomid 50mg untuk kitaran pertama, ujian darah saya turun 15.1 dan saiz telur membesar 2mm menjadikan 12mm

    Dan kitaran kedua, doktor tersebut telah menambah dos clomid sebanyak 100mg, ujian darah semakin menurun 0.4 dan saiz telur membesar menjadi 16mm. Semasa tvs dijalankan juga, doktor tersebut telah memaklumkan dinding rahim saya menipis.

    Apakah penyebab dan apa rawatan seterusnya yang perlu saya lakukan bersesuaian dengan kes saya ini? Sekian, terima kasih

  10. salam Ramadhan Dr,

    saya telah disahkan menghidap PCOS . Sepanjang saya menjalani proses untuk kesuburan dimana saya telah diberi makan clomiphene sebanyak 5 cycles dan normally bd then tidak Berjaya. Sepanjang saya makan sebanyak 5 cycles (50mg- 1biji) itu apabila saya diperiksa saiz telur saya dalam lingkungan 17-24 mm. Dr yang merawat saya pun telah berikan suntikan HcG untuk memecahkan telur untuk saya suami isteri bersama secara normal. Namun gagal, kemudian pada awal tahun 2017 saya dan suami telah membuat IUI di hospital Kerajaan di Ipoh, Dr pakar memberikan saya makan clomiphen selepas haid kedua sehingga habis enam hari sebanyak 2biji clomiphene iaitu 100mg setiap hari, Alhamdulillah telur kiri dan kanan besar dari sekitar 22-26mm. Sehari sebelum kami buat IUI, saya disuntik dengan HcG sekali lagi dan esoknya kami ke hospital jalani IUI.

    Untuk makluman Dr, semasa pemeriksaan kali ke-2 (cycle kedua)saya pujuk suami untuk pemeriksaan sperma, dan hasil keputusan menyatakan hanya 39% saja kandungan sperma suami saya yang aktif dan normal.

    Soalan saya ialah, adakah sperma suami dengan kandungan 39% aktif dan normal itu mengurangkan peluang saya untuk hamil?

    adakah pesakit PCOS yang tidak menjalani sebarang rawatan, maka telur (ovum)tak pernah dihasilkan atau ovum terhasil tetapi saya tidak tahu bila waktu saya subur?

    saya amat berharap Dr Natasha membantu jawab persoalan saya . terima kasih.

Leave a Reply