Penantian 2 minggu itu satu penyeksaan
Ramai wanita setelah melalui rawatan kesuburan mereka terutamanya rawatan IVF seringkali terpaksa menunggu selama 2 minggu untuk mengetahui sama ada mereka hamil atau pun tidak. Penantian walaupun hanya 2 minggu itu kerapkali dirasakan seolah-olah berkurun-kurun lamanya. Satu penantian yang menyeksakan! Sebarang simptom perlu diinterpretasikan. Rasa loya dan buah dada lebih sensitif… Adakah simptom itu petanda awal kehamilan? Perut sakit.. Adakah rawatan itu tidak berjaya. Pelbagai persoalan bermain-main di minda. Kegelisahan, stres, harapan dan juga perasaan takut bercampur-baur untuk menghadapi kenyataan masa hadapan.

Tips untuk melalui 2 minggu tersebut dengan tenang:
- Teruskan pengambilan ubat yang diberikan selepas rawatan kesuburan. Lazimnya, Ubat-ubatan tersebut adalah penting untuk menguatkan rahim. Akan tetapi, setengah-tengah pesakit mungkin akan mendapati kesan sampingan. Sekiranya teruk hendaklah berbincang dengan doktor yang merawati.
- Mengambil ujian air kencing atau darah pada masa yang telah ditetapkan oleh doktor. Ujian jika dilakukan terlalu awal berkemungkinan besar tidak tepat. Tidak hairan jika ramai antara anda yang mungkin mencuri-curi untuk membuat ujian kehamilan lebih awal dari sepatutnya.
- Sambung senaman ringan seperti berjalan, berenang dan yoga yang tidak melibatkan senaman berimpak tinggi seperti aerobik
- Bersamalah sahabat / keluarga anda yang boleh menghibur dan menggembirakan anda.
- Buatlah aktiviti yang boleh menenangkan fikiran anda
- Mula menulis journal agar dapat meluahkan perasaan anda
- Janganlah membaca blog-blog yang boleh menakut-nakutkan anda dengan pengalaman negatif. Teruskan membaca hanya blog/ pengalaman yang positif buat masa ini.
- Bagi yang menganut agama Islam / agama lain hendaklah sentiasa mendoakan yang terbaik. Mudah-mudahan zuriat yang diidam-idamkan selama ini akan menjadi kenyataan.
- Hendaklah sentiasa berfikiran positif dan cekalkan hati untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Pada masa ini hendaklah tawakal dan bersedia untuk ‘let go’.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Seminar IVF Journey pada 8 Nov 2014
Bagi semua pasangan TTC, KL Fertility Centre akan mengadakan Seminar IVF pada 8 November 2014. Bagi pasangan yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai prosedur IVF ini digalakkan untuk menghadiri seminar percuma ini. Pihak KL Fertility Centre juga akan memberikan diskaun istimewa bagi IVF package bagi mereka yang mengambil keputusan untuk meneruskan rawatan IVF dengan Dr Tasha. Seminar ini akan dijalankan di dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya ada permintaan tinggi untuk mengadakan seminar tersebut di dalam Bahasa Melayu, ianya boleh dilakukan. Permintaan ini boleh diajukan kepada email Dr Tasha drnatashanor@gmail.com.
Kekurangan Vitamin D boleh menjejaskan kesuburan anda
“Doktor kenapakah saya rasa murung bila hari mendung dan hujan?”
Terdapat kajian saintifik yang telah menunjukkan implikasi cuaca ke atas perasaan emosi seseorang. Kebelakangan ini juga terdapat bukti-bukti yang kekurangan vitamin D boleh menyebabkan peluang seseorang wanita untuk hamil terjejas di mana satu kajian di luar negara yang menunjukkan kadar kehamilan menurun sewaktu musim sejuk di mana tidak terdapat cahaya matahari berbanding dengan pada musim panas.
Apakah vitamin D?
Fungsi vitamin D adalah untuk pembentukan dan kesihatan tulang yang kuat dengan membantu penyerapan zat calcium oleh badan. Di samping itu, kini kajian telah membuktikan Vitamin D penting untuk mengurangkan risikok menghidapi penyakit kronik seperti diabetes, obesiti, sakit jantung dan autoimmun. Vitamin didapati mengawal cara sesuatu sel berfungsi dari segi ketumbesaran ataupun kemusnahannya.
Risiko Kekurangan Vitamin D
Di samping itu terdapat bukti yang kemungkinan wanita yang mempunyai kekurangan vitamin D boleh menurunkan kadar kesuburannya. Ia mungkin memainkan peranan penting dalam masalah PCOS endometriosis, implantasi selepas IVF dan juga pembentukan sperma. (1) (2)
Adakah saya kekurangan Vitamin D?
Ujian darah untuk mengesan paras Vitamin D boleh diambil oleh doktor anda. Sekiranya kekurangan, rawatan bersesuaian akan diberikan.
Bagaimana untuk meningkatkan paras Vitamin D di dalam badan?
Vitamin D juga dikenali sebagai ‘Vitamin Matahari’. Ini ialah kerana kulit kita akan membentuk Vitamin D apabila terdedah kepada matahari. Masa terbaik untuk terdedah kepada matahari ialah dari pukul 10 pagi ke 2 petang. Bagi yang berkulit cerah cukuplah sekadar 20 minit. Bagi yang berkulit gelap selalunya memerlukan pendedahan yang lebih lama.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en
Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor
Rujukan:
1. Alessio Paffoni, Stefania Ferrari, Paola Vigano, Luca Pagliardini, Enrico Papaleo, Massimo Candiani, Amedea Tirelli, Luigi Fedele, Edgardo Somigliana. Vitamin D Deficiency and Infertility: Insights From in vitro Fertilization Cycles. The Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism, 2014; jc.2014-1802 DOI: 10.1210/jc.2014-1802
2. Elisabeth Lerchbaum and Barbara Obermayer-Pietsch. Vitamin D and Infertility: a systematic review. European Journal of Endocrinology (2012)166: 765–778
IVFKU – IVF pada kos yang berpatutan
‘Cost-barrier’ mengurangkan akses rawatan IVF kepada ramai pasangan yang menghadapi masalah kesuburan
Kos perbelanjaan untuk rawatan IVF yang mahal kerapkali menyebabkan ramai pasangan tidak mampu dan terpaksa menangguhkan rawatan tersebut atau mengetepikannya sama sekali. Ini sekaligus mengurangkan peluang pasangan ini untuk membina keluarga dari baka mereka sendiri. Penangguhan untuk menabung wang mencukupi kerapkali mengambil masa yang lama dan tanpa disedari tahun bersilih ganti, umur pasangan wanita tersebut juga meningkat. Kajian telah membuktikan yang umur wanita adalah faktor utama yang akan menentukan kadar kejayaan IVF. Sukses IVF akan menurun dengan mendadak selepas wanita berumur 35 tahun.
Bagaimanakah caranya untuk mencapai kos IVF yang berpatutan?
Kos IVF yang lebih berpatutan bertujuan agar lebih ramai pasangan yang memerlukannya dapat melalui rawatan tersebut. Persoalan ini sebenarnya sudah lama diperdebatkan dan pelbagai usaha telah dilakukan terutamanya para doktor di negara yang sedang membangun. Harga IVF yang lebih ideal, praktikal dan ‘accessible’ diperlukan.
IVFKU – ke arah IVF yang ringkas, berkesan dan pada kos yang berpatutan
Program IVFKU adalah diharapkan dapat memberi peluang untuk pasangan-pasangan Malaysia peluang untuk menjalani rawatan IVF pada kos yang berpatutan. Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. KLIK DI SINI.
Salah satu cara mengurangkan kos IVF ialah dengan mengurangkan kos ubat-ubatan yang digunakan semasa IVF. IVF yang ‘low intensity’ ini menggunakan regimen IVF yang khusus di mana penggunaan ubat-ubatan rangsangan dalam bentuk suntikan dikurangkan. Oleh itu, pembentukan nombor telur yang dapat dikutip semasa ‘oocyte retrieval’ adalah dalam kuantiti yang kecil tapi berkualiti elok. Ini dapat memberikan mereka embrio terbaik agar dapat memberikan mereka peluang cerah untuk membina keluarga mereka sendiri. Pengurangan kos IVF juga disebabkan oleh pemantauan imbasan scan yang kurang intensif diperlukan dan juga pengambilan ujian-ujian darah.
Di samping mempunyai regimen yang lebih mudah dan ringkas, low-intensity IVF ini mempunyai kesan sampingan dari ubat-ubatan yang lebih berkurangan dari IVF konventional. Risiko seperti ovarian hyperstimulation syndrome (OHSS) tidak ada sama sekali. Boleh dikatakan regimen IVF ini adalah lebih ‘patient friendly’. Oleh itu, memang tidak hairan sekiranya kajian saintifik telah menunjukkan yang kadar ‘drop-out’ setelah IVF untuk regimen ini adalah jauh lebih rendah berbanding dengan konventional IVF.
Kejayaan Low-Intensity IVF
Satu faktor penting mungkin bermain-main di minda ialah adakah regimen IVF yang ‘low intensity’ ini mempunyai kadar kejayaan yang tinggi? Beberapa kajian telah menunjukkan keputusan yang memberansangkan. (1)
Faktor lain yang perlu diberikan perhatian ialah kerana ianya ‘low intensity’ yang bertujuan untuk mengutip kuantiti telur yang lebih kurang tetapi bermutu baik, ada kemungkinan peratus kejayaan adalah jauh lebih baik di golongan wanita lebih muda. Kemungkinan juga, bagi yang lebih berumur terpaksa melalui beberapa kali ‘low intensity’ IVF sebelum beroleh kejayaan.
Akan tetapi, setengah-setengah klinik yang menggunakan regimen IVF ini sebaliknya mengesyorkannya kepada pesakit mereka yang lebih berumur dan mendapati keputusan rawatan IVF regimen tersebut lebih sesuai, mudah dan mempunyai kadar IVF yang bagus untuk mereka yang berumur. Mereka mendapati bagi wanita yang sudah berumur dan telah menjalani IVF konventional tetapi gagal disebabkan mutu embrio yang berkurangan, regimen IVF ‘low intensity’ yang memberikan rangsangan ovari yang lebih ‘gentle’ dan ‘milder’ ini sebaliknya dapat menghasilkan embrio yang lebih bermutu baik.
Adalah diharapkan regimen low-intensity IVF yang lebih mudah, ‘patient-friendly’ dan pada kos yang berpatutan ini dapat memberikan peluang kepada lebih ramai lagi pasangan untuk mencapai impian mereka untuk menjadi ibu bapa akhirnya.
Untuk membaca dengan lebih lanjut:
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en
Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor
Rujukan:
1. Daniel Bodri, Satochi Kawachiya, Michael De Brucker. Cumulative success rates following mild IVF in unselected infertile patients: A 3-year single center cohort study. Reproductive Biomedicine Online 2014;28: 572-581
Berapa lamakah perlu saya tunggu untuk hamil?
“Doktor berapa lamakah perlu saya tunggu untuk hamil. Kami sudahpun berkahwin 3 bulan dan saya masih lagi tidak mengandung”

Statistik telah menunjukkan yang peluang untuk hamil bagi satu pasangan banyak bergantung kepada umur pasangan wanitanya. Fertiliti seseorang wanita menurun semakin melangkau menaik umur wanita tersebut. ‘Biological clock’ wanita tidak dapat diundur kembali.
Apakah peluang untuk hamil?
Berdasarkan kajian saintifik, sekiranya seseorang wanita melakukan hubungan seksual pada waktu hari suburnya dengan pasangan lelaki yang mempunyai umur yang hampir sama, kebarangkalian untuknya hamil adalah seperti berikut:
Umur pasangan wanita Peluang untuk hamil
19 – 26 tahun 50%
27 – 34 tahun 40%
35 – 39 tahun 30%

Oleh itu, kesuburan seseorang wanita akan perlahan-lahan menurun dari umur lewat 20an dan ketara selepas umur 35 tahun. Manakala bagi lelaki pula kesuburan mereka hanya akan menurun dengan ketara pada umur lewat 40an. Kesimpulannya, janganlah berlengah-lengah untuk hamil dan menjadi seorang ibu. Dapatkanlah rawatan seawal yang mungkin agar peluang anda untuk hamil adalah tinggi. Bagi yang sudah lebih berumur pula, usahlah terlalu runsing dan berlengah-lengah kerana walaupun peluang menurun, ‘the possibility of pregnancy is not impossible’! Oleh itu, sekiranya anda ingin hamil ataupun sudah mencuba hamil tetapi gagal, jumpalah doktor anda.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Diet untuk pesakit PCOS
“Doktor apakah diet terbaik untuk pesakit PCOS?”
Insulin resistan di kalangan pesakit PCOS
Insulin adalah sejenis hormon di dalam badan kita. Ianya berfungsi untuk membolehkan sel-sel di dalam badan menyerap gula dari darah untuk kegunaan sel tersebut. Pesakit PCOS mempunyai masalah ‘Insulin Resistan’ di mana sel-sel di dalam badannya tidak respon dengan baik kepada hormon insulin. Ini mengakibatkan hormon insulin menjadi tinggi di dalam darah dan menyebabkan hormon lelaki testosteron turut meningkat.
Ketidakseimbangan hormon-hormon tersebut seperti insulin dan testosteron akan memberi kesan buruk kepada ovulasi di mana folikel-folikel di dalam ovari wanita tidak membesar dan mematang. Oleh itu, pesakit PCOS sukar untuk jatuh hamil. Di samping itu, hormon insulin yang tinggi boleh meninggikan risiko untuk keguguran berlaku di kalangan pesakit PCOS. Oleh itu, diet untuk PCOS bertujuan untuk menurunkan paras hormon insulin dan juga mengembalikan keseimbangan hormon-hormon di dalam badan.
Diet untuk Pesakit PCOS
Kebanyakan pesakit PCOS mempunyai berat badan yang berlebihan. Diet secara umumnya bertujuan untuk membolehkan seseorang individu untuk menghilangkan berat badan yang berlebihan tanpa mengkompromi tahap kesihatan mereka. Tidak dinafikan, setengah-tengah diet mampu menurunkan berat badan seseorang pada peringkat awalnya tetapi untuk jangka masa yang panjang, ia tidak berjaya menstabilkan berat badan wanita di tahap yang ideal. Ini menyebabkan wanita tersebut kembali menaikkan semula berat badan yang telah diturunkan. Oleh itu, diet ideal adalah diet yang mampu menghilangkan berat badan wanita pada waktu jangka pendek dan dapat mengekalkan berat badan yang ideal tersebut dalam jangka masa panjang.
1. Low GI diet
GI (Glycaemic Index) ialah tahap pengukuran nilai karbohidrat untuk sesuatu makanan berupaya menaikkan paras glukos di dalam darah. Nilai rujukan GI ialah 0 – 100. Oleh itu, apabila seseorang individu memakan makanan yang mempunyai GI tinggi, makanan tersebut akan dihadam dan diserap dengan cepat menyebabkan paras gula dan hormon insulin mendadak naik dan turun. Ini boleh mengakibatkan paras hormon gula yang tidak stabil di dalam badan.
Pesakit PCOS disarankan untuk mengambil low GI diet. Ini ialah kerana makanan yang mempunyai low GI akan dihadam dan diserap pada kadar yang perlahan. Oleh itu, paras gula dan hormon insulin akan menaik dengan perlahan-lahan. Paras gula yang lebih stabil ini mempunyai kesan kesihatan yang baik. Kajian telah membuktikan yang low GI diet berupaya mengawal paras gula dan kolesterol di kalangan pesakit yang menghidapi kencing manis. Low GI diet juga berjaya menurunkan berat badan dengan mengawal nafsu makan dan pesakit merasa kenyang lebih lama. Di samping itu, ia boleh menurunkan paras hormon insulin dan merawati insulin resistan.
Salah satu cara ialah melebihkan pemakanan GI yang rendah dan sederhana ataupun mengkombinasikan pemakanan high GI dan low GI.
Kategori GI:
GI rendah: Kurang dari 55
GI sederhana: 56 – 69
GI tinggi ≥70
Contoh makanan yang mempunyai GI rendah:
Muesli yang tidak bergula, Roti pitta, epal, pear, plum, oren, makaroni, pasta, bake bean, brokoli, karot, kekacang walnut, cashew, cauliflower, capsicum
Contoh makanan yang mempunyai GI sederhana:
Beras basmathi, Beras perang, Roti wholegrain, cereal wholegrain, papaya, madu, pisang, mangga.
Contoh makanan yang mempunyai GI tinggi:
Nasi putih, Cornflakes, Roti putih, donut, biskut, kuih-muih, ice-cream, baked potato, pretzels, tembikai, roti canai, labu.
2. Memakan 5 kali sehari ie memakan dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap
Ini ialah untuk memastikan paras gula di dalam darah tidak naik dan turun seperti ‘yo-yo’ tetapi stabil sepanjang hari. Ianya juga adalah untuk mengelakkan dari ‘binge eating’ apabila anda kelaparan.
Contohnya:
Sarapan pagi
Snek pagi
Tengahari
Snek petang
Supper ( 1 jam sebelum tidur)
Satu kajian juga telah menunjukkan pesakit PCOS yang memakan sarapan pagi yang besar diikuti dengan kuantiti yang semakin berkurangan untuk waktu makan yang seterusnya terutamanya waktu makan malam dapat mengawal paras insulin dalam darah mereka dengan lebih berkesan. Di samping itu, pesakit PCOS digalakkan mengambil pemakanan berserat tinggi, makanan organik dan pengambil Supplemen Omega 3 Fish Oil dan multivitamin.

Pesakit PCOS juga perlulah juga melakukan senaman untuk mengurangkan berat badan berlebihan. Majoriti kes akan memerlukan gabungan senaman dan juga diet untuk mendapatkan keputusan yang optimal akhirnya. Anda hanya perlu menurunkan berat badan sebanyak 5-10% untuk melihat perubahan kepada badan anda.


Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en
Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor
References:
Voucher Percuma sempena Kempen Kesedaran Fertiliti masih ada
Seperti yang dimaklumkan pada entry yang lepas, Merck Serono bersama ASPIRE (Asia Pacific Initiative on Reproduction), sedang menganjurkan program istimewa untuk menggalakkan pasangan yang ingin hamil agar tampil ke hadapan untuk membuat ujian kesuburan asas.
Ujian Kesuburan yang ditajakan termasuklah:
1. Ujian darah Hormon tertentu untuk pasangan wanita
2. Ujian Analisis Sperma untuk pasangan lelaki
Masih terdapat hanya beberapa sahaja voucher yang boleh di’download’ daripada website berkenaan. Sekiranya masih ada yang ingin mendapatkan voucher tersebut, Dr Tasha berharap agar tidak berlengah dari berbuat demikian kerana tinggal hanya beberapa voucher sahaja.
Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai Kempen Kesedaran ini, bacalah post blog di bawah:
https://drnatashanorfertility.com/2014/08/08/kempen-kesedaran-fertiliti-bulan-ogos-2014-di-malaysia/
Sekiranya anda tidak dapat download voucher tersebut kemungkinan besar ianya sudah habis. Untuk mendapatkan kepastian, email Dr Tasha sekiranya masih inginkan voucher tersebut.
Tips untuk memastikan rawatan IVF anda berjaya
“Doktor adakah caranya untuk saya tingkatkan kejayaan rawatan IVF saya?”
Dr Tasha selalunya akan menasihati pesakit agar membuat persediaan 2-3 bulan sebelum menjalani rawatan IVF mereka. Ini adalah memastikan agar rawatan IVF mereka mendapat kejayaan yang tinggi. Persediaan ini rawatan IVF seumpama kita membuat persediaan untuk sebarang peperiksaan di sekolah atau universiti dahulu. Persediaan yang elok sebelum peperiksaan selalunya akan memberikan keputusan peperiksaan yang lebih bagus. Begitu jualah dengan rawatan IVF, walaupun IVF mempunyai kejayaan yang agak tinggi, ramai bertanggapan yang IVF adalah ‘magic bullet’ untuk hamil.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan IVF:
- Umur pasangan wanita
- Kualiti telur wanita
- Kuantiti telur wanita
- Sperma lelaki
- Kualiti embrio yang terhasil
- Rahim untuk implantasi embrio
Ambil analogi menanam pokok. Kita akan memastikan tanah itu mengandungi nutrien yang diperlukan untuk pokok tersebut. Air yang secukupnya akan diberikan. Sekiranya perlu baja juga akan ditambah.
Oleh itu, untuk memastikan penghasilan embrio yang elok, kita memerlukan telur dan sperma yang berkualiti. terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan telur dan sperma yang terhasil berkualiti elok.
Mengambil vitamin dan suplemen
1. Folik asid. Vitamin folik asid adalah sejenis vitamin B9 yang diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah dan DNA. Oleh itu, untuk memastikan pembentukan embrio yang elok dan sperma yang berkualiti, folik asid supplemen sekurang-kurang 400mcg diperlukan. Di samping itu, ia boleh mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi anda sehingga 60-70%.
2. Multivitamin. Kekurangan zat-zat dan mineral boleh juga menyebabkan tahap kesihatan anda terjejas. Ini termasuklah juga kualiti telur dan sperma. Oleh itu, pengambilan satu multivitamin setiap hari agar memastikan anda tidak mengalami kurangan zat-zat penting yang diperlukan.
3. Minyak ikan / Fish oil yang mengandungi omega 3.
Omega 3 fatty acid mengandungi DHA (Docosahexaenoic acid) & EPA (Eicosapentaenoic acid) yang penting untuk:
- Regulasi kestabilan paras hormon di dalam badan
- Mengurangkan inflamasi terutamanya di bahagian pelvis wanita
- Menambahkan pengaliran darah kepada bahagian rahim yang penting agar lapisan dinding rahim yang elok terbentuk
- Memperbaiki kitaran haid anda
- Mendapatkan lendiran cervix yang lebih baik semasa waktu subur anda
- Untuk ovulasi
- Kualiti sperma yang lebih elok
Di samping itu, kajian saintifik telah membuktikan yang bayi yang mendapat bekalan omega 3 yang mencukupi semasa hamil mempunyai pembentukan otak yang lebih cerdas dan mata yang lebih sihat. Hendaklah mengambil sekurang-kurangnya 1000-2000mg minyak ikan setiap hari. DHA 200-300 miligram dan EPA 220 miligram setiap hari.
4. Coenzyme Q 10
Adalah sejenis anti-oxidan yang penting untuk memastikan kualiti telur dan sperma adalah tinggi. Kalau boleh pastikan coezyme Q10 supplemen anda adalah dalam bentuk ‘ubiquinol’. ‘Ubiquinol’ berbanding ‘Ubiquinone’ mempunyai kesan yang lebih kuat. Dos yang disarankan adalah antara 100-300mg setiap hari.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
IVF Journey Seminar pada 6 September 2014
Bagi semua pasangan TTC, KL Fertility Centre akan mengadakan Seminar IVF pada 6 September 2014. Bagi pasangan yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai prosedur IVF ini digalakkan untuk menghadiri seminar percuma ini. Pihak KL Fertility Centre juga akan memberikan diskaun istimewa bagi IVF package bagi mereka yang mengambil keputusan untuk meneruskan rawatan IVF dengan Dr Tasha. Seminar ini akan dijalankan di dalam Bahasa Inggeris.
Kempen Kesedaran Fertiliti Bulan Ogos 2014. Dapatkan Voucher Percuma Untuk Ujian Hormon dan Analisis Sperma
Sempena Kempen Kesedaran Fertility bulan Ogos yang dianjurkan oleh Merck Serono bersama ASPIRE (Asia Pacific Initiative on Reproduction), program istimewa ini telah dilakukan untuk menggalakkan pasangan yang ingin hamil agar tampil ke hadapan untuk membuat ujian kesuburan asas.
Ujian Kesuburan yang ditajakan termasuklah:
1. Ujian darah Hormon tertentu untuk pasangan wanita
2. Ujian Analisis Sperma untuk pasangan lelaki
Ujian tersebut akan diberikan percuma hanya di pusat-pusat fertiliti yang terlibat. Untuk mendapatkan ujian tersebut di atas dengan percuma, hendaklah ‘download’ kupon dari website di bawah. (Kupon tersebut hanya boleh di’download’ pada bulan Ogos sahaja dan nombornya adalah terhad) Untuk mendapat ujian kesuburan tersebut di atas dan membuat konsultasi bersama Dr Tasha, pilihlah Klinik KL Fertility & Gynaecology Fertility Centre
Untuk mendapatkan kupon tersebut KLIK DI SINI
Setelah mendapatkan kupon tersebut hendaklah menghubungi klinik di bawah untuk mendapatkan informasi selanjutnya mengenai tarikh konsultasi dengan Dr Tasha. Konsultasi pertama, ujian sperma dan hormon darah tersebut adalah percuma. Sekiranya imbasan scan atau ujian lain perlu dilakukan caj biasa akan dikenakan :
KL Fertility Centre
Wisma Perintis 47 Jalan Dungun, Wisma Perintis, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: (03) 20933500.
**Sekiranya anda mendapati yang tidak dapat lagi meng’download’ kupon tersebut. Silalah hubungi Dr Tasha di email drnatashanor@gmail.com**










