Penggunaan metformin untuk pesakit PCOS

1. Apakah metformin?

Metformin atau pun nama brandnya ialah Glucophage adalah sejenis ubat yang kerap digunakan untuk pesakit kencing manis Type 2 yang mempunyai paras gula darah yang tinggi disebabkan badannya ‘resistant’ kepada insulin. Insulin adalah sejenis hormon yang berfungsi untuk mengawal paras gula di dalam darah.

Dengan penggunaan metformin, ia tidak bertindak dengan meningkatkan paras hormon insulin tetapi sebaliknya menyebabkan sel-sel di dalam badan lebih sensitif kepada insulin. Di samping itu, ia mengurangkan penghasilan gula dari hati, memperlahankan penyerapan gula dari usus dan meningkatkan penyerapan gula oleh sel-sel di dalam badan.

2. Bagaimanakah metformin boleh membantu wanita yang menghidapi PCOS?

Kajian saintifik kini telah menunjukkan yang penggunaan Metformin juga mungkin boleh membantu pesakit yang menghidapi PCOS dengan mengimbangi hormon-hormon di dalam badan mereka. Ia mengurangkan ‘resistance’ kepada hormon insulin, merendahkan hormon androgen berlebihan dan paras kolesterol di dalam badan.

3. Adakah semua pesakit PCOS perlu memakan metformin?

Ini terpulang kepada simptom-simptom apa yang hendak diubati bagi pesakit PCOS. Tidak semua pesakit PCOS perlu memakan metformin.

a) Haid tidak teratur.

Kajian telah menunjukkan yang metformin boleh membantu menjadikan haid teratur dalam 50% wanita PCOS. (1) Akan tetapi ia mungkin mengambil masa sehingga 6 bulan. Haid teratur ini penting terutamanya untuk wanita yang ingin hamil. Bagi wanita yang tidak ingin hamil tetapi mahukan haid yang teratur pula, rawatan yang lebih sesuai bagi mereka adalah dengan memakan pil perancang (combined oral contraceptive pill)

b) Ketumbuhan bulu-bulu berlebihan (‘Hirsutism’)

Kajian(2) telah menunjukkan yang metformin tidak berkesan untuk mengubati simptom ‘hirsutism’ ini.

c) Ovulasi

Bagi wanita PCOS yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Pengurangan berat badan adalah rawatan pertama yang pertama yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Clomid adalah lebih efektif untuk meningkatkan peluang untuk mengandung. Bagi yang ‘clomid-resistant’, penambahan metformin mungkin dapat meningkatkan peratus wanita yang akan ovulasi.

d) Risiko OHSS

Kajian telah membuktikan yang penggunaan metformin sebelum dan semasa rawatan IVF dapat mengurangkan risiko OHSS. (3)

e) Berat badan berlebihan

Lebih kurang 50% wanita yang menghidapi PCOS mempunyai berat badan yang berlebihan. Kajian telah menunjukkan yang metformin boleh bantu membantu pengurangan berat badan yang berlebihan dengan selamat. (4) Metformin mungkin bertindak sebagai ‘appetite suppresant’.

f) Pencegahan Diabetes

Setengah-tengah pesakit PCOS mempunyai abnormaliti semasa menjalani ujian Glucose Tolerance Test (‘Impaired Glucose Tolerance’) American Diabetes Association sekarang mensarankan rawatan metformin bagi mereka yang mempunyai ‘impaired fasting glucose’ ataupun ‘Impaired glucose tolerance’ bagi tujuan mengurangkan risiko mendapat Diabetes terutamanya bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

5. Apakah kesan sampingan atau ‘side-effects’ metformin?

Kesan sampingan yang biasa adalah cirit-birit, sakit perut, rasa loya dan muntah. Untuk mengurangkan kesan sampingan ini, Dr Tasha sarankan mengambil metformin XR (iaitu extended release) pada waktu malam. Ambil dos 500mg terlebih dahulu dengan makanan dan perlahan-lahan jika perlu baru naikkan dose. Maximum dos adalah 2gm sehari.

6. Perlukah saya berhenti memakan metformin selepas mengandung?

Walaupun terdapat kekhuatiran memakan metformin selepas ujian positif untuk kehamilan. Sekiranya terdapat wanita yang termakan metformin semasa trimester pertama kehamilannya, ada kajian yang telah menunjukkan tiada risiko abnormaliti pada kandungannya. (5)

Di samping itu, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kebarangkalian metformin dapat mengurangkan risiko keguguran atau kencing manis (‘Gestational diabetes’). Akan tetapi, buat masa sekarang tiada bukti kajian yang kukuh buat masa ini untuk menyokong penggunaan metformin bagi tujuan tersebut. Sekiranya puan sudah hamil, hendaklah berbincang dengan doktor masing-masing yang merawati untuk mendapatkan nasihat mengenai penggunaan metformin.

Kajian-kajian saintifik masih berterusan dijalankan untuk mengkaji keberkesanan metformin untuk pesakit PCOS. Banyak persoalan yang belum terjawab dan mungkin akan terungkai pada masa yang akan datang.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Rujukan:

1. Moghetti P, Castello R, Negri C et al. Metformin effects on clinical features, endocrine and metabolic profiles, and insulin sensitivity in polycystic ovary syndrome: a randomized, double-blind, placebo-controlled 6-month trial, followed by open, long-term clinical evaluation. J Clin Endocrinol Metab. 2000;85(1):139.

2. Morin-Papunen LC, Vauhkonen I, Koivunen RM et al. Endocrine and metabolic effects of metformin versus ethinyl estradiol-cyproterone acetate in obese women with polycystic ovary syndrome: a randomized study. J Clin Endocrinol Metab. 2000;85(9):3161.

3. Palomba S, Falbo A, La Sala GB. Effects of metformin in women with polycystic ovary syndrome treated with gonadotrophins for in vitro fertilisation and intracytoplasmic sperm injection cycles: a systematic review and meta-analysis of randomised controlled trials. BJOG. 2013;120(3):267.

4. Gokcel A, Gumurdulu Y, Karakose H et al.  Evaluation of the safety and efficacy of sibutramine, orlistat and metformin in the treatment of obesity. Diabetes Obes Metab. 2002;4(1):49.

5. Gilbert C, Valois M, Koren G. Pregnancy outcome after first-trimester exposure to metformin: a meta-analysis. Fertil Steril. 2006;86(3):658.

Posted on May 19, 2014, in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink. 36 Comments.

  1. Salam…sy disahkan mngalami mslah hormon oleh beberapa doc swasta n krajaan slpas melalui pelbgai test..blum prnah consume metformin dan willing to try now,bila waktu sesuai utk sy cuba mkn?adakah caranye sama sprti pnggunaan clomid which is consume during period?

    • Wsalam Wanie,

      Penggunaan metformin bukanlah untuk semua pesakit PCOS dan adalah lebih baik sekiranya dipantau oleh doktor yang merawati. Sekiranya ingin mendapatkan rawatan di bawah jagaan Dr Tasha sila call KL Fertility Centre / PUSRAWI ya.

  2. Trima kasih tp sy di kuantan..sy da buat hsg test,doc gtau rahim normal n alhamdulillah xde mslh len..husband pun ok.3hosptal brbeza sy buat treatment fertility n doc gtau mslah sy,telur xmatang.doc suggests iui tp percentage rndah so sy nk try cara len dlu..da consume clomid utk beberapa cycle,provera tp xbrkesan.tlur xckup besar..da mcm2 try,brurut,mkn buah zuriat,rebusan kcang hjau,shaklee,biodex,3x lalui proses fertility kt swasta n kerajaan..da 4thun mungkin blum rzki sy tp sy xnk henti brusaha n sy brhrap masih ade cara yg sy blh cuba.

  3. salam dr..sy telah membuat pemeriksaan kesuburan di sebuah specialist di Johor Bahru.Dia bagi saya ubat metformin..sy telah consume ubat tersebut selama 5 hari tp sepanjang tempoh itu sy rasa mcm pening2, bdn seram sejuk dan terus demam. Selain itu, ada jgak sakit tekak, batuk dan kahak yg banyak.adakah ini normal? sy dh telefon klinik brkenaan dan nurse di situ suruh sy stop dulu pengambilan metformin sehingga sy baik demam dan try consume semula selepas itu.. boleh sy tau x apakah sebab2 yg mnyebabkan terjadi mcmtu pd sy..atau adakah ubat tersebut x sesuai utk badan sy?mohon pencerahan dari dr..terima kasih.

    • Wsalam Nurul,

      Lain pesakit akan mempunyai kesan sampingan yang berlainan. Selalunya ubat Metformin akan menyebabkan perut tidak sedap dan cirit-birit. Oleh itu, berlainan pula kesan sampingan pada Nurul. Tetapi, lebih baik jika rujuk semula kepada doktor yang merawati ya Nurul.

  4. terima kasih atas jwpn dr..alhamdulilah lepas demam sy sembuh sy dah disahkan mengandung 5 minggu..kiranya simptom2 yg di atas tu dh terjawab kn..hehe..tetapi sebaik sahaja sy disahkan mengandung, sy telah stop consume metformin ni dan akhirnya sy telah alami keguguran pada kandungan sy berusia 2 bulan..adakah disebabkan sy stop mkn metformin tersebut sy keguguran? untuk pengetahuan dr, sekarang ni sy telah kembali consume metformin utk pregnant..tp stil berdoa dan berserah pd rezeki Allah S.W.T

  5. As salam Nurul,

    Teruskan usaha. In SHa Allah akan hamil semula. Continue folic acid, multivitamin dan metformin. Sekiranya rasa hamil, buatlah ujian untuk menentukan status secepat mungkin dan rujuk kembali doktor.

  6. Nurul Sharliena Anuar

    Salam Dr tasha..sy telah buat pemeriksaan rahim dan ovari sy di pusrawi bersama Dr noor fidak..sy telah disahkan mengalami PCOS di kedua-dua ovari. Dr Noorfidak memberi sy clomid utk dimakan di hari kedua period. Apakah saranan Dr tasha? Sy die beritahu oleh Dr noor fidak utk menjalankan rawatan bersama dr tasha.. Berapa kah kos utk rawatan tersebut? Sy dan suami telah berbincang untuk membuat temu janji bersama dr tasha setelah period pertama..

  7. Assalam doktor….
    sy juga mengalami PCOS sejak zaman bangku sekolah lagi. skrg umur dah 29tahun dan baru berkahwin 2 tahun. tahun lepas selama 9bulan sy tak period. sy tepaksa ambil ubat norcolut untuk period.. doktor di klinik ada juga beri metformin.. tp kepala sy pening..sakit spt migrain. saya dah tak ambil lagi metformin sbb tak tertahan menanggung sakit kepala.
    berat badan dan BMI sy berlebihan sikit. tinggi 170 dan berat skrg 75kg..BMI sekitar 25.95. dalam proses nak menurunkan dalam 5kg lagi. sy amalkan asid folic dan meminum madu setiap malam sebelum tidur.
    boleh tak doktor natasha bantu sy. apa yg perlu sy buat? sy buntu.

    • Wsalam ayu,
      Jika mahu, datanglah berjumpa dengan Dr Tasha di KL Fertility Centre untuk membuat pemeriksaan kesuburan dan seterusnya rawatan kesuburan yang bersesuaian memandangkan sudahpun 2 tahun berkahwin.

      • Nurul Sharliena Anuar

        Salam Dr Tasha, Saya ingin bertanya kepada Dr, dari tarikh sy berjumpa Dr noor fidak sampai ke hari ni sy tidak lg period. Boleh kah sy mengambil ubat progyluton utk sy period semula? Sbbnye Dr noor fidak memberi sy ubat clomid utk dimakan setelah period hari ke2 dan bila hari pertama period terus buat temujanji bersama Dr natasha utk pemantauan kemantangan telur. Terima kasih. Sharliena.

        Sent from Yahoo Mail on Android

  8. Assalam dr Tasha..
    Saya nak tanya boleh atau tidak prosedur hysteroscopy dilakukan semasa haid.( haid yang dah berkurangan)

  9. Nur Syahira Ahmad Roslin

    Salam…saya belum berkahwin..umur 20..dan disahkan hidap pcos…alhamdulilliah kolestrol,drh tggi,kncng mnis xde…buah pinggang ok..so kalu sy nak amik metformin bole x…sbb sy obes..

    • Wsalam Nur Syahira,

      Adalah lebih baik jika Nur mengambil metformin di bawah pengawasan doktor. Hendaklah juga membuat ujian bagi menguji paras hormon insulin. Hanya jika tinggi, metformin mungkin boleh di makan ya. Di samping itu, diet dan exercise masih perlu juga dibuat.

  10. Assalamualaikum doctor..sy dari johor Bahru…doctor sy bru je dpt ubat ni..sy mgalami pening macam nak pitam loya cirit birit muntah badan letih lesu ..sakit dada..adakah ni mmg kesan nya..terima kasih atas maklum balas.

    • Wsalam Anim

      Different pesakit react differently. Cirit-birit adalah salah satu side effects Metformin. Berapakan dos yang diambil dan adakah Anim mengambil Metformin biasa ataupun Metformin XR yang mempunyai better side effects profile?

  11. Salam dr tasha, sy ada dibekalkan metformin selepas mengalami keguguran bulan lepas. Sekarang masih lagi consume metformin ni. Baru² ni sy ada buat test upt dan keluar faint +ve. Period belum muncul dan lewat sehari. Adakah disebabkan pengambilan metformin menyebabkan period lewat dan false +ve? Mohon pencerahan drpd Dr..terima kasih..

    • Wsalam Hass,

      Very unlikely the metformin has cause your UPT to be false +ve. Pergilah check dengan Doktor berhampiran untuk mengesahkan kehamilan. Diharapkan ada berita gembira menanti Hass. Please continue your folic acid and maybe if want Duphaston untuk kuatkan rahim.

  12. Assalamuailaikum Dr. Saya sedang menjalani rawatan kesuburan di hospital kerajaan. Sepatutnya sy akan buat IUI tp lps buat TVS Dr sah kan sy adah PCOS. Jadi dibekalkan dgn dianne35 utk 3 cycle dan ubt metformin. mslhnya bila sy mkn metformin sy akan pening, loya dan cirit birit. adakah ok jika sy stop mkn metformin. Untuk pengetahuan Dr. berat sy adalah 50kg dan tinggi 161cm. Mohon saranan doc mengenai perkara ini. TK

    • Wsalam Siti,

      Hendaklah rujuk semula kepada doktor yang merawati Siti. Mungkin boleh initially reduce kan dos Metformin tersebut. Side effects memang selalu akan berlaku mula-mula but it gets better later on. Berat Siti, bersesuaian dengan ketinggian. Bertanyalah kepada Doktor sama ada memang perlu ataupun tidak Metformin sebelum stop sendiri ya.

    • terima kasih atas saranan doc… Selamat menjalani ibadah puasa 🙂

  13. Salam doc..sy lila dr mlk..apa saranan doc utk sy yg mengidap pcos.sy sudah mempunyai 2 org dan tidak berhajat lg utk tmbh anak tetapi apa cara utk sy merawat pcos dr trs membesar.berat sy 80kg,tggi 159cm.perlu ke sy mengambil perancang spt metformin@apa supliment lain?sy mempunyai byk simpton spt tumbuh bulu halus dan jerawat.

    • Wsalam Lila,

      PCOS TIDAK akan membuatkan pesakit yang mengalami mempunyai cyst ya yang membesar dan perlu dibedah ya Lila. Jika begitu permasalahan Lila, terdapat beberapa cara antaranya ialah rawatan membuang bulu dan jerawat serta pemberian pil perancang untuk mengawal hormon. Pergilah berjumpa dengan doktor berhampiran untuk mendapatkan nasihat serta pemantauan rawatan yang diperlukan ya.

  14. Slm doc dos 500mg bolh ke utk pcos

    • Wsalam Norhanis,

      Ini bergantung kepada keputusan ujian darah fasting insulin / fasting blood sugar puan untuk mengetahui dosage yang bersesuaian. Sila rujuk kepada doktor yang merawati untuk mendapatkan dos bersesuaian untuk Hanis ya

  15. Salam dr,tasha baru2 nie i rasa sakit sgt dibhgn bwh peut and smpai ke punggung so i refer ke klinik swasta and mereka on kan sy metformin 500mg,and dorg jga ade mmbuat scan dan lihat rahim sy sdg mmbuahkn sel2 telur.. Adakah ubat nie mmbantu sy utk pregnant? Tq doc 🙂

    • Wsalam Iema,

      Metformin adalah hanya salah satu cara yang mungkin boleh membantu Iema hamil. Di samping itu, hendaklah rujuk kepada pakar yang merawati untuk melihat apakah rwatan kesuburan yang bersesuaian dengan Iema agar cepat hamil.

      • Salam doctor.
        Saya farr dari perak . Sy ade PCOS .doctor ada saran sy turunkan berat badan dlu. Tp sy sukar sgt nak kawal selera makan. Boleh ke sy makan ubat ni. Dan boleh ke ubt di didapati di farmasi? Dh hmpir stahun kawen tp blum lg lekat. Sy juga ada thyroid. Mohon bantuan

      • Wsalam Farah,
        Jikalau begitu, hendaklah disamping mengawal diet, membuat senaman agar berat badan dapat turun dengan lebih cepat. Usahlah mengambil metformin tanpa mendapat pengawasan dari seorang doktor ya Farah.

  16. Salam doctor…Saya Adira…Saya baru lepas keguguran pada bulan February yang lepas. Sejak itu saya tidak period dan kemudian disahkan ade PCOS oleh doktr di hospital kerajaan. saya diberi ubat Ravimed Medroxyprogesterone Acetate USP 5mg untuk keluarkan period. Namun period tetap tidak hadir. Saya juga sedang berusaha untuk turunkan berat badan. minta saranan dari doktor.

  17. Salam doctor.

    Sy consumed metformin 500mg 2kali sehari dan menyusu badan. Ada effect ke UTK Baby? Bgmna kalau dose di naikkan? Su ada GDM ketika hamil anak ketiga.. now dh 4.5bulan. tp Sy teruskan juga mkn metformin UTK elak risiko kencing manis dan kawal berat bdn.

    Your advice pls. Tq

    • Wsalam Akmar,

      Seelok-elok ujian MGTT hendaklah diperiksa untuk memastikan status Akmar samada ada masalah kencing manis ataupun tidak selepas 6 minggu bersalin. Sila bertanyakan doktor Akmar sendiri mengenai permasalahan tersebut dan dos yang bersesuaian yang perlu diambil. Pengambilan MTF tidak mempunyai masalah semasa breast feeding.

      • Terima kasih doktor di atas penjelasan. Jadinya metformin tidak bahayakan Baby menyusu walaupun dos nya 4x 500mg sehari yer doctor?

Leave a Reply