Blog Archives

Rawatan IVF. Apa yang berlaku di dalam makmal IVF?

Disunting oleh: Cik Nur Ilanah, Ketua Makmal Embryologis  KL Fertility Centre

Bagi memastikan kejayaan tinggi untuk rawatan IVF, pakar embriologis dan makmal IVF memainkan peranan yang amat penting selain dari pakar IVF yang memberikan rawatan.

Prosedur penyedutan telur

Prosedur penyedutan telur atau kadang-kala juga dikenali sebagai ‘Egg pick up’ / OPU. Telur yang telah disedut akan diletakkan ke dalam piring petri.

Telur yang telah disedut di dalam piring petri
Telur (Oocyte)

Apa yang berlaku selepas prosedur penyedutan telur?

Proses persenyawaan dilakukan di makmal IVF sekitar 4-6 jam selepas prosedur penyedutan telur. Persenyawaan secara IVF konvensional dilakukan dengan mecampurkan 100, 000 sperma bagi setiap telur. Campuran sperma dan telur ini dibiarkan selama sejam untuk memberi peluang kepada sperma yang terpilih untuk mensenyawakan telur. Sekiranya kualiti sperma tidak memuaskan untuk kaedah IVF konvensional, kaedah persenyawaan secara  (Intracytoplasmic Sperm Injection) ICSI akan dijalankan. ICSI dilakukan dengan menyuntik satu sperma ke dalam setiap satu telur yang matang.

Prosedur ICSI
ICSI micromanipulator
Peralatan yang digunakan untuk prosedur ICSI

Persenyawaan – Day 1 post OPU (16-18 jam selepas OPU)

Sekiranya persenyawaan berjaya, dua pronuclei dapat dilihat.  Satu pronuclei akan mengandungi bahan genetik dari ibu manakala pronuclei yang satu lagi adalah dari si ayah. Genetik ini akan bergabung untuk membentuk embrio yang lengkap.

Telur yang telah dipersenyawakan

Perkembangan embrio seterusnya di dalam inkubator

Embrio akan dikultur seterusnya di dalam mesin inkubator. Mesin tersebut mengandungi persekitaran menyerupai keadaan di dalam saluran peranakan di mana kandungan karbon dioxida, oksigen dan nutrien yang diperlukan pada kandungan pH bersesuaian. Persekitaran ni adalah sangat penting agar embrio dapat membesar dengan sihat dan sempurna.

incubator
Mesin inkubator
incubator1
Mesin inkubator

Perkembangan Embrio dari Day 1 kepada Day 5

0 hour
Day 0 (0 hour)
day1
Day 1 (16-18 Hour)
day2
Day 1(24-26 Hour)
day2a
Day 2 (48 Hour)
day3
Day 3 (72 Hour)
day5
Day 5 (120 Hour)

Pakar Embriologis selalunya akan membuat pemantauan embrio pada hari pertama dan hari ketiga. Embrio akan diberikan gred 1 – 4 bergantung kepada kriteria-kriteria tertentu. Gred 1 dan 2 selalunya adalah bagus dan ini akan meningkatkan kebarangkalian kejayaan IVF apabila embrio berkualiti elok dipindahkan semula ke dalam rahim. Akan tetapi pemberian Gred embrio kadang-kala berbeza mengikut pusat IVF di mana Gred 4 adalah baik dan Gred 1 kurang baik pula. Oleh itu, hendaklah bertanya kepada doktor / embriologis yang merawati.

  Ikuti  post Blog seterusnya untuk topik Day 3 vs Day 5 embryo transfer. Apakah perbezaannya?

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Seminar IVFku Ke-2 pada 25 April 2015

Bagi pasangan yang tidak dapat menghadiri Seminar IVFku yang pertama yang telah dilancarkan pada 28 Februari 2015. Rebutlah peluang anda untuk mengikuti Seminar IVFku kedua ini. Kos pendaftaran untuk Seminar tersebut adalah percuma.

ivfkufrontpage

SEMINAR : IVFKU (Di dalam Bahasa Melayu)

Penceramah : Dr Natasha Nor dan Ketua Embriologis KL Fertility Centre Cik Nur Ilanah

Topik:

  • Apakah IVF
  • Bagaimanakah meningkatkan kejayaan rawatan IVF
  • Program IVFku dan perbezaannya
  • Apakah yang berlaku di Makmal IVF

Tarikh : 25 April 2015

Masa : 0930 – 1130

Tempat: Conference Room, 3rd Floor, KLSMC, Wisma Perintis, 47, Jln Dungun, Bukit Damansara,50490, KL.  Makan jamuan ringan pagi akan disediakan untuk peserta seminar yang hadir.

IVFKUvoucher

**Voucer bernilai RM300 akan diberikan kepada 20 pasangan pertama untuk rawatan IVFku mereka dan mereka akan mendapat konsultasi pertama dengan Dr Natasha Nor secara percuma.

Perlu membuat booking untuk mendapatkan tempat dengan menelefon 0320933500 dan bercakap dengan Ratha / Wai Peng atau email event@klfertility.com. Tempat adalah terhad kepada 30 pasangan pertama sahaja. Buat masa sekarang tempat duduk hanya tinggal untuk 15 pasangan sahaja.

Bagi pasangan yang tidak pasti / pasti mengenai kelayakan untuk menyertai program IVFku, Dr Tasha syorkan agar masih menghadiri seminar tersebut juga untuk mengetahui sama ada mereka layak untuk kos konventional IVF yang berpatutan

Usahlah menangguhkan rawatan IVF disebabkan bajet yang tidak mencukupi.

Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai Program IVFku:

http://www.ivfku.com

https://drnatashanorfertility.com/2015/02/08/seminar-program-ivfku-pada-28th-februari-2015/

https://drnatashanorfertility.com/2014/09/20/ivfku-ivf-pada-kos-yang-berpatutan/

Hari Endometriosis Sedunia – Myendosis Walk pada 28 March 2015

Bersempena dengan Hari Endometriosis Sedunia, satu seminar percuma akan diadakan pada 28 March 2015. Myendosis adalah Persatuan Endometriosis untuk Kuala Lumpur dan Selangor, support group yang telah ditubuhkan bagi menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai penyakit endometriosis dan memberikan maklumat serta sokongan kepada wanita yang mengalami masalah endometriosis.

https://41.media.tumblr.com/204663b6b12ffffa55509302bb3cb629/tumblr_n1oafpprts1tp2dano1_500.png

Antara aktiviti- aktiviti yang menarik yang diadakan:

1. Seminar dari doktor-doktor pakar sakit puan mengenai masalah endometriosis

2. ‘Health screening’ Percuma: BMI, kolesterol, Pap Smear dan pemeriksaan payudara

3. Bagi wanita yang dilahirkan pada tahun 1993-1996 akan mendapat vaksinasi percuma HPV bagi wanita lain pula harga HPV vaksinasi adalah RM180 per dos

4. Mammogram percuma (Terdapat kriteria-kriteria terdapat yang perlu dipenuhi)

Myendosis1

myendosis2

https://www.facebook.com/endomarch.malaysia

Antara Fakta dan Mitos – 1001 Persoalan mengenai kesuburan

Apabila satu pasangan ingin hamil, mungkin pelbagai persoalan akan timbul mengenai isu kesuburan dan cara-cara untuk tingkatkan peluang untuk hamil.  Mereka akan menerima bermacam-macam nasihat dari saudara-mara atau rakan yang kadang-kala benar atau sebaliknya. Dalam post blog pada kali ini, Dr Tasha akan menjawab mengenai Fakta atau mitos persoalan kesuburan untuk memberikan pencerahan kepada pembaca-baca blog.

1. Untuk meningkatkan peluang untuk kehamilan, lakukanlah hubungan seks setiap hari pada sepanjang bulan

MITOS. Jika hubungan seks dilakukan pada setiap hari ianya boleh mengurangkan jumlah bilangan sperma dalam tempoh berpanjangan. Sebaliknya sekiranya anda ingin meningkatkan peluang kehamilan pada masa kesuburan, salah satu alternatif bagi pasangan ialah dengan penggunaan Kit peramal ovulasi ie OPK. Lakukanlah hubungan intim, 3 hari berturut-turut sebaik sahaja keputusan OPK itu positif. Ini terutamanya bagi pasangan di mana pihak lelakinya mempunyai bilangan sperma yang normal. Tidak perlu untuk melakukan seks lebih dari 2 kali sehari hanya semata-mata berfikir ianya akan meningkatkan peluang kerana sebaliknya mungkin akan berlaku. Untuk kebanyakan pasangan TTC cukuplah sekadar melakukan seks selang sehari  pada waktu subur.

2. Masalah ketidak suburan selalunya berpunca dari pihak wanita.

MITOS. Wanita seringkali dipersalahkan terutamanya dalam masyarakat kita apabila pasangan tersebut mengalami masalah untuk hamil. Masalah ketidaksuburan sebenarnya juga kerap kali berpunca dari pihak lelaki. 35% kes ketidaksuburan berpunca dari wanita, 35% dari lelaki, 20% kedua-kedua belah pihak dan 10% kes puncanya tidak diketahui. Oleh itu, apabila sesuatu pasangan ingin mendapatkan rawatan untuk kesuburan, adalah digalakkan agar kedua-dua suami dan isteri datang bersama untuk menjalani pemeriksaan kesuburan.

3. Sekiranya tidak dapat hamil, pergilah mengambil anak angkat. Anda akan hamil sebaik sahaja selepas berbuat demikian.

MITOS. Dr Tasha percaya ramai pasangan yang sudah lama mengingini zuriat telah menerima nasihat tersebut. Walaupun anda pernah mendengar yang ini telah berlaku kepada sesuatu pasangan,  ianya benar-benar berlaku bagi segelintir pasangan iaitu dalam anggaran hanya 5%. Realitinya bagi kebanyakan pasangan ialah mereka masih tidak dapat hamil walaupun selepas mengambil anak angkat.

4. Jangan terlalu stress. ‘Just relax’ barulah dapat hamil.

MITOS. Sebaliknya, masalah ketidaksuburan akan memberikan lebih tekanan perasaan kepada pasangan yang mempunyai masalah tersebut. ‘Stress’ dihadapi oleh semua orang lebih-lebih lagi pada zaman serba moden ini. Adalah lebih baik sekiranya pasangan tersebut pandai menangani sebarang stress yang dialaminya dengan mengambil langkah-langkah yang tertentu. Apa yang seringkali Dr Tasha dengar dari pasangan-pasangan ialah mereka terlalu sibuk bekerja sehingga keletihan dan tidak ada masa untuk berehat, apatah lagi untuk melakukan hubungan intim. Oleh itu, bagi pasangan yang mempunyai jadual bekerja yang sibuk, tidak salah sekiranya mengambil cuti pendek. Lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai kitaran haid teratur untuk mengatur cuti tersebut semasa ‘waktu suburnya’ untuk meningkatkan lagi peluang kehamilan.

5. Terdapat posisi seks tertentu yang boleh meningkatkan peluang untuk hamil.

MITOS. Kajian saintifik tidak membuktikan yang posisi seks yang tertentu boleh meningkatkan peluang kehamilan. Akan tetapi setengah-tengah posisi seperti ‘missionary position’ mungkin akan lebih membantu sperma. Menukar-nukar posisi seks berlainan juga digalakkan agar pasangan tidak bosan.

6. Penggunaan air liur semasa hubungan seks boleh mengurangkan peluang kehamilan.

 FAKTA. Kadang-kala setengah-tengah pasangan mungkin ada menggunakan air liur sebagai ‘pelincir’ sewaktu hubungan seks. Akan tetapi, air liur sebenarnya adalah tidak elok untuk sperma. Sekiranya anda memerlukan ‘pelincir’ semasa seks gunakanlah pelincir yang ‘sperm-friendly’ seperti ‘Preseed’ ataupun ‘Conceive Plus’. KY Jelly juga adalah tidak ‘sperm-friendly’.

7. Telur matang akan hanya hidup selama 12-24 jam selepas dirembes keluar dari kilang ovari. Manakala sperma boleh hidup selama 3-5 hari.

 FAKTA. Memang benar telur matang hanya hidup selama 12-24 jam. Oleh itu, jika anda ingin tingkatkan peluang kehamilan ‘timing’ adalah agak penting. Akan tetapi janganlah terlalu taksub sehinggakan penggunaan kaedah-kaedah untuk menentukan waktu kesuburan anda menyebabkan kedua-dua menjadi terlalu ‘stress’. Bagi pasangan yang mempunyai ‘PJJ’, mungkin ini terpaksa dibuat untuk meningkatkan peluang kehamilan.

 

Sekiranya terdapat apa kemusykilan mengenai fakta-fakta mengenai kesuburan, bertanyalah kepada doktor yang merawati anda. Dr Tasha doakan agar lebih ramai lagi pasangan akan mencapai impian mereka untuk menjadi ibu dan ayah satu hari nanti!

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Seminar IVF Journey 24 Jan 2015

Bagi semua pasangan TTC, KL Fertility Centre akan mengadakan Seminar IVF pada 24 Januari 2015. Bagi pasangan yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai prosedur IVF ini digalakkan untuk menghadiri seminar percuma ini. Pihak KL Fertility Centre juga akan memberikan diskaun istimewa bagi IVF pakej bagi mereka yang mengambil keputusan untuk meneruskan rawatan IVF mereka. Seminar ini akan dijalankan di dalam Bahasa Inggeris dan diberikan oleh Dr Tasha dan Dr Helena. Sekiranya ada permintaan tinggi untuk mengadakan seminar tersebut di dalam Bahasa Melayu, ianya boleh dilakukan. Permintaan ini boleh diajukan kepada email Dr Tasha drnatashanor@gmail.com.

Seminar IVF Journey

Tarikh: 24th Januari 2015

Masa: 0930 – 1230pm

Tempat: Conference Room, 3rd Floor, KLSMC, Wisma Perintis, 47, Jln Dungun, Bukit Damansara,50490, KL

Perlu membuat booking untuk mendapatkan tempat dengan menelefon 0320933500 atau email event@klfertility.com

Our-Journey-MSD-14-Jan-15-front

ivfjourney2