Inginkan Anak kembar? Bagaimanakah rawatan kesuburan boleh membantu anda?

“Doktor, saya teringin sangat untuk mendapatkan anak kembar. Comel sangat apabila lihat gambar-gambar baby twins!”

Terdapat beberapa kali Dr Tasha telah dihubungi kerana terdapat setengah-tengah pasangan yang sangat teringinkan anak kembar dua. Oleh itu, untuk post kali ini Dr Tasha akan mengupaskan serba-sedikit mengenai topik tersebut.

Bagaimanakah kandungan kembar dua terhasil?

Secara umumnya kehamilan akan terhasil apabila satu telur matang yang dihasilkan oleh kilang telur seseorang wanita bercantum dengan seekor sperma dari pasangannya. Terdapat dua cara di mana kandungan kembar dua (‘Twins’) terhasil:

1.Dua Telur dipersenyawakan oleh Dua sperma berlainan

Kehamilan kembar tersebut akan menghasilkan kembar dua yang tidak seiras. Ianya dikenali juga sebagai ‘fraternal twin’ atau ‘dizygotic twins’

2.Satu Telur yang dipersenyawakan oleh Satu sperma membahagi kepada 2

Kehamilan kembar tersebut di atas pula akan menghasilkan kembar dua yang seiras.   Mereka mempunyai raut muka yang seiras dan juga adalah jantina yang sama. Kembar dua ini dikenali sebagai ‘monozygotic twins’.

Perlu diingat kandungan kembar bukanlah setakat kembar 2 tetapi akan tetapi boleh juga menjadi kandungan 3 (‘Triplet’) atau pun lebih.

Peluang untuk mendapatkan kandungan kembar jika menggunakan rawatan kesuburan

Bagi pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, bergantung kepada punca masalah kesuburan, pakar fertiliti akan memberikan ubat kesuburan yang akan merangsangkan kilang telur atau ovari untuk menghasilkan lebih dari satu telur. Oleh itu kebarangkalian untuk kehamilan kembar akan menjadi lebih tinggi.

Peluang untuk hamil kembar sekiranya ubat pil subur ‘Clomid’ diberikan

Rawatan kesuburan pada peringkat awal, selalunya menggunakan pil subur untuk merangsang kilang telur. Peluang untuk hamil kembar dua dengan menggunakan pil Subur seperti ‘Clomid’ adalah lebih kurang 10%. Manakala kembar tiga adalah hanya 1-2%

Peluang untuk hamil kembar sekiranya ubat rangsang telur seperti FSH  (Follicle-Stimulating Hormone) digunakan

Hormon FSH adalah ubat-ubatan suntikan hormon yang kerapkali digunakan untuk merangsang telur semasa rawatan kesuburan seperti IUI ataupun IVF diberikan. FSH dapat merangsang kilang telur dengan lebih kuat berbanding dengan clomid. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya risiko kandungan kembar adalah lebih tinggi dalam anggaran 30-40%. Walaupun kebanyakan kandungan kembar tersebut adalah kandungan kembar 2, lebih kurang 5% adalah kandungan kembar 3 ataupun lebih.

Peluang untuk hamil kembar sekiranya rawatan IUI diberikan

Rawatan IUI akan memberikan kadar kejayaan kehamilan 10-15%. Untuk merangsang telur ubat kesuburan clomid sahaja ataupun clomid + FSH akan diberikan bergantung kepada latar belakang pesakit. Pasangan yang berjaya hamil setelah menjalani rawatan IUI dan mengandung kembar bergantung kepada berapa telur yang berjaya dihasilkan.

Peluang untuk hamil kembar sekiranya rawatan IVF diberikan

Peluang untuk kehamilan kembar selepas rawatan IVF adalah lebih tinggi berbanding dengan kehamilan spontan. Ianya adalah dalam anggaran 20-30%. Ini disebabkan oleh bilangan embrio 1-3 diletakkan kembali ke dalam rahim semasa prosedur embrio transfer (ET).

Polisi untuk mengurangkan risiko kandungan kembar selepas rawatan IVF

Sebenarnya risiko untuk kehamilan kembar dipandang serius terutamanya jika kandungan kembar tersebut adalah hasil dari rawatan IVF. Oleh itu, tidak hairan sekiranya jika dilihat negara-negara barat seperti Australia dan United Kingdom terdapat polisi di mana tidak lebih dari 2 embrio sahaja dibenarkan dipindahkan masuk ke dalam rahim wanita semasa prosedur ’embrio transfer’. Malah kini dengan peningkatan teknologi makmal IVF, polisi ‘SET’ (‘Single Embryo Transfer’) di mana hanya satu sahaja embrio dibenarkan diletak kembali terutamanya bagi wanita berumur 35 tahun ke bawah bagi mengelakkan kandungan kembar telah mula diperkenalkan di negara-negara barat.

Di KL Fertility Centre kami hanya akan meletakkan 2 embrio sahaja semasa prosedur ‘Embrio Transfer’ (ET). Ini adalah untuk mengurangkan risiko untuk kandungan kembar. Peluang untuk kehamilan kembar 2 bagi pasangan di mana 2 embrio dipindahkan semasa ET adalah dalam linkungan 20-30%. Risiko kehamilan kembar 2 adalah lebih tinggi untuk wanita yang lebih muda ie 30 tahun dan ke bawah.

Sepatah kata

Walaupun terdapat ramai pendapat umum yang teruja apabila melihat pasangan yang berjaya mendapat kandungan kembar, akan tetapi Dr Tasha ingin menasihatkan bahawa kandungan dan kehamilan kembar mempunyai risiko yang tinggi untuk ibu yang hamil dan juga bayi- bayi yang dikandungnya. Oleh itu, pasangan TTC hendaklah prihatin mengenai risiko yang bakal dihadapi. 

Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai risiko kandungan kembar:

http://www.oneatatime.org.uk/

Di samping itu, amat sukar untuk mengawal bilangan folikel yang bakal terhasil selepas stimulasi ovari dengan ubat kesuburan seperti Clomid ataupun suntikan hormon FSH. Oleh itu, rangsangan telur terutamanya jika untuk IUI ataupun bersama sendiri dengan suami (TSI – Timed sexual intercourse) perlu dilakukan berhati-hati.

Akan  tetapi, sebagai seorang pakar fertiliti, Dr Tasha memahami bagi pasangan TTC terutamanya di Malaysia yang memang menghadapi masalah untuk hamil dan terpaksa menanggung kos rawatan fertiliti yang tinggi tanpa mendapat bantuan subsidi mana-mana, tentulah menginginkan kadar kejayaan kehamilan yang tinggi. Oleh itu, buat masa ini Dr Tasha masih akan letak 2 embrio selepas konsultasi dengan pasangan TTC tersebut. Ramai juga wanita yang berusia muda hanya meletakkan kembali 1 sahaja embrio dan oleh kerana usia muda mereka kadar kejayaan untuk mereka masih amat baik.  Oleh itu, hendaklah berbincang dengan teliti pros and kons mengenai bilangan embrio yang hendak diletakkan kembali.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Posted on September 13, 2016, in Uncategorized and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 12 Comments.

  1. Assalamualaikum Dr,

    Bolehkan orang yang sudah mengalami czer 3 atau 4 kali czer cuba mengandung kembar melalui IVF? kerana possibility utk mengandung lg mungkin tak boleh dah sbb banyak kali czer, apa pendapat Dr? Terima kasih Dr.

    • Wsalam Wan,

      Boleh melakukan IVF untuk hamil 1 sahaja bayi bukanlah kembar 2 atau 3 kerana ini boleh membahayakan keselamatan wanita tersebut yang sudahpun operate 3/4 kali ya.

      • Salam Dr, soalan yang sama tp sy czer 2 Kali, umur sy 39 thn, baru Czer 2022 bulan May , boleh ke sy dptkan rawatan IUI untuk dpt kan Kembar, sy pun kembar jadi sy Teringin anak kembar. ..

    • Wsalam Wan,

      Persoalan ini telah dijawab sebelum ini ya.

      Ini bergantung kepada status dinding rahim dan jika ada parut di dalam. Jika elok dan tidak membahayakan kesihatan puan Noramira, mungkin rawatan IVF boleh dilakukan. Dapatkanlah pengesahan dari Doktor yang membuat pembedahan terakhir tersebut dan jika boleh Dr Tasha sarankan agar kandungan kembar dielakkan untuk mengurangkan risiko kepada puan.

  2. Assalamualaikum Dr.
    Sy berumur 32 thn. In shaa Allah merancang utk berkahwin thn hdpn. Disbbkn bakal suami pn sdh berumur 40thn. Boleh tak kami plan utk dptkn kembar perempuan.? Ada suggested hospital yg blh kami refer?

    • Wsalam Hidayah,

      Unfortunately, most centre tidak akan check sama ada bayi tersebut adalah lelaki / perempuan jika tidak ada masalah perubatan. Jika mahu mendapatkan rawtan kesuburan dan berbincang dengan lebih lanjut. Sila berjumpa Dr Tasha di KL Fertility Centre ya.

  3. Noramira liana

    Assalamualaikum dr..sy nak tanya sy bru 26thn tp sy dh ikat peranakan(BTL) sbb dh czer 3x pd thn 2014 bleh ke sy buat rawatan ivf utk mendapatkan baby lg..

    • Wsalam Nor Amira,

      Ini bergantung kepada status dinding rahim dan jika ada parut di dalam. Jika elok dan tidak membahayakan kesihatan puan Noramira, mungkin rawatan IVF boleh dilakukan. Dapatkanlah pengesahan dari Doktor yang membuat pembedahan terakhir tersebut dan jika boleh Dr Tasha sarankan agar kandungan kembar dielakkan untuk mengurangkan risiko kepada puan.

  4. Salam Dr,

    tahun depan cukup la 5 thn saya memakai alat IUD. adakah specific date yg patut saya buat utk process pengeluaran?
    saya jugak merancang utk mendapat anak kembaq atau perempuan dengan kaedah permakanan.. adakan elok bg saya utk mengambil pil hormon walaupun saya tidak mengalami sukar untuk mengandung.
    bole advise kan saya pil yg sesuai utk saya ambil…
    saya hanya ingin mencuba…

    • Wsalam Eda,

      Ini bergantung kepada berapa lama IUD tersebut. Setengah ialah untuk 3 dan yang lain 5 tahun. Jika mahu keluarkan lebih awal agar hamil, tidak menjadi masalah. Adalah lebih baik untuk berjumpa dengan doktor yang dapat memantau pengambilan ubat hormon seperti clomid untuk mengelakkan kesan2 sampingan yang tidak diingini. Jika mahu mendapatkan rawtan di bawah jagaan Dr Tasha, sila dapatkan temujanji di KL Fertility Centre ya.

  5. Hi dr,
    Bolehkah saya ambil ubat clomid jika tiada sebarang masalah kesuburan semata mata inginkan anak kembar? Saya berumur 31tahun sudah mempunyai 2org anak lelaki.

    • Hello Rainiza,

      Seelok-eloknya pergilah rujuk kepada doktor kesuburan jika ingin memakan pil clomid kerana kehamilan kembar boleh berlaku tetapi dalam anggaran 10%. Puan Rainiza perlu tahu yang kandungan kembar mempunyai risiko semasa kehamilan ya. Oleh itu, hendaklah fikir semasak-semasaknya jika betul ingin hamilkan anak kembar

Leave a reply to drnatashanor Cancel reply