Kenapakah kos IVF mahal?

Kebanyakan pasangan yang menghadapi masalah kesuburan berpendapat bahawa rawatan IVF adalah mahal. Ini menyebabkan ramai antara pasangan yang tidak mampu membiayai harga kos IVF.  Tambahan pula, rawatan IVF juga bukanlah 100% yang akan berjaya. Ini menyebabkan ramai pasangan yang terpaksa menolak rawatan IVF, walaupun pada hakikatnya rawatan inilah yang akan memberikan mereka peluang yang terbaik untuk menjadi ibu dan bapa.

Secara amnya, kos IVF di mana-mana hospital atau pusat fertiliti adalah mahal. Secara puratanya harga keseluruhan IVF adalah dalam anggaran RM5,000 – RM20,000. Ini menyebabkan setengah-tengah pasangan tidak mampu untuk melakukan rawatan tersebut dan terpaksa mengumpul duit terlebih dahulu. Kadang-kala mereka mengambil masa yang agak lama untuk mengumpulkan wang tersebut. Tanpa disedari, semakin lama umur pasangan wanita itu juga akan meningkat. Umur wanita adalah salah satu faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan rawatan IVF.   Di samping itu, duit untuk rawatan kesuburan perlu dikaut dari poket sendiri dan tidak dapat di’claim’ dari insurans kesihatan ataupun menggunakan ‘guarantee letter’ bagi yang bekerja dengan kerajaan. Buat masa ini, duit EPF juga tidak boleh digunakan untuk membayar kos perbelanjaan untuk rawatan kesuburan.

 

Kenapakah kos IVF mahal?

a) Kos ubat-ubatan yang terlibat di dalam rawatan IVF

  • Ubat-ubatan yang digunakan unyuk meransangkan telur adalah dalam bentuk suntikan yang perlu diberikan setiap hari. Kebanyakan adalah sensitif kepada haba dan tidak tahan lama.
  • Ubat-ubatan ini adalah diimpot dari luar negara
  • Ubat-ubatan juga diperlukan selepas ’embrio transfer’ untuk menguatkan rahim
logo-ivfku

b) Rawatan IVF memerlukan pemantauan yang teliti semasa rangsangan telur dan prosedur-prosedur perlu dilakukan 

  • Imbasan scan kerap perlu dilakukan untuk memantau pembentukan folikel-folikel di dalam telur
  • Suntikan ubat-ubatan ubat rangsangan oleh jururawat kadang-kala perlu dibuat
  • Prosedur pengambilan telur dilakukan di dalam dewan bedah dan kadang kala memerlukan bantu pakar bius
  • Prosedur pemindahan telur

c) Kos Makmal IVF

  • Peralatan yang diperlukan di dalam makmal IVF adalah penting bagi memastikan embrio yang terhasil berkualiti tinggi. Ini memerlukan teknologi yang canggih dan mahal.
  • Peralatan yang kerap digunakan juga adalah ‘pakai buang’ bagi setiap pesakit untuk memastikan tiada kontaminasi berlaku.
  • Bahan media yang diperlukan adalah diimport dan tidak tahan lama.
  • Pembekuan embrio juga memerlukan penyelenggaraan makmal yang ketat

d) Kepakaran dari pakar perubatan dan embriologis

  • Kepakaran dan pengalaman khusus dalam bidang kesuburan diperlukan dan ini mengambil masa yang panjang dan kos yang tinggi
  • Pelaburan tenaga sumber manusia penting bagi memastikan kadar kejayaan sesuatu pusat fertiliti sentiasa berada di tahap yang tinggi

APAKAH PENDAPAT PEMBACA TENTANG HARGA IVF YANG BERPATUTAN?

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Posted on May 28, 2014, in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. 8 Comments.

  1. Good information …Doa yg diberikan lain dr blog yang pernah saya baca. Timekasih Dr.Natasha

  2. salam doktor,
    saya mengalami revoted uterus dan insyaAllah ingin melakukan rawatan ivf,adakah saya perlu membetulkan kedudukan rahim terlebih dahulu sebelum menjalani ivf?adakan kedudukan rahim terbalik ini akan mempengaruhi kejayaan/kegagalan ivf?
    minta jasa baik kepakaran doktor

    terima kasih

    • Wsalam Farrah,

      Pembedahan untuk membaiki rahim tersebut tidak perlu untuk meningkatkan kejayaan IVF kerana 1. Tidak ada bukti yang sahih menunjukkan pembetulan rahim tersebut boleh meningkatkan kejayaaan IVF 2. Ia memerlukan operation 3. Rahim terbalik mungkin masih akan terbalik despite the operation which Ive seen in a few patients who have done the operation.

      Sekiranya terdapat difficulty in performing embryo transfer disebabkan kedudukan rahim tersebut, beberapa langkah boleh dilakukan oleh your IVF doctor treating you.

  3. Salam doktor Tasha,
    Saya mengalami masalah Low hormon progesteron, HSG result normal, period saya regular tetapi saya mengalami berat badan berlebihan.
    tinggi : 150 cm
    berat 95 kg

    Adakah saya boleh mengandung dengan kaedah IVF?

    Sekian, terima kasih,

    • Wsalam Sue,

      Sekiranya begitu Dr Tasha amat syorkan Sue menurunkan berat badan secepat mungkin SEBELUM memulakan rawatan IVF. Ini adalah agar kadar kejayaan IVF tersebut lebih tinggi dan menurunkan komplikasi semasa hamil disebabkan berat badan berlebihan seperti darah tinggi dan kencing manis. Jika ingin membuat rawatan IVF di bawah jagaan Dr Tasha, sila call KL Fertility Centre di 0320933500 ya.

  4. Salam doktor,
    Saya baru menjalani ujian HSG bulan lepas. keputusannye doc kate saluran tiub fallopio sy mcm sempit. Utk lebih puas hati…doc minta sy buat semula ujian HSG utk confirmkan betul2 status tiub fallopio sy. Adakah kaedah lain yg membantu membuka semula saluran tiub tu?

    • Wsalam Azua,

      Unfortunately, apabila sudah block saluran Fallopio memang agar sukar untuk diperbaiki. Kadang-kala ada pesakit yang akan disyorkan untuk melakukan pembedahan untuk memperbaiki tiub tersebut. Akan tetapi, kajian telah membuktikan peluang untuk hamil selepas pembedahan tersebut adalah hanya 10-15% berbanding dengan rawatan IVF yang akan memberikan kejayaan lebih tinggi tanpa perlu melakukan pembedahan major. Oleh itu berbincang dengan lebih mendalam dengan doktor yang merawati agar dapat memilih rawtan yang lebih bersesuaian.

Leave a reply to drnatashanor Cancel reply