Tahniah! Anda hamil 6 minggu. Apakah kadar degupan jantung bayi anda?

Tahniah Dr Tasha ucapkan bagi pasangan yang sudah disahkan hamil. Bagi pasangan yang sudah lama menanti kehadiran zuriat, sudah tentu gembira tidak terkata dan tidak sabar lagi untuk mengetahui informasi lanjut mengenai bayi dalam kandungan anda. Dr Tasha doakan agar semuanya selamat sehingga bayi dalam kandungan dilahirkan.

Mengesahkan kehamilan

Terdapat beberapa cara untuk mengesahkan kehamilan selain dari mengambil ‘urine pregnancy test’ (UPT) di rumah. Di samping itu, adalah lebih baik untuk mengesahkan kehamilan dengan membuat imbasan scan pelvis. Imbasan scan ini paling awal boleh dilakukan ialah pada minggu kelima kehamilan. Itupun kadang-kala memerlukan scan itu dilakukan melalui faraj. Oleh itu, scan selalunya dibuat pada minggu keenam kehamilan.

Selepas rawatan IVF

Bagi wanita yang hamil setelah menjalani rawatan IVF pula, selalunya darah untuk menguji hormon kehamilan yang bernama B-HCG akan diambil 2 minggu setelah pemindahan embrio dilakukan sekiranya haid anda masih tidak datang. Akan tetapi, bagi wanita yang disarankan untuk mengambil ubat-ubatan suntikan seperti Ovidrel dan Pregnyl oleh doktor mereka untuk menguatkan rahim pula, tidak disarankan untuk mengambil ujian B-HCG tersebut kerana ubatan tersebut juga mengandungi HCG yang boleh menyebabkan keputusan ujian kehamilan ‘false positive’. Mereka terpaksa menunggu sebulan selepas pemindahan embrio untuk membuat imbasan scan pelvis sekiranya haid mereka tidak berlaku. Penantian itu suatu penyeksaan bukan? Tapi Dr Tasha harap agar mereka menunggu dengan sabar semasa the ‘2 week wait’. Selalunya keputusan darah B-HCG akan diberikan melalui telefon.

Imbasan scan pelvis semasa minggu ke-6 kehamilan

Kalau boleh Dr Tasha menasihatkan agar mereka yang dijadualkan untuk membuat imbasan scan minggu ke-6 kehamilan untuk memastikah agar pundi kencing mereka penuh agar scan dapat dibuat dengan mudah. Pada minggu ini selalunya pasangan tersebut dapat melihat kantung kecil di dalam rahim mereka dan juga bayi mereka (‘Fetal echo’). Ukuran bayi akan diberikan dalam bentuk ‘Crown-Rump Length’ (CRL).  CRL juga dapat memberikan tarikh due of delivery (‘Estimated date of delivery’) anda. Jika baby kelihatan, besar kemungkinan juga jantungnya dapat dilihat dan didengari. Kalau boleh dapatkan satu salinan imbasan scan ini dari doktor anda untuk rujukan pada masa hadapan.

Kadar degupan jantung bayi anda pada minggu ke-6 kehamilan

Jantung bayi akan mula berdegup 3 minggu selepas persenyawaan. Akan tetapi degupan jantung bayi selalunya hanya dapat dilihat pada minggu ke-6 kehamilan.

Pada minggu ke 6 : 100 -120 denyutan seminit. Kadar denyutan ini seterusnya akan meningkat 2-3 minggu kemudian.

Pada minggu ke 9 – 10 : 170 denyutan seminit.  Kadar denyutan ini kemudiannya akan menurun perlahan-lahan pada minggu keseterusnya.

Pada minggu ke 14 : 150 denyutan seminit

Pada minggu ke 20: 140 denyutan seminit

Bila bayi cukup bulan: 130 denyutan seminit

Kadang-kala jantung bayi akan dipantau sepanjang waktu kehamilan, purata kadar denyutan bayi yang normal ialah 110 – 160 denyutan seminit.

Untuk membaca informasi selanjutnya mengenai kehamilan. KLIK DI SINI.

Bagi bakal-bakal ibu yang menganut agama Islam yang ingin mendapatkan doa-doa mustajab untuk diamalkan. Bolehlah download applikasi android untuk mobil phone anda:

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.aspire.doaibuhamil

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Posted on July 1, 2014, in Uncategorized and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. 322 Comments.

  1. Wsalam Norma,

    Yes it is normal terutamanya sekiranya ini kandungan pertama. Setengah2 ibu hanya merasakan pergerakan bayi yang dikenali sebagai ‘fetal quickening’ pada minggu 18-20 minggu. Lebih elok sekiranya Norma melakukan ultrasound bagi mendapatkan kepastian mengenai pembesaran bayi sekurang2nya 1 bulan sekali sehingga 28 minggu. Jantung bayi juga boleh dilihat. Lebih lagi jika degupan jantung tidak dapat dikesan oleh jururawat.

    Untuk membaca dengan lebih lanjut:
    http://americanpregnancy.org/while-pregnant/first-fetal-movement/

  2. Hi name saya carrie….last wed i g check up,bila doc scan bb x nampak denyutan jantung…masa tu doc ckp i dah 8 minggu..i x ingat bila last period i… xde bleeding…doc suruh dtg lps 2 minggu..nak tanya, klau lps 2minggu boleh nampak x denyutan jantung bb?

    • Hello Carrie,

      Sorry to hear that the pregnancy is not going as well. Sekiranya saiz baby sudahpun 8 minggu tetapi masih tidak kelihatan jantung. Most likely diagnosisnya ialah missed miscarriage. Sekiranya same findings in 2 weeks, berbincanglah dengan doktor tersebut mengenai rawatan seterusnya yang bersesuaian.

      • Salam Dr,sy dishkan hamil 6minggu dan mengalami bleeding, tp xsebnyak darah period tp colournya seakan period…smlm sy ad pg hospital utk scan dan dr ada masokkan alat scan dr bwh bkn scan atas perot…& Dr. ckp masih belum nmpk jantung…Dr.bg appoinmnt utk sy dtg lg 2mnggu…bnd ni buat sy agak resah n berpikir2….mcm mne ye Dr.adakah normal 6mnggu masih belum ad jantung…

      • As salam Dila,

        It depends, 2 possibility either mungkin mengalami keguguran ataupun tarikh haid salah. Sekiranya besar kantung ie Gestation sac (GS) yang telah diukur oleh doktor tempoh hari >20mm dan bayi masih tidak kelihatan, besar kemungkinan keguguran adalah diagnosis. Also jika ukur bayi ie CRL >10mm tetapi masih tidak nampak jantun bayi, keguguran juga most likely the diagnosis. Sekiranya bacaan tersebut semua lebih kecil, tunggulah 2 minggu. Ubat duphaston juga boleh diberikan untuk menguatkan rahim. It is not 100% it will avoid miscarriage, but jika mahu boleh diambil kerana Dila sekarang mengalami threatened miscarriage.

    • Salam…mf sy ingin bertanya…sy upt positif hamil…bile scan kosong…dokter bg tarikh dua minggu lg…dan disini sy nk tnya…adkh kndungan sy msh awl ataupom mmg xde…setelah dua minggu nanti adkh sy akn dpt berita yg baik2..

      • Wsalam Haniey,

        Ini bergantung kepada umur kehamilan Haniey. Sekiranya sudahpun 6 minggu kehamilan selalunya kantung sudahpun boleh dilihat dalam rahim terutamanya melalui imbasan scan melalui faraj. Diharapkan Haniey akan mendapatkan berita baik tidak lama lagi.

  3. Umi kalsom saat

    Sy pnh mgalami molar prnncy..tp bln 3 hr tu sy ada jalani rawatan kesuburan dgn doc natsya alhmdulilh report sy smu ok..
    Skrg dic sy hamil 6 minggu.
    Jd report sy yg terkini itu tnda ye smu baik kn.. Sy msh nlm scan..

    • Wsalam Umi,

      Alhamdulillah dan Tahniah Umi. Memandangkan Umi mempunyai sejarah molar, adalah lebih baik jika Umi mendapatkan imbasan scan untuk mengetahui status kandungan kali ini.

  4. assalamualaikum,
    sy sangka sy period, tp lps 14 hr period x henti, sy cek mengandung dan sy positif mengandung 6 minggu. 1st scan xnampak janin, tp kantung ada (kantung 0) sy masih bleding dan genap sebulan. doc ada bg ubat kuat rahim, skrg sy mengalami sakit perut dan pinggang berpanjangan. ini tanda keguguran ke? sy risau dan susah hati. ape yg perlu sy buat skrg..

  5. salam doc, sy aisyah.. 1st day last period sy is 30/6.. dan sepatutnya next period is on 10/8.. tp pada 29/7 sy remove iucd. doc ada scan sebelum remove iucd dan rahim sy kosong. disebabkan pada 10/8 sy x period sy buat UPT pada 14/8. result positive. pada 16/8 sy sakit perut lower right abdomen. doc suspect appendix or extopic. sy warded di GH satu hari dan doc buat vaginal scan. alhamdulillah kandungan dalam rahim. tp xtau lagi bper minggu sbb kecik sgt. 3 hari lpas discharge sy ada spotting dr 18/8-sekarang (23/8). doc ada bagi sy duphaston 10mg. next check up is on 25/8. adakah normal spotting pada awal kehamilan?

  6. terima kasih doc.. sy dh pegi klinik pakar o&g.. doc pon ada maklum psl threatened miscarriage.. alhamdulillah masa scan tu dh nmpk janin.. scan biasa bkn vagina scan.. doctor estimate usia kandungan 4 minggu. sy kne inject jgk sbb bleeding x berenti and kne naikan dose duphaston dr 3 biji sehari ke 6 biji sehari.. doakan agar semua selamat.. terima kasih..

  7. salanm doctor…sy aimi…sekarang saya keliru…last LMP sya adalah 28/07/2015..sy buat upt dh lebigh 10 kali dgn menggunakan jenama forsure di beli kat 7eleven mmg +ve..tp bila cek mengunakan upt2 brand lain -ve..last sy scan kat klinik private 4 minggu dh nmpak kantunf…hr ni sy pergi scan plak kantung dh besar tp janin lansung x nampak…sy pun keliru adakah saya ni hamil ataupun tidak? bilakah upt sesuai di buat..ikutkan perkiraan dh 2 minggu lewat…

    • Wsalam Aimi,

      The best way untuk tahu and confirm pregnancy is by blood BHCG and scan. UPT memang kadang2 memberikan keputusan false negatif. Sekiranya kantung (‘gestational sac’) melebihi saiz 20-25mm dan masih tidak nampak bayi di dalam dikhuatiri missed miscarriage. Ini semuanya boleh ditanyakan kepada doktor yang merawati untuk mendapatkan kepastian ya Aimi.

  8. As salam…
    Saya da buat IVF…selepas embrio transfer 2 minggu lepas Tue check darah untuk taw ngandung ke x..nurse CKP bacaan darah saya 7 je…sNgt2 lemah…nurse CKP saya consider mengandung…tpi lepas 1 minggu dtg balik ambik darah…masalah mcm nie boleh mengandung ke??? Tq

    • Wsalam Damia,

      Most likely this is a very low reading of BHCG. Selalunya boleh repeat within 48 hours untuk melihat trend bacaan BHCG. Diharapkan Damia cekal dan terus tabah jika kali ini IVF tidak berjaya.

  9. Assalammualaikum..maaf ni mgkin lari topik sikit..tp sy ada sejarah keguguran..punca sbb xnmpk jantung bby walaupun dah 8w..then after 6bulan..sy pregnant semula..dan sy sgt tkt ble nk g scan..sampai skrg bby dh nk masuk 6w..soalan sy..mcm ne nk ilangkan trauma sy..

  10. Salam…Dr..
    Saya nak tanya…sebelum ni saya pernah keguguran lebih kurang 3 bulan..selepas 6 bulan sy pregnant lagi..semasa sy bt scan pada minggu ke 8/9..masih belum ada heartbeat.Adakah normal atau sy akan mengalami keguguran lg..

    • Wsalam Anis,

      Perlu dapatkan kepastian dari doktor yang merawati. Selalunya jika saiz bayi sudahpun melebihi 10 mm ke atas, jantung sudah kelihatan. Ini selalunya pada minggu 6-7minggu kehamilan. JIka tidak besar kemungkinan, Anis mengalami keguguran lagi. Diharapkan cekal dan pergi check kenapa asyik keguguran.

  11. Dr,kalau tgk size janin tu ada perubahan..size masa sy check mggu ke 5/6..size 21mm…semasa sy scan mggu ke 8/9 sizenye 23.7mm..Adakah tumberasannya sahaja yang meningkat atau mmg dia still akan membesar walaupun tiada degupan jantung?

  12. Nk tyw,husband sy ad mn perut sy,dia trasa nadi bergerak,dn denyutan Itu laju,dn dia dengar perut sy sprti degupan jantung,ble sy bt test,xde ap pon.cme ad stu garis pekat,dn stu garis tu mmang Samar yg tramat.mengidam pn sdah mla dirasai,adakah sy hamil!blh BG thu skit.

    • As salam puan Leykanaz,

      Simptom dan apa yang diperhatikan oleh suami puan adalah agak luar biasa. Oleh tiu, adalah lebih baik jika membuat scan untuk membuat pengesahan kehamilan dengan lebih tepat ya.

  13. asSalam dr,
    Sy da hampir 3blan lebh tak period, bile sy bt upt d salah 1 klinik lah,tidak ada menandakan sy +ve, tetapi sy sering krem d sekitar bwah pusat, dn bila sy gosok2,tibe2 sy merasakan dnyuTan, apakah ini tandanya sy hamil? Atau mcm mana?

    • Wsalam Amani,

      Adalah lebih baik jika puan amani pergi berjumpa dengan doktor untuk membuat scan agar kehamilan dapat dilihat dengan jelas. Diharapkan semuanya berjalan dengan lancar.

  14. Assalam doc..saya berumur 38 tahun & dah buat upt test, keputusan double line & breast rasa berdenyut tapi ada keluar spotting colour coklat. Usia kandungn saya dlm 6 minggu. Adakah saya boleh bersalin secara normal dlm usia yg sebegini..memandangkan anak saya telah berumur 4 tahun.

    • Wsalam Puan,

      Sekiranya terdapat spotting coklat hendaklah berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan kehamilan dan statusnya. Jika jantung sudah kelihatan tetapi terdapat pendarahan, ubat duphaston untuk kuatkan rahim mungkin boleh diberikan. Usahlah berfikir jauh mengenai cara bersalin. Tumpukan perhatian terlebih dahulu untuk menjaga kehamilan pada peringkat ini. Nway, umur 38 tahun is still ok. Be positive!

  15. Assalam Dr, saya telah buat scan & disahkan mengandung 3 minggu..masalah saya ialah dr kata saya mungkin kencing manis berdasarkan pemeriksaan darah & air kencing yg dibuat. Adakah bahaya pada saya & kandungan sy memandangkn umur sy skang pun dh 38 thn. Bilakah baru boleh nampak bb..

    • Wsalam Maddy,

      Tahniah atas kehamilan Maddy. ? Adakah maddy sekarang hamil 7 minggu sebab tidak apa kehamilan 3 minggu. Sekiranya mempunyai kencing manis hendaklah mendapatkan rawatan samada hanya diet ataupun jika terlalu tinggi hendaklah menggunakan insulin bagi membantu mengawal paras gula dalam darah. Paling penting terutamanya pada peringkat awal kehamilan Maddy perlu menjaga paras gula dalam darah. Ikutlah nasihat doktor yang merawati Maddy ya.

      http://www.nhs.uk/conditions/pregnancy-and-baby/pages/diabetes-pregnant.aspx#close

      Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai diabetes semasa kehamilan bacalah article di atas ya

  16. As salam Dr,
    Menghentakkan dengan kuat menyebabkan keguguran tak? Saya sekarang mengandung 5/52.

    • Maksud saya menghentakkan kaki dengan kuat akan menyebabkan keguguran tak?

      • Wsalam Elli,

        Unless hentakan yang amat kuat sehingga pendarahan berlaku mungkin boleh mengancam keselamatan janin. Jika risau, pergilah scan pada minggu 6 atau 7 kehamilan untuk memastikan status kehamilan Elli ya.

  17. Salam doc..

    Alhamdulillah doc dh confirm yg sya pregnant..sya pya lmp 14/9 n d pregnancy shub be 5w+..doc scan ckp 5w..gs 10.31mm n kecil lgi..izzit normal utk 5w utk gs 10.31mm?sya risau utk dis pregnancy sbb bru lost baby due enencephaly ogos baru ni..TQVM

    • Wsalam Tia,

      Tahniah Tia! Pergilah buat scan dalam masa 1-2 minggu untuk confirmkan status kehamilan dengan melihat degupan jantung bayi tersebut. Di samping itu, membuat imbasan scan utk memastikan tiada anencephaly berulang lagi. Pastikan makan sekurang2 5mg folic acid untuk mengurangkan risiko tersebut. Seelok2nya ini dimakan 3 bulan sebulan hamil.

  18. Assalamualaikum doktor…
    saya bru sahaja disahkan mengandung 5 minggu..
    sebelum ni saya pernah keguguran… pada 23/12/2014

    untuk makluman doktor sekarang berat sy adalah 94 kg…
    dan sy telah ke klinik kesihatan untuk pengesahan kehamilan..
    apabila doktor mengambil bacaan BP.. bacaan nye tinggi..
    dan doktor di klinik kesihatan minta sy utk monitor bacaan bp 2 hari sekali bermula hari ini..
    sehingga tarikh rawatan seterusnya..
    jadi… sy ingin tau.. apakah cara nya untuk sy..
    mengawal tekanan darah. selain dari mengambil makanan seimbang?

    selain itu… sy juga tidak mengalami sebarang simptom kehamilan seperti loya2 yg teruk..
    . sy hanya rasa sakit di payudara… itupun tidak lama.. hanya sesekali dan tidak kuat..
    tetapi sy kerap buang air dan kadang2 sakit di perot..
    adakah ada tanda2 keguguran akan berlaku lagi? kerana kandungan sebelum ini… bila tanda2 hamil hilang.. sy gugur…

    saya belum melakukan scan lagi..mungkin terlalu awal…
    risau masih xnmpak kantung atau janin..
    adakah saya perlu ke klinik untuk scan?

    terima kasih doktor…

    sy hanya mampu berdoa..usaha dan tawakal.. moga kandungan kali ini membesar dengan baik..

    • Wsalam Fazreen,

      Tahniah! Mungkin adalah lebih baik jika Fazreen mendapatkan rawatan di hospital pakar memandangkan Fazreen mempunyai tekanan darah tinggi pada peringkat awal kehamilan dan berat badan yang berlebihan agar dapat dipantau dengan lebih rapi. Tidak semua wanita akan mempunyai simptom kehamilan. Ini langsung tidak ada korelasi dengan perkembangan bayi di dalam perut. Scan boleh di buat seawal 6 minggu kehamilan. Next week boleh scan tetapi mungkin perlu di buat melalui faraj agar lebih jelas lagi kelihatan.

      Diharapkan semuanya berjalan lancar untuk Fazreen.

  19. Salam doctor, saya confuse. Test upt 3 kali negative. Tp simptom pregnan spt kluar susu puting, sebu perut tu ade. Bila saya ke klinik, doctor scan dan sahkan pregnan tp msih baru. Saiz nya 0.31 cm. 4 hari kemudian saya test lagi upt masih negative. Ape pndangan doctor?

    • As salam Hani,

      Usahlah meneruskan mencelup ujian UPT tersebut kerana ianya mungkin tidak tepat. Ujian imbasan scan adalah lebih tepat. Sekiranya saiz baby adalah 10mm jantungnya selalunya dapat dilihat. Ini selalunya berlaku pada minggu 6-7 minggu. Pergilah memeriksa dengan doktor 1-2 minggu lagi untuk mengesahkan kehamilan dan melihat jantung bayi.

  20. Doc. Last date period saya 22 sept. Kalau ikut kiraan date saya pregnant 8 weeks. 1st scan saya buat 2 minggu lepas cuma nampak kantung saja dan doc ckp masih baru. Harini ada spotting keluar dan saya pegi check up. Scan masih lg cuma nampak kantung. Tiada baby. Tiada heartbeat. Huhu. Doc ckp xde perkembangan. Dia suggest d&c. Tp saya nak hold dulu. Dan dia kasi saya date lg 2 minggu utk dtg scan lagi. Apa pendapat doc dlm kes mcm ni? Tq

    • Wsalam Ernie,

      Jikalau begitu, most likely diagnosis Ernie ialah missed miscarriage. Options ialah conservative for maybe 2 weeks dan sekiranya masih tidak mengalami spontaneous bleeding / miscarriage, DD&C atau medical treatment for miscarriage. Berbincanglah dengan doktor yang merawati ya. Diharapkan Ernie bersabar menghadapi situasi ini. In Sha Allah adalah rezeki Ernie di masa terdekat ini.

  21. Salam dr..
    saya ade kemusykilan tentang usg yg sy buat…pd usia kndungan sy 7 minggu sy buat usg di swasta dan baby sy ada heartbeat 144..Adakah ia normal? Pada usia kndungan 10 mggu sy buat usg d kk tapi doc cakap cuma nampak kantung saja.. xde janin dalamnya… sdgkan di swasta jelas nampak janinnya

    • Wsalam Mimi,

      Kadang-kala ini boleh terjadi tetapi in a much smaller percentage. Sekiranya musykil dengan scan tersebut, pergilah mendapatkan 2nd opinion untuk mendapatkan pengesahan diagnosis tersebut. Diharapkan Mimi tabah dan bersabar jika diagnosisnya adalah keguguran ya.

  22. Salam…dot tasya..sy nk bertya skiranya 13nov ~ 19 nov sy period dan period sy mmg teratur dan pd waktu subur pd 22nov~28 nov sy bersama suami..dan sekrng 7dec sy nk cek sama ada sy hamil atau tidak boleh ke doct? Sdgkan trikh period pada bulan dec ialah 11dec-17 dec iaitu msih ada 8 hari dr trikh skng..sy pernah buat 3 hari yg lepas guna upt tp negtif..

  23. Assalam doc, sy zue… Adakah kadar heartbeat baby boleh tentukan jantina baby? Sebab masa 21week prgnancy sy scan doc nampak ball.. N doc 90% sure its a boy… N masa 24weeks sy check kat k.k n staff nurse check heartbeat baby pakai satu machine kecik tu… Im not sure what was that… N kadar denyutan is about 148/min… N s/n tu ada mngatakan my baby was a girl.. Sebab die cakap its 99% sure kalau heartbeat is about 140 n above adalah girl… N below is a boy…. Just wondering betul ke heartbeat boleh tntukan jntina?

  24. Assalam doc… Sy zue..sy nk tanya adakah kadar heartbeat boleh mensahihkan jantina baby? Skrg sy 28w.. Masa 21w sy ad scan di prvate clinic n doc india ckp its 100% sure its a boy… Sebab die cakap nmpak ball.. N masa 24w sy checkup di klinik kesihatan die ad test guna mchine (im not sure what machine is) yg boleh dengar kadar heartbeat baby.. N bacaan nya ialah 148/min.. N staff nurse tu ada ckap biasanya kadar denyutan baby kalau 142/min n below its boy… Kalau 142 keatas its a girl… N s/nurse tu ckp 90% betul sebab slalunya patient die ikut kadar heartbeat utk tntukan gender… Betul ke doc?

    • Wsalam Zue,

      Kenapakah perlu menggunakan kadar degupan jantung bayi walhal jantina sepatutnya boleh dilihat semasa scan? Dr Tasha rasa agak sukar menggunakan heart beat untuk gender and most likely that is not accurate. Kalau dah nampak ‘ball’, In Sha Allah it’s a baby boy! Tahniah! Diharapkan selamat sepanjang kehamilan dan semasa melahirkan. Take care!

  25. Salam doc.natasha..sy prnah keguguran 4 bln lpas dsbbkn xjmpe jntung pd minggu ke 8..skrg sy hamil dan usia kehamilan 6 minggu (tapi sy kira 5 minggu 4 hari) dan ad keluar drh sikit.bila check by vagina scan janin ada tp nadi hnya klihatan skali shj.doc bg mse 4 hari pd sy utk check smula..soaln sy:
    1. adkh janin sy boleh dselamtkn lg?
    2. Adkah nadi xjmpa sbb xckup 6 minggu iaitu hanya 5 minggu 4 hari?
    3.apakah punca tiada denyutan nadi?

    • Wsalam Asmidar,

      Mengenai Persoalan:
      1. Mungkin boleh. Sekiranya janin kuat In Sha Allah
      2. Ya boleh jadi. Sekiranya janin size 10mm ke atas dan jantung masih tidak kelihatan kemungkinan diagnosis adalah missed miscarriage ie gugur.
      3. Keguguran atau janin masih kecil lagi

      Diharapkan kandungan ini membesar dan selamat. Take care

  26. Salam dr. Sy mengandung 5 minggu. Smlm keluar brown spot sedikit. Sy ke hospital, dr scan baru nampak kantung saiz 10mm, size 5w,5d. Dr kata kandungan ok, cuma Dr scan ada sedikit darah dalam rahim. Dr cucuk ubat kuat rahim dan bg duphaston. Lps jumpa doktor, brown spot sudah tak keluar. Tp pagi ni, ada lg brown spot pada panties. Tiada darah keluar kl sy pass urine. Sy sangat risau. Adakah ini implantation bleeding ataupun threatened abortion.

    • Wsalam Zana,

      Pergilah rujuk semula doktor yang merawati jika pendarahan berlaku. Mungkin ubat kuatkan rahim boleh diberikan lagi depending on the dos. Di samping elakkan hubungan intim buat masa ini, rest dan berdoa byk2 ya. Implantation bleeding berlaku much much earlier. This sound more like threatend miscarriage. Also do go have a scan about 6 weeks untuk mengetahui status kehamilan Zana.

  27. salam doc..hampir sebulan sy delay period..masa mula2 date yg suppose due period tu saya rasa macam nak demam n macam sengal2 dkt ari2 so i thought my period should come by the morning..tp tak period n just ade cervical mucum yg bwarna putih shja sedangkan sebelum ni i tak pernah ada cirvical mucus.. selalu basah je panties.. dlm seminggu lepas tu cervical mucus tu kurang n sampai sekarang masih ada sikit2..but, i ada buat upt 4 kali dah..semua negatif. ada pergi mengurut sebab rasa sakit badan but org mengurut tu pegang breast n ari2 dia cakap macam pregnant. my question is it possible to be pregnant even after 4 negative upt?

    • Wsalam Jannah,

      Yes, it is possible that your upt could be false negatif. Oleh itu, untuk mendapatkan kepastian pergilah rujuk kepada doktor yang berhampiran ya. Hope you have some good new if not now sometime in the near future.

  28. assalamualaikum dr. nak bertanya saya sudah 5 tahun berkahwin segala benda semua saya dah usahakan termasuk drilling ovari pada bln 12 2014 selapas itu saya hanya datang period pada bulan 2 2015 selepas itu tiada sehingga hari saya menulis ini 7.1.2016 pada 16.11.2015 setelah demam saikit badan 2 mingggu sy telah buat urine test nampak 2 line dark tapi samar sedikit selepas 2 hari selepas itu 18.11.2016 saya ke klinik untuk kepastian buat upt n scan dr cakap xnampak upt pon xnaik 2 line ….sy tiada pengalaman saya tunjuk hasil ujian saya pd dr dan dr terkejut upt naik 2 line tp samar sedikit. dr cakap lagi 1 bln dtg balik mungkin awal kehamilan . setiap hari saya buat upt sehingga 30.12.2015 masih samar. dan sejak 16.11.2015 sehingga hari ini badan masih sakit sakit dan badan selalu rase kekejangngan. tiada tanda darah keluar perut selalu kembong berangin.ape yang harus saya buat. sehingga arini saya masih think positif.

    • Wsalam Dalina,

      Jikalau begitu, pergilah berjumpa doktor untuk mengambil ujian darah kehamilan dan juga repeat scan untuk melihat status kehamilan. Dr Tasha berharap agar ada berita gembira untuk Dalina.

  29. assalam doct,dlm masa 3hari termasuk hari ne sy ada kluar darah berwarna coklat tetapi dgn kuantiti yg sdikit,kemudian hilang. semalam sy ada kluar darah cair bkn berwarna merah terang dn sy telah di rujuk ke pakar puan. sy telah di scan dan buat pemeriksaan jika ada bukaan pada rahim atau darah yg kluar tetapi rahim sy tertutup rapat. malah darah jg tidak ada. jika di kira berdasarkan tarikh,sy telah mgandung 8mnggu 6hari ttp bila di lihat pada scan cuma ada kantung dan tidak ada dnyutan atau bayi dn berdasarkn size kantung dktr mngatakan kandungn sy bru msuk 6mggu. jd sy akan bjmpa smula dgn dktr pakar pada 18hb ne utk mgshkn samaada sy mngdung atau telah keguguran. adakah kjadian sprti sy ini biasa berlku doktor? dn adakh harapan sy sedang mngandung?terima kasih dktr

  30. Assalam dktr,bgini, selama 3hari ne sy ada kluar flek coklat yg sdikit.ada kalanya d ikuti darah cair. ttp agak sdikit jg,dn terus brhnti. bkn keluar stiap masa.kdg2 perut sy rasa cramp sperti sgugut. sy telah d rujuk ke klinik pakar puan utk pemeriksaan lanjut,tetapi bila doktor priksa tiada bukaan rahim dn tidak ada luka atau darh yg kluar. sy sptutnya mgndung 9w skrg ne by date, tp bila cek mlalui scan kndungn sy bru masuk 6week. doktor pakar mbritahu sy samaada mgkn sy telh “termengandung awal” (sy xfaham) dn mmberitahu sy mgkin telah keguguran atau janin blm nmpk mmndgkn kandungan bru 6week dn sgt kecil klu dilihat melalui scan.sy akan jmpa dktr lg pada 18hb ne utk dprksa semula samaada sy mgndung atau tidak. pada pndapat dktr adakh kndungn sy akn brjya sbb sy tdak mahu terlalu berharap.ini adlh kndungn prtma sy..

    • Wsalam Anis,

      Jikalau begitu terdapat besar kemungkinan Anis sama ada mengalami threatened miscarriage ataupun missed miscarriage. Diagnosis bergantung kepada scan yang dilihat. Selalunya scan susulan akan dilakukan dalam masa 1-2 minggu untuk mengesahkan diagnosis yang telah diberikan. Diharapkan Anis bersabar dan cekal dengan dugaan ini.

  31. Salam doc. Sy diana, sy da 5mggu preg. Tapi doc scan luar xnmpk n scan melalui faraj pon xnmpk.. hearbeat pon xdpt dgr.. adakah terlalu awl utk scan? Atau sy mgandung luar rahim? Sy risau.. ini kndugan pertama sy.

    • Wsalam Diana,

      Pergilah membuat pemeriksaan susulan dalam masa 1 minggu untuk membuat pengesahan kandungan dalam rahim. Jika masih lagi tidak kelihatan, ambillah ujian darah BHCG untuk mengetahui paras hormon tersebut. By right sekiranya paras hormon melebihi 1500iu kandungan boleh dilihat di dalam rahim.

  32. Salam doc, last period 4/12/16.. Now late period almost 13 days.. Dah buat upt.. Double line..i guess it was positive n im pregnant..
    Bilakah masa yg sesuai utk sy jumpa doc for a 1st visit? Married for 10 years already, x pnh kluar double line, and sgt teruja..

    • Wsalam Eza,

      Adakah 4/12/16 is your first day of the menses? Sekiranya begitu, scan pertama boleh dilakukan dalam masa 1 minggu – 6 minggu kehamilan untuk memastikan status kehamilan. Akan tetapi jika terdapat sebarang simptom seperti pendarahan atau sakit perut kuat, sila dapatkan pemeriksaan dengan lebih segera. Continue folic acid dan Dr Tasha doakan agar ada berita gembira.

  33. Salam doc.. Ingin bertanya..saya baru sahaja disahkan pregnant 6minggu 3 hari..tapi doc yg check sy cakap kantong baby tu leper..x bulat seperti normal.dan mungkin kandungan sy 50-50…Ada x cara untuk kukuh kn janin

    • As salam Sarimah,

      Kadang-kala kantong tidak berbentuk bulat. So long as saiz bayi dan degupan jantung adalah elok serta tiada pendarahan, In Sha Allah baby ok.
      Oleh itu, hendaklah dapatkan kepastian. Hanya jika ada pendarahan, kadang-kala ubat hormon untuk kuatkan rahim akan diberikan.

      • Assalamualaikum Dr…

        sya ada masalah kekeliruan..
        sya ada tanda2 semua kehamilan..
        tapi masih ragu ragu untuk mengesahkan sendiri bahawa sya hamil…
        semalam (21/01/2016) husbnd belikan penguji kehamiln… sya test ada nek dua line tp line yg atas terang linr yg bawa samar2…
        kemudian sya mencuba skali lgi pada pagi ini selepas solat subuh.. keputusan yg sya trima masih 2line tp sma seperti semalam 1 line terang 1 line samar… sya belom lewat haid pun…. thrik sepatot sya haid adalah 23/01/2016 aitu esok… adakah saya hamil n keputusan ujian kehamilan tu positif or tidak..

      • Wsalam Nana,

        Kalau begitu pergilah rujuk doktor yang berhampiran. Scan pertama mungkin dalam masa 2 minggu lagi. Diharapkan Nana mendapat berita gembira tidak lama lagi.

  34. sarimah rasulan

    As salam doc…usia kandungan 6 minggu still x nampak janin,hanya nmpak kantung saja,,,adakah ianya normal??????

    • Wsalam Sarimah,

      Ada kemungkinan ini adalah normal kerana kandungan hanya diperingkat awal. Scan lah semula dalam masa 1 minggu untuk mendapatkan status kehamilan.

      • Assalamualaikum dr tasha..sy baru brkahwin pd 19/12/2015 dh itulah tarikh LMP sy,dan bila sy sedar period trlewat 3hari sy terus cuba check UPT,dan ianya positif,sy belum lg mengesahkan di klinik,soalan sy adakah normal sekiranya terasa sakit di bhagian bwah perut seperti rasa senggugut,dan kadang2 rasa ngilu..mungkin pngalaman kali prtama dan membuatkan sy risau dgn keadaan ini..terima kasih dr:)

      • Wsalam Imah,

        Hendaklah pergi check Doktor yang berhampiran untuk memastikan tiada apa2 yang menyebabkan perut sakit2 seperti itu agar tidak rungsing memikirnya. 🙂

      • Assalamualaikum sis natsha

        sya hamil 5w3d ari ni di sah kan ujian darah sya positi hepattis B… soalan sya ada ka kandungan sya selamat… heptitis B tu amat berbahaya pda sya n kandungan ka?

        *sya pernah keguguran 7/72015 usia kandugan 3/12

      • Wsalam Nana,

        Kandungan In Sha Allah akan selamat, Hepatitis B tidak menyebabkan keguguran. Hanya semasa bayi dilahirkan immunisasi akan diberikan untuk mengurangkan peluang bayi mendapat Hepatitis B. Di samping hendaklah periksa sama ada suami mempunyai Hepatitis B, jika tidak hendaklah dia mendapatkan vaksinasi Hepatitis B ya.

  35. Assalamualaikum doktor..saya telah menjalankan digital UPT sendiri setelah lewat haid selama 12 hari dari tarikh period yang lepas 14hb12.UPT menunjukkan positif hamil.saya telah membuat pemeriksaan dengan doktor dan membuat imbasan.tetapi tidak menampakkan kantung..hanya uterus kelihatan swollen..adakah ini normal untuk kehamilan

    • As salam Ina,

      Ini bergantung kepada level darah BHCG Ina. Hendaklah bertanyakan doktor yang merawati, jikalau darah BHCG >1500IU selalunya kantung patut kelihatan, jika tidak kandungan luar rahim perlu di rule out.

  36. assalamualaikum dr.Natasha, saya sudah lewat period termasuk harini hari ke-11 (period saya jenis yang teratur dan kalau lambat/cepat 1-3 hari sahaja). Tetapi awal pagi ni saya cek upt namun masih negatif. Kalau dah lewat 2 mggu period tapi masih negatif upt. Apakah yang saya perlu buat dr.?

  37. As salam doc. Saya nak bertanya. Adakah bahaya mengangkat barang berat ketika kandungan dalam 21 mggu? Dalam minggu ni saya banyak melakukan kerja berat yang saya rasa mampu untuk saya angkat. Pada mula nya saya tidak risau kerna saya sudah masuk trimester kedua. Cuma kadang-kadang membuatkan saya rasa risau. Harap doc dapat boleh terangkan dengan lebih lanjut tentang angkat berat boleh menyebabkan keguguran. Terima kasih.

  38. Assalam doc natasya
    Sy bru lps keguguran..
    Doc tlh sahkan pnca kguguran krna sy pngidap PCOS
    Adakah sy boleh hamil lg slpas ini scara smulajdi?

  39. sy telah buat ujian upt and the result is +ve…untuk makluman doc, saya pernah memgalami abruptio placenta + darah tinggi untuk kandungan yg ke-2…bayi saya meninggal semasa 31 minggu dlm kandungan…
    soalan saya, adakah abruptio placenta akn berulang sekali lagi?…adakah darah tinggi akn datang semula? skrg bp saya sekitar 110/70…
    saya amat risau semua itu akn terjadi utk kandungan yg ke-3…

    • Wsalam Siti,

      Jikalau begitu hendaklah booking dengan hospital secepat mungkin dan difollow up rapi oleh doktor berkenaan memandangkan sejarah abruptio dan darah tinggi. Aspirin low dos 75 -100mg usually akan diberikan seawal jantung bayi dilihat ataupun by 12 weeks bagi mengurangkan risiko kejadian tersebut berulang. Rujuklah doktor Siti ya.

  40. salam Doc..saya da lewat period selama 12 hari..period sy agak kurg teratur. sebelum ini saya period saya pada 17/12/16 sehingga 31/12/16..period yg sgt byk da berketul2.saya mengalami loya pd waktu pg tetapi apabila sy check nadi still normal bawah 90. Adakah benar sekiranya nadi lebih 90 seminit boleh dianggap pregnant? untuk pengetahuan doc sy mempunyai fibroid semasa pregnant anak yg pertama

  41. As salam doc. Saya sekarang 22 minggu dan ini kandungan pertama. Lately, saya ada mengalami rasa nak pitam secara tiba-tiba. Saya akan mula rasa berpeluh, penglihatan kurang jelas dan rasa gelisah. Sudah 3 kali kejadian sebegini berlaku. Mula-mula masa kena, ketika menunggu giliran di KK untuk checkup dan pada masa itu saya sedang berdiri kerana tiada tempat duduk kosong. Kali kedua berlaku ketika saya membeli barang dapur di pasaraya dan ketika itu saya sedang berdiri sambil mencari barang. Dan yang paling baru ketika saya sedang menemani ibu saya di pasar tani. Cuaca agak panas dan saya berdiri disebelah ibu saya. Adakah normal tanda-tanda sebegini untuk ibu mengandung 22 minggu? Saya pernah check gula untuk ibu megandung dalam sebulan yang lepas dan result adalah normal. Harap doc dapat jelaskan. Terima kasih.

    • Wsalam Elli,

      Please go and check with your doktor yang merawati to make sure darah haemoglobin tidak kurang ie anaemia. If ok, mungkin Elli ada tekanan darah rendah yang menyebabkan apabila berdiri lama Elli rasa nak pitam.

  42. Salam dr.
    Sy period regular setiap 4hb. Kitaran 31hri. Sy bru kawen bln nov thn lps. Tp bulan jan sy dh period 4hb-9hb, then tiba2 plak 30hb period, tp warna coklat je. Selalunya kalo period sy akan senggugut n sakit pinggang hari first period tu. Tp bila keluar darah warna coklat tu sy takde rase period pain pon. Keluar darah selama 4hri. Baru sekarang rase sakit breast,loya2, pinggang sakit, dan perut rasa mcm tak selesa.

  43. Assalamualaikum Dr. 1st period sy 30/12 dan berakhir dlm 3@4/1
    Sy dijangkakan period kembali dlm 24/1 cz kitaran haid sy normal 26hari.
    Sy buat UPT keesokkan hari dan result +ve. Ptg hr y sama sy check dkt klinik masih +ve. Dr sahkan sy pregnant sebulan. Sy confused berapa usia kandungan sy y sebenar Dr. Cz sy nak scan perut utk mengetahui status kehamilan sy. Mohon Dr bantu sy. TQ

    D

  44. Assalamualaikum Dr. Saya smlm baru shj membuat upt dan positif InshaAllah. Klo ikut last period date im 4weeks. But today i hav chocolate stain pada seluar. Bolehkah saya start duphaston at this early stage. I plan to only see dr pada week 6-7 only. I hv stok duphaston 10mg from my previous miscarriage last feb 2015 written 2X a day. Can i start this duphaston without dr prescription? Tq in advance

    • Wsalam Gie,

      Adalah lebih baik jika pergi rujuk doktor untuk masalah ini. Jika duphaston itu masih tidak lagi expire, perhaps you can still you it after consulting your doctor ya. Diharapkan this pregnancy goes well ya.

  45. Hai Dr,sy nak tanya las period sy ialah 25/12/15-30/12.Januari ni sy tak period lagi and sy buat upt las week dgn hari ini tetapi still negatif.1st test sy buat waktu petang and 2nd test awal pagi hari ni.
    Mohon pencerahan.Tq Dr.

  46. SalaM doc..kisah saya mcmni..saya pregnant 5w tp pd esok hr saya bleeding ..mcm period..doktor mtk saya dtg scan lepas bleeding stop. Sekiranya saya disahkan miscarriage bilakah waktu sesuai utk saya cuba hamil smla..perlu tgu next period?
    Tq doc

    • Wsalam Laydmasz,

      Jika mengalami keguguran, selalunya nasihat yang akan diberikan ialah untuk berehat 2-3 bulan sebelum hamil lagi sekali. Di samping hendaklah pastikan folic acid di makan ya sebagai preparation untuk kandungan seterusnya.

  47. Assalam doc,

    Saya baru 2 minggu keguguran iaitu semasa 10 minggu usia kandungan. Sejak awal kehamilan lg iaitu lebih kurang 4 minggu 5 hari kehamilan, ada sedikit pendarahan selama 3 hari. Selepas itu keluar ‘spotting’ yg berterusan sehingga sy keguguran pd usia 10 minggu itu. Ada ketulan darah pekat yg keluar.Bila ke hospital doktor diagnosiskan sy sbg ‘incompleted miscarriage’. Sy terpaksa membuat ‘D&C’. Sebelum itu semasa scan, melalui 2 cara iaitu scan biasa dan juga scan melalui faraj, sy terdengar doktor berkata “tak nampak apa2”. Apabila discaj, sy tidak diberi sebarang antibiotik atau pun ubat mahupun tarikh follow up seterusnya. Persoalannya sekarang :

    1. Adakah sy telah gugur seawal 4 minggu itu ?
    2. Mengapakah tiada sebarang ubat yg diberikan ?
    3. Semasa prosedur D&C itu dijalankan, adakah sedikit sahaja rahim sy dicuci memandangkan tiada langsung kesan pening atau muntah dan sakit dirahim selepas D&C.

    TQVM DOC…

  48. Norashikin Ramli

    Saya nak tanya,saya seorang yg mempunyai period yg tidak teratur…skrg ni saya dah nk msuk 3 bulan delay period…kerap sakit di bahgian ari2 sblh kiri…dh byk kali buat upt…tp hasil negatif…perlu ke saya scan utk kepastian…atau ia perkara normal bg period yg tidak teratur?

    • As salam Nora,

      Dr Tasha bersetuju dengan pendapat Nora, pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan scan untuk memastikan tiada apa2 masalah yang dihadapi. Sekaligus doktor boleh membantu dalam usaha untuk hamil ya.

  49. Aslkm, doc kamis 10/03/2016 lalu sy dh scan ke dr Sp.Og, kt beliau usia kehamilan sy udh 6 minggu tp masih membentuk kantung dan di dlmnya ada cairan (darah), apakah kehamilan sy normal doc?

    • Wsalam Lana,
      Lazimnya pada minggu 6 selain dari kantung kehamilan, fetal echo ataupun bayi sudahpun dapat kelihatan di dalam kantung tersebut. Pergilah scan dalam masa 1-2 minggu lagi untuk mendapatkan status kehamilan lana ya.

  50. Salam doc..
    Saya perasan ada denyutan jantung diperut saya..adakah saya hamil?saya juga ada simptom2 spt pening kepala,dan mengidam..saya juga mmpunyai sorg ank yg bru berusia bru 8 bln..utk pgthuan doc. period blum dtg smpai skang..saya blum lagi buat ujian UPT..tp adakah dnytan jantung tu btul2 boleh sahkan saya hamil?tq doc

    • Wsalam Mira,
      Simptom tuh definitely not in Dr Tasha’s medical book for early pregnancy symptoms 🙂 Easiest way, please buat ujian UPT dan mungkin imbasan scan jika positif ya.

      • Doc. saya dh buat ujian khamilan di awal pagi dan jwapannya -ve..bmaksud saya tidak hamil..suami saya ckp x prlu ke klinik mmandangkan hsil ujian -ve,tp bgaimana pula dgn dnyutan jantung tu..?blehkan doc jelaskan..tq

Leave a reply to dalina Cancel reply