Di ambang Raya 2016

Dr Tasha merasakan masa seolah-olah berlalu dengan begitu pantas.  Apa yang kita lakukan pada hari ini dengan sekelip mata akan menjadi sejarah kehidupan kita yang lampau. Detik-detik waktu yang sudah kehilangan. Pejam-jelik kita sekali lagi berdiri di Ambang Raya. Kini sudah tahun 2016.

Buat bekas pesakit-pesakit Dr Tasha yang kini sudah sampai ke penghujung perjalanan fertiliti mereka, Tahniah Dr Tasha ucapkan. Ramai juga pasangan yang telah mengutuskan email untuk memaklumkan kehadiran orang baru di dalam kehidupan mereka. Teringat pula Dr Tasha bila kali pertama Dr Tasha sendiri mendakap bayi kembar Dr Tasha. Dalam hati berkata, “Oh macam ni rupanya baby yang ditunggu-tunggu selama ini. Begitu lama menunggu mereka. Tapi it’s ok. They are finally here. Terima kasih Allah.”

raya2014withtwins

Hmm.. nampak baik-baik je si kembar ni

raya2014withtwins1

Realiti sebenar bila sessi bergambar

Bagi pasangan yang masih meniti perjalanan fertiliti mereka, usahlah putus asa. Hendaklah bersabar, cekalkan diri dan terus berusaha. In Sha Allah anda juga bakal menjadi ibu bapa dan berpeluang merasakan pengalaman manis buat kali pertama menatap dan mendakap bayi anda.

Diharapkan bagi yang masih dalam perjalanan TTC dan merancang untuk membuat rawatan IVF, datanglah ke Seminar IVF percuma kami di KL Fertility Centre. Para peserta yang menghadiri seminar tersebut layak untuk mendapatkan konsultasi percuma bersama Dr Tasha. Tempat duduk adalah terhad. Hendaklah booking secepat mungkin ya.

IVFJourneyJuly2016

Bagi pasangan yang buat kali pertama menyambut Raya tahun ini dengan bayi mereka tentulah sambutan Raya tahun ini adalah kenangan yang sangat manis. Bagi yang masih tidak berpeluang berbuat demikian dan masih menanti kehadiran bayi mereka, apabila ditanyakan bila nak menimang anak, jawablah dengan yakin, In Sha Allah jika diizinkan Allah tidak lama lagi.

Akhir kata, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin buat semua pembaca blog tersayang!

Kad-Raya-2012-1

Posted on July 2, 2016, in Uncategorized and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 18 Comments.

  1. Alhamdulillah..Tahun ni tahun pertama kami suami isteri beraya dengan baby selepas hampir 3 tahun berkahwin. Tq dr tasha. 😍

    Selamat hari raya. 🙂

  2. Semoga ada rezeki kami satu hari nanti… Chomell anak dr tasha…

  3. Selamat berhari raya doctor natasha ain
    Semoga Allah swt sentiasa kurniakan doctor kegembiraan/kebahagian dunia akhirat dan di kurniakan kesihatan yg baik utk terus merawat/membantu pesakit2 doctor .budi baik doctor akan kami kenang sepanjang hayat..TERIMA KASIH DOCTOR

  4. Terima kasih Zazazila atas doa tersebut. Amin. Selamat Hari Raya buat Zazazila dan seisi keluarga ya!

  5. zainariah bte abdul gani

    Assalamualaikum..dr..ni zana..yang dr perak…dr nak tanya..seminar ni kat klinik dr..ke…masihi ada kosong lagi ke dr..selamat hari raya dr:)

  6. saya sudah mendaftar untuk seminar dr.tasha 30 Julai ini..sy ada berhubung dgn Dr Tasha melalui email baru2 ini. InshaAllah bulan feb 2017 sy akan contact semula Dr Tasha untuk meneruskan ivf/icsi dibwh program ivfku.tgh kumpul duit..hehe.atau sy perlu booking appointment bermula sekarang?harap2 pada usia 30 ni masih tinggi peluang utk sy hamil melalui teknologi ini.selamat hari raya dr.Tasha.

    • As salam Salmimi,

      Baguslah kalau begitu. Dr Tasha berharap kita akan bersua muka tak lama lagi. Nanti lepas seminar, mungkin lebih elok jumpa Dr Tasha dulu untuk membuat preparation for your IVF treatment next year. Selamat Hari Raya Salmimi!

  7. Selamat hari raya my lovely dr tasha..comel kembar yang dah makin membesar tu..taksabar nak bawa baby saya jumpa dr tasha pulak one day..

  8. Salam Dr Tasha, akan datang ada lagi tak seminar IVF ni?

  9. Kami lah antara pasangan yg beraya pertama kali dgn baby thn ni. Alhamdulillah. Terima kasih Allah dan terima kasih juga utk dr tasha yg memberikan rawatan terbaik utk kami.
    Baby dh 2 bln. Nanti kami nk buat majlis akikah, jemput dtg kalau dr tasha ada kelapangan. Detail nanti sy emelkan 🙂

    • As salam Ida,

      Alhamdulillah. Mesti raya tahun ini adalah lebih meriah dan manis di samping baby.
      In Sha Allah Ida kalau dijemput dan tidak ada halangan, Dr Tasha akan hadir di majlis akikah tersebut. 🙂

  10. Dr tasha…ade buat lg tak seminar utk IVF journey?

Leave a reply to drnatashanor Cancel reply